29 Jun 2009

sepetang di putrajaya bersama faih's family

baby maman tak tgk kamera...huhuhu, penat posing.
jalan-jalan ngan paih, meeha n raiyan

along control macho, abah dia?biasalah....macho men, ahaks.


happy family..love u ols...



along...hamsoms ke tu??huhu of couse...





26 Jun 2009

AKU MULA SEDAR



Huhuhuhu, sungguh terharu. kejadian ni berlaku malam tadi bila aku balik dari ofis.masa tu aku baru je siap makan malam ngan family. biasanyer anak aku yang pertama akan mintak air ketika waktu mkn tapi malam tadi dia mintak air setengah jam selepas waktu dinner tu. yang paling aku tak sangka, anak aku dah besar rupenyer(bukan tak pernah perhatikan perkembangannya sejak dul tapi mlm tadi memang dia telah bukti kan bhw dia mmg dah boleh diharap)
kisahnyer bermula bila dia mintak air sirap(air yang menjadi kegilaan dia sejak dua menjak ni), so aku pun bagi dlm gelas mickey dia yang dipilih sendiri masa shopping kat JJ dua bulan lepas...selalunyer dia hanya akn letakkan balik gela yang dah kosong dulu dlm sinki tapi ko org nak tahu ape jadi mlm tadi????GBR DI ATAS BUKTIKAN SESUATU.serius GBR TU AKU AMBIK SECARA CANDID TANPA DIA SDR...aku tak pernah ajar dia guna span pinggan mangkuk tu untuk cuci, setakat pandai main air bleh lah diharap dia ni dulu.Huhu, aku mula terfikir...memang sejak dari dulu, dia akan selalu ambik kerusi kecik dia untuk lihat apa yg aku buat kat sinki tu....dari awal aku membasuh, dia akan sedia melihat dan sesekali bertanyakan soalan...SO, INILAH YG AKU DPT MLM TADI.....dia belajar melalui pengalaman dia selama ni..dan bila itu terjadi, banyak benda aku sedar dia belajar melalui penglihatan dia selama ni....ni lagi satu yg aku perasan, bila dibilik air...benda pertama dia buat bila pampers nyer dibukak, dia akan mula basuh bontotnye dulu. then baru basuhkan badan dan kepala untuk mandi.....huhuhu, aku patut ucap thanks kat abah dia org... kerna dia yg selalu mandikan anak-anak, rupenyer ada pelajaran yang dia ajar.


TULIP BERDURI:dan aku mula sedar, umar juga rajin ke dapur, mcm abahnya time kecik2 dulu.

21 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA


abah ngan cucunya, umar.

