30 April 2010

Urutan 2 in 1.... mahu cuba ngakkk?

Mukadimah post aku kali ni 'panas' sket. Berhubung serbuan yang dilakukan polis baru-baru ini di Klang. Sebenarnya mmg byk serbuan pelacuran telah dilakukan pasukan polis bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dihapuskan, kalau xpun berjaya dikurangkan. Tapi bagi aku, yang ni menarik sket, takut punya pasai lima sekawan lari berb***l. Mujur bukan warga tempatan. heheheheh....layannnnnnnnnnnnn


Lelaki mana yang mahu menolak jika seorang perempuan tetiba datang dalam keadaan berb***l tanya 'bang, mahu diurut ya? hahahahahha...sah2 lah takde sape yang nak tolak. tgk gbr kat bawah ni, dah lah gebu, montok cuma gelap sket lah maklumlah negara serumpuan Malaysia...hahahaha,Dalam serbuan yang dibuat polis di sebuh spa yang terletak dalam sebuah hotel di Klang, polis menahan lima daripada tujuh warga Indon yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelalcuran di spa berkenaan.


Apa yang menarik, kelima-lima mereka lari lintang pukang dalam keadaan berb***l ketika diserbu pihak berkuasa....ermmmm...cuba anda bayangkan betapa manusia sekarang ni dah mmg hilang rasa malu, bila dalam keadaan terdesak...hingga terpaksa diarahkan memakai tuala ketika ditahan anggota polis wanita.

Malah, keadaan bilik-bilik kecil yang disediakan sebagai bilik urut turut dipenuhi lantainya dengan bungkusan-bungkusan kondom yang telah dan belum digunakan...sape nak jawab??bukti dah depan mata yang spa ini menjalankan aktiviti 2 in 1, semata-mata mahu keuntungan berlipat kali ganda.

Akhirnya, kelima-lima berkenaan masuk lokap dan polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap spa berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop, terdapat beberapa spa di daerah ini yang menjalankan aktiviti 2 in 1...so, bersediakan untuk digempur selepas ini dan semestinya pemilik-pemilik spa-spa berkenaan ibarat cacing kepanasan sekarang.....
TULIP BERDURI:Jangan buat kerja tak halal.....sudahnya dosa je dapat....


25 April 2010

aku dan dia

Ni gbr kami berdua masa kecik2 dulu....tetiba terjumpa balik.hahahaha, bila aku tunjuk gbr wan mohd saufi ni kat umar, dia ckp tu gbr dia...hahahaha, anak pun dah kompius nak beza gbr dia org berdua.gbr aku plak...saje nak buktikan bahwa rambutku tak kerinting sepertimana dakwaan sesetengah pihak masa zaman sekolah lu..aku pun heran, napelah dia org bleh ckp rambut aku kerinting sedangkan sejak azali lagi tambut gue dah sememangnya lurus n ikal..(takpun depa tu jeles sebenarnya)




untuk membuktikan bahawa kami ni mmg anak beranak...ko org tgk lah gbr2 kat atas ni..umar mmg sebijik abahnya, n luqman mmg same ngan aku..huhuhu like father like son and like mother like son.
TULIP BERDURI:tetiba terfkir..bila nak dapat anak pompuan plak ni...hubby aku ckp, kalau dpt anak pompuan mesti ganas dan brutal mcm uminyer...hahahaha, yg tu aku setuju 100%(say no to skirt, say yes to jeans)

politik, wartawan dan cikgu......

Dua hari lepas salah seorg sahabat di uitm dulu menanyakan soalan kenapa aku tak memberi komen dalam blog aku tentang senario politik negara....jawapan aku mudah....tak minat untuk mengulas...daripada aku mengulas benda yang aku tidak minat, better aku tulis pasai masakan, rumahtangga dan kegiatan harian anak-anakku yang comel tu.

