29 Oktober 2009

suatu hari kami di wad P2, UMMC

Naluri keibuan ku tersentuh melihat wajahmu begitu tenang diperbaringan saat dirimu lena akibat ubat yang meresap jauh.....
Namun...hati tertanya2 apakah aku mampu untuk melihat keadaanmu seperti ini tetapi dalam situasi yang berbeza kelak?
jawapan daripada naluri seorang ibu...TIDAK, namun apabila aku jauh menilai siapa kita kepadaNYA.....jawapannya AKU REDHA...






Ketika ini, aku hanya mampu berdoa apa jua yang berlaku selepas ini (menunggu keputusan MRI seminggu lagi) bagai gegak gempita halilintar membelah bumi, tiada ketenangan di jiwa, tiada senyuman di ulas bibir...hanya DOA agar segalanya berjalan lancar dan dirimu membesar seperti kanak-kanak lain sayang.....








Permata hati aku....tiada diri kalian, ibarat hilang nyawa dalam badan ini.....apa jua yang berlaku pada kalian, aku begtu takut...takut yang amat sangat tapi aku tahu.....ALLAH sentiasa ada bersama aku untuk terus membesarkan diri kalian agar menjadi insan yang mampu mendoakan aku di kala diri ini menutup mata buat kali terakhir kelak....






TULIP BERDURI:UMI SAYANG KALIAN....SEPERTIMANA TALIAN ANTARA JANTUNG DAN DARAH....





13 Oktober 2009

charlie oh charlie




Welcome to TUDM Gong Kedak, Jerteh, TRG


Orang kata terbang setinggi yang kita boleh, agar kita memperoleh pengalaman yang berguna kepada diri, dan orang lain....semalam aku diberi peluang TUDM untuk menyertai lawatan Panglima Tentera Udara (PTU) Datuk Rodzali ke Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK)....huhuhu dalam keterujaan, aku ketakutan sebenarnya kerana diberitahu akan ke sana dengan pesawat pengangkut TUDM, C130 (ye ke???...Ntah) atau lebih dikenali ngan nama Charlie (aku pun tak tahu dari mana nama tu diperolehi)...

wah, saat kaki menjejaki lantai harlie, huhuhuhu jantung berdengup dup dap dup dap.....apatah lagi saat di nak terbang...huaaaaaaaaaaaaaaa(menjerit dlm hati je le....)malu beb nak nangis depan Kuartermaster bertugas, depan mejar Kamarul (org penting yg bawa media), dan depan beberapa org repoter lain dan anggota TUDM yang lain.


Seriously...aku takut tapi bila selamat mendarat...hahahahah, aku lah manusia yang paling gembira (tgk kuaters anggota pun mcm best je...bleh ajak hubby pindah sini ni....)tapi ada peristiwa di laur jangkaan telah berlaku, pesawat yang sepatutnya bawa kami balik jam 10.30 pagi telah ditundakan hampir 7 jam dan pada kul 6 petang baru kami berlepas, tu pun bukan pulang ke PU Subang, sebaliknya akan ke PU Butterworth dulu, then ke Ipoh baru balik ke Subang....


Sepanjang perjalanan, aku terdiam tak bercakap kerna wa betoi2 takut maaaa.....huahuahahua, rasa mcm nak balik ngan bas je....


tapi yang pasti memang best, balik umah kira-kira jam 10 mlm, hubby tergelakkan aku, katanya hah! nak sangat naik Charlie kan?so, apa rasa?...huhuhu, jawapanku, mudah je...waaaaa taknak dah...tapi dgr2 citer TUDM nak bawak lagi reporter naik Charlie, tapi kalau pi pun lain kali, dah biasa dah...hehehehehe...


Thks to TUDM....








TULIP BERDURI: ni laa baru betul2 isteri anggota tentera...hehehehehe

10 Oktober 2009

dinner tanpa elektrik

tiup long...jgn tak tiup...huhuhu

menu dinner dlm gelap kami anak branak...hehehe

along ngan air sirap kegemaran..

golappp nyer.....

ngan luqman yg diam je dlm golap...takut laa tu....

hubby n dua heronyer setia menanti menu dinner....lapaq laaa tu..

wallaaaa...
takde orang bila tengok kedai makan takdak elektrik, terus cari meja gak....mesti ko org seme blah...betoi tak???tapi tidak bagi husband aku...huakakkaa..rela bergelap, kerna semata-mata mahu makan sup campur, tekur dadar, ayam goreng kunyit dll....bukan keseorangan, tapi ditemani isteri dan dua hero....hahahaha...ko org bayangkan.....
citer nyer mcm ni...kebetulan petang tu, kami sekeluarga pi tgok umah kat sepang.so bila dah menjangkau ke malam dan selepas solat maghrib kat kawasan rehat dan rawat dengkil mll ELITE HIGHWAY...kami terus memecut ke TTDI Jaya, dah tak sabar nak makan malam (hubby aku cakap...dah lama tak bawak isteri n anak2 makan luar)hehehehe terharu jugak bila dengar tapi hiba jugak, kerna kalau keluar, pasti dia biarkan aku yang makan dulu, sambil dia jaga anak....hahahah tapi taklah sampai aku ambil kesempatan makan semua makanan...
dalam kedai tu ada lah beberapa org couple yang nagh makan(huuh! lagi best dia org makan dalam gelap...hehehe...hanya kami je yang datang berkeluarga..tak habis2 kami nak gelak...ye lah mana ada suami yang sanggup susahkan diri bawak anak2 makan dlm gelap????
tapi yang psti...kami makan ngan gembira...luqman pun tak banyak ragam, mungkin takut gelap kot...begitu jugak ngan along....tetap ceria walaupun lilin di meja kami padam saat dia baru nak suap nasi ke mulut...hahahahahah....
yang paling lawak n tak masuk akal...dalam duk tunggu pesanan sampai, kami berempat tak habis2 berposing n ambil photo dlm gelap....compemmm...org akan ngumpat ckp kami keluarga tak brape nak betoi...kui kui kui.....



TULIP BERDURI:YA ALLAH, tiada apa lagi yang ku mohon dariMu, selain terus rahmati kami sekeluarga...aku sayang kamu semua....

02 Oktober 2009

Thunderbirds gegarkan ruang udara TUDM Subang

Thunderbirds no 6 belongs to Mejar Rick Goodman

Apa lagi....bergambar kenangan ngan Mejar Rick (perh.....kalau lah boleh aku terbangkan thunderbirds di belakang tu...)


Tak bleh terbangkan....ambil gbr backgrounds thunderbirds pun jadi lah.....


4 daripada 8 thunderbirds yang dibawa khas dari USAF untuk pertunjukkan udara di TUDM SUBANG pada 3 okt 09.

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan United State Air Force (USAF) melalui team aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang.
Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base in Las Vegas.
TULIP BERDURI:impian masa kocik2 dolu2 memang nak jadi pilot tapi blajar tak brape nak tinggi....huhuhuhu