BUAT DUA LELAKI YG BEGITU PENTING DLM HIDUP INI

LELAKI PERTAMA
NAMA:WAN HAMAD WAN MUDA
D.O.B : 21 JULAI 1952
USIA : 57
PANGGILAN ANAK2:ABAH
HUBUNGAN :BAPA

LELAKI KEDUA
NAMA: WAN MOHD SAUFI WAN HASSAN
USIA : 29
D.O.B. :25 MAC 1980
PANGGILAN ANAK2 :ABAH..... JUGAK
HUBUNGAN :SUAMI...HEHEHE
Kui kui kui...macam buat resume plak...tapi tulah, inilah dua lelaki yang begitu bermakna dalam hidup aku. Erm...abah dah berusia 57 tahun ni....cepat masa berlalu...kalau bleh putar masa, pasti aku akan putar ke zaman-zaman kecik dulu, masih ingat lagi, kami menaiki motor dari Setiu ke Dungun (umah atok) sampai dipertengahan jalan, mata abah berdarah dimasuki batu yang jatuh dari lori....huhuhu sedih sangat2 sebab abah tak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan katanya bimbang sebab hari dah petang.huhuhu bila terkenangkannya aku pasti menangis sehingga aku tak sanggup nak lihat matanya bercucuran walau setitik lagi. Lagi satu yang aku tak bleh lupe, saat mek tidak mampu berjalan selama beberapa bulan setelah melahirkan cikya (adik bawah aku)...aku lihat usaha abah begitu bersungguh2 memangku mek tiap-tiap hari berjalan2 keliling umah dengan harapan mek mampu berjalan semula..dan ALHAMDULILLAH, berkat usaha dan doa abah, mek berjaya pulih seperti sedia kala.Banyak memori antara kami yang aku rasa abahlah idola aku daripada dulu sampai sekarang....pengorbanan dia terlalu banyak dan aku benar rasa bertuah kerana dilahirkan sebagai anaknya. dan kerana itu, semua yang aku rasa boleh untuk membantunya, aku akan lakukan walaupun kerja itu hanya layak untuk budak2 lelaki ketika itu, kerana antara kami enam beradik, tidak ada satupun adik beradik lelaki...kadang2 aku kasihan kat abah, sebab tu aku tak kisah kalau ada orang cakap aku ni nama je pompuan, tapi perangai cam lelaki kerana perangai cam tu lah yg bleh bantu abah dalam urusan harian masa aku kecik2 dulu termasuk ikut dia pi menoreh getah.terus terang, aku memang takut gile2 masuk kebun getah yang gelap ngan pokok besar tu, tapi sebab fikirkan dah takdak orang lain nak bleh tolong abah, aku buat dengan senang hati, walaupun setiap kali time kutip getah (pok getah), tiap kali tu lah aku akan digelak dan diperli di sekolah sehingga aku pernah bertumbuk ngan sorang mamat tu gara-gara katanya, org lain bau bedak, tapi aku bau getah!.... Dan kini, aku tak bleh tipu diri aku dan semua orang yang abah jua akan dijemputNYA suatu hari nanti....kerna itu kadang2 aku begitu hiba bila tiba saat itu, siapa yang akan menguruskan nya kalau tidak diharapkan menantu2 nya yg aku percaya memang menantu2 yang serba serbi boleh diharap untuk menguruskan abah disaat akhirnya nanti. Itu yg aku pesan kat suami aku tiap hari, jadilah anak abah, bukan menantunya kerana suatu hari nanti, aku nak,dia lah yg menjadi anak yg mampu uruskan abah. BUAT ABAH...TERIMA KASIH ATEH UCAPKAN KERANA ABAHLAH, ATEH MENJADI MANUSIA HARI INI, DAN ABAHLAH INSPIRASI ATEH UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP...ATEH BANGGA NGAN ABAH...(saat ini air mata tak tertahan...huhuhuhu...rindu abah kat kg) DAN buat SUAMI....dia lah suami yang paling cool. isteri bising pun cool, isteri marah pun dia cool, apatah lagi kalau isteri merajuk...dia tetap cool...tapi dalam cool2 dia tu, time bagi syarahan agama, time tu lah merah telinga si isteri...leterannya mengalahkan leteran aku...hak hak hak.tapi itulah yang menjadikan rumahtngga kami aman bahagia dan aku berdoa biarkan aman dan bahagia hingga akhir hayat kami....dan alhamdulillah, aku tengok, anak2 banyak ikut perangai abah dia orang...dulu aku teringin cari suami cam abah, cool je, dah hehehehe, aku dah dapek....tapi kadang2 aku rasa aku banyak bebankan dia dengan pelbagai masalah, kesian sangat2 bila dia terpaksa bekerja keras untuk kami empat beranak....dan yang buat aku hiba dan sayu sangat, dia lah yang aku rasa satu2nya suami bila isteri merajuk, marah...dia tak bleh buat satu apepun kerja sehinggalah isterinya senyum kembali. katanya hati tak senang kalau dia keluar rumah saat tiada senyuman terukir dibibir isterinya.... sebab itu kalau aku merajuk, marah, tak lama2 kesian dia nak buat kerja ofis yang berlambak2 tu.....betulll..tak tipu....pecah rahsia.hehehe

BUAT SUAMI...AKU MENYAYANGI DIRIMU SEJAK HARI PERTAMA BERTEMU SEHINGGA KINI DAN BUAT SELAMA-LAMANYA....KERNA SINARAN KEBAHAGIAAN KITA ADA PADA DUA PERMATA HATI YG KINI KIAN MEMBESAR***UMAR N LUQMAN***.

TULIP BERDURI; buat abah dan abang, SELAMAT HARI BAPA...Semoga terus menjadi bapa yang memberi inspirasi pada anak2.

17 Jun 2009

Apabila orang kata

Orang kata, bila marah, kita akan nampak lebih TUA,
Orang kata, bila merajuk, kita akan nampak cam budak2,
Orang kata, bila menangis, kita dikatakan tidak matang,
Orang kata, bila menjerit, kita dicop gila...
satu persoalan..sampai bila kita harus hidup dalam lingkungan cakap2 orang sehingga kita akhirnya tidak punyai apa2...kosong, ibarat tin kosong yang akan dicampak dan disepak bila2 masa dan di mana2 jua..
hiss..apa yang aku merapu ni?ntah.. bila semakin kita berdepan dengan manusia yang hanya pada zahirnya MANUSIA, tapi peribadinya...SETAN...(opss...kasar ke?) memang kasar di halwa telinga kerna kita perit untuk terima kritikan walaupun hakikatnya kita sedar kedudukan kita dan apa yang kita lakukan itu sebenarnya sgt2 salah.
Sekarang, aku tidak tahu kenapa aku begitu kecewa dengan apa yang berlaku disekeliling aku sekarang..semakin aku cuba lari, semakin banyak benda yang tidak sedap dipandang dan didengar sehingga ku berperasaan negatif sedangkan aku boleh untuk tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku.
Sayangnya..masa tidak boleh diputar untuk kembali ke belakang, dan masa juga tidak boleh dipercepatkan agar aku tidak berada di sini sekarang. nak atau tidak, aku kena laluinya sehingga kadang-kadang, aku terfikir 'orang-orang' ni hanya terlalu mementingkan diri sendiri, sudah berada di zon selesa sehingga apa yang akan berlaku di depan tidak diambil peduli lagi tanpa sedar (kalau sedar pun, buat2 tak sedar je).