Ermmm, tak ke sebagai seorang wartawan (hahahaha, teringat masa hbs form six dulu, ada seorng cikgu ni, hanya tergelakkan aku bila aku ckp aku nak amik jurusan kewartawan, katanya layak ke aku?masa tu hanya masa yang akan menentukan dan kini terbukti) ok berbalik kepada soal as a reporter aku kena jugak tahu senario politik tanah air. aku tak cakap aku tak tahu, cuma aku tak mahu mengulas lanjut ttg benda tu sbb bagi ku politik itu kotor, tak kira lah ko kuat sembahyang ke, kuat mengampu ke, tak kacau orang ke....janji bila ko dah terlibat dalam politik nak tak nak, ko kena akui yang dunia politik ni kotor...penuh dengan manusia2 yang bertopeng.

Sejak bergelar wartawan lima tahun lalu, aku pernah terlibat dengan majalah mistik, pernah terlibat dengan majalah hiburan (sekejap jekkk, tak sejiwa) dan majalah agama dan akhirnya aku terjun ke dunia pensurat khabaran dgn SINAR HARIAN.dan lebih spesifik, spt yang aku kata sebelum ni, skrg aku lebih banyak bergelumang dengan cerita di dunia meterealistik antaranya cerita dadah, penjenayah, pelacuran, penyeludupan, rasuah, demonstrasi dan semua itu ada link dengan PDRM, Kastam, SPRM, Imigresen dan KPDNKK.

Namun, jika dulu kumpulan-kumpulan ini lah yg aku nak elak tapi kini kumpulan itu yang byk memberi kerjasama yang cukup erat untuk kami di dunia tinta ini untuk mencoretkan sesuatu agar menjadi pedoman buat pembaca di luar sana agar tidak tergebak dengan benda yang menyalahi undang-undang kerna kesan nyer amat parah.

Dunia ini dunia aku, hanya aku yang layak untuk tentukan hala tuju aku selepas ni...hey, takkan nak jadi reporter sepanjang hayat?soalan propaganda dari teman2 yang majoritinya cikgu dan cikgi...hhuhuhu, sedih ada dgn pertanyaan itu, lawak pun ada....yelah, mcm ko org jugak..takkan sepanjang hayat nak jadi cikgu...hhahahaha, kalau aku tanya soalan ni dpn2 dia org kompem aku dihentam balik...jwpnnya mesti at least cikgu ada jaminan, masa banyak, family tak terabai.....ermmm, wartawan pun terjamin jugak pe...ada potongan KWSP, ada potongan SOCSO, bleh wat pinjaman bank utk kereta, rumah dan pinjaman peribadi mcm orang lain.mlh ada jugak bayaran OT (cikgu ada ke dibayar selepas waktu sekolah kalau kena terlibat dengan aktiviti ko-ko atau something like kelas tambahan?

Pucuk pangkal nyer, rezeki yang kita dapat tu halal.Seme kerja yang halal di sisi agama dan undang-undang negara tu sama jek..takde beza. Yang beza cara kita mengendalikannyaa.


TULIP BERDURI: Hahahaha, mesti cikgu n cikgi yang baca post aku ni membara jek terutama pada dua kakakku yang sememangnya cikgi (ada jiwa mendidik) yang boleh diberi tabikkk springgggggggggggggggggggggggg....caiyokkk

19 April 2010

Mampukah Umi?

Erm...semakin hari kalian makin membesar, semakin hari umi rasa kualiti masa kita bersama menyulam kasih terlalu singkat..kdg2 umi tertanya kenapa umi perlu mengejar masa semata-mata untuk bersama kalian, sedangkan umi yang boleh tentukan tempoh kualiti itu.

Adakah hanya kerana kesibukkan akan menjadi alasan utama untuk umi mengabaikan masa bersama kita? Umi sesekali tidak akan bertindak demikian kerna setiap detik waktu yang berlalu, tiada pernah sesaat umi melupai wangian kalian, senyum tawa kalian, tangisan kