TULIIP BERDURI:....(((
;
KITA boleh terbang seantero dunia, KITA mampu jelajah hingga hujung dunia. NAMUN selagi kita tidak mengenal 'DIA'..selama itu pencarian kita tiada nokhtah ABADI
Ntah kenapa hari ini aku punyai kekuatan untuk bersemuka
Biarpun hanya melalui lewat bibit SMS
Walaupun ku tahu aku bakal menjadi seorang penderhaka selepas ni
Aku tak mahu hati ini menjadi kering seperti mana yang berlaku hampir tiga tahun lalu
Tidak tahu kenapa, tergurisnya hati ini ibarat sukar dirawat
Sukar untuk dipulihkan kembali
Dan hari ini…kekeringan itu semakin hampir…
ibarat menanti saat untuk menjengah pintu hati kecilku…
Ya Allah..
Aku mohon…jangan biarkan ia kekeringan kerana aku masih mahu menitipkan doa buatnya tika dia dipanggilMu kelak.
Namun, kesalahannya cukup mencalar jiwa dan hati nuraniku ini
Terlalu hingga sukar untukku percayakannya lagi
Di mana silap nya, apa yang tidak kena…
Puas memikirkan kenapa dugaan ini yang menjengah saat aku mula kembali mengumpul kepercayaan terhadapnya..
Cukup di sini
Aku takkan merayu, aku takkan menangis lagi
Seandainya sudah tiba waktu untuk hati ini kering kembali…aku Redha
Andai tiba waktu itu, jangan disalahkan diri ini kerana aku telah berusaha untuk memulihkannya……
TULIP BERDURI:sesungguhnya hati aku telah lama mati…..