TULIP BERDURI: HAH...SAPE NAK JAWAB TU

15 Jun 2009

nikmatnyer kedamaian negara sendiri

protes apabila permintaan x dipenuhi
Sebahagian warga Iran yg mengambil bahagian dlm perhimpunan terbabit


Suara kita adalah hak kita..apabila ketidakpuashatian tidak sedikitpun dipandang pihak yang kita tujukan tu...maka meletuslah apa yang dikatakan protes, memberontak....demontrasi dll. Bila difikirkan balik, macam orang bodoh je melalak tepi jalan, menyatakan hasrat hati yg belum tentu akan didengari..buat sakit hati bila kita yang berada dalam orbit kedamaian ini terpaksa menerima tempias ketidakpuashatian orang lain. namun atas dasar perikemanusiaan dan demokrasi yang didukung sejak 52 tahun lalu, kita dengan senang hati membenarkan orang lain menggunakan kebebasan tersebut untuk menunjukkan rasa hati yang pelbagai.Ya, kerana itu juga kita mudah diperkotak katikkan sesetengah pihak sehingga memaksa kita bertindak agak kasar. bila itu terjadi, kita akan dipersalahkan, straight to d point...PDRM yang akan menjadi mangsa sekumpulan manusia yang suka mengambil kesempatan atas kesilapan yang dilakukan org lain untuk menghentam pihak yang lagi satu. nada kedengaran keras...'ko nak demo, tu ko punya pasai, tapi jgn mengganggu gugat kedamaian dan ketenteraman orang lain yang terpaksa ibu bapanya ke JPN untuk daftar nama anak sebagai WARGANEGARA MALAYSIA....tapi peruntukkan undang-undang negara ini jelas dan tegas menyatakan bahawa PERHIMPUNAN YANG DILAKUKAN TANPA MENDAPAT PERMIT DARIPDA PIHAK BERWAJIB, ADALAH DIANGGAP SEBAGAI PERHIMPUNAN HARAM dan boleh dikenakan hukuman di bawah AKTA POLIS....Hah!senang citer, memang tak dibenarkan berhimpun beramai2... Dan itu yg berlaku hari ni apabila satu perhimpunan yang jelas tidak mempunyai permit daripada pihak berkuasa negara ini diadakan iaitu perhimpunan warga Iran yang rata-rata tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya presiden yang memihak kepada Mahmood Ahmadinejad. Ya aku tidak nafikan hak mereka untuk meluahkan apa yang mereka rasa sebagai warganegara Iran yang membayar cukai.tapi bak kata pepatah, masuk kandang lembu mengemboh, masuk kandang kambing mengembekk....jadi seharuskan law negara ini dipatuhi, dan jangan membuat sesuatu yang membolehkan PDRM terpaksa bertindak demi menjaga keamanan dan ketenteraman awam.TAPI, apabila berlakunya protes dengan bersorak dengan kuat di jalan raya sekitar Jln Semanthan dan Jln Dungun itu, jelas PDRM tidak salah apabila terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan bom asap untuk meleraikan perhimpunan terbabit. Dan selepas perhimpunan aku sedih melihat sekeliling tempat terbabit yang dipenuhi dengan kertas protes yang dibuang merata-rata..hah! tu sape nak jawab tu (tu belum lagi yang ditampal kat kereta kakitangn kerajaan kat situ, yg aku pasti akan mengamuk sakan apabila melihat keretanya dicorakkan penunjuk perasaan terbabit) DAn aku percaya, tindakan PDRM itu akan diprovokasi sesetengah pihak untuk melaga2 masyarakat demi kepentingan peribadi.


TULIP BERDURI; Syabas OCPD Brickfields krn bertindak tegas!

14 Jun 2009

Menilai kejadian melalui pandangan minda

Sanggup diperkotak katik sesetengah pihak walaupun kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang kita perjuangan, walaupun telah dipancarkan kebenarannya, dan meskipun kadang2 kita lupa hak untuk menentukan benar atau tidak hanya milik abadi DIA di atas sana....
Dlam kehidupan hari ini, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai keinginan yang mengikut nafsu semata...jangan sanggah (kerna aku tak benarkan) zalim ke? tidak!!!!boleh dikatakan apa yang kita lakukan hari ini, boleh juga untuk semalam, dan maybe untuk esok juga....hanya berlandaskan keinginan dan kemahuan, bukan berlandaskan keperluan.
itu yg aku belajar hari ini dalam menyiapkan apa yang dikatakan 'perkara wajib' dalam rutin harian, aku percaya ramai antara kita tidak sedar dengan perbuatan seharian...YA atau TIDAK, mengaku sajalah...senang untuk kita perbaiki apa yang sedang membarah dalam diri, sekitar, sekeliling dan sejajar atau sejalur laluan ini....membarah yang lebih parah kerna 'sakit'nya bukan diluar tetapi dalam segumpal darah dalam diri kita semua....

catatan; AKU TETAP AKU

dalam hati ini

mencari kedamaian hakiki...bangunkan aku sehingga ke desak terakhir hayat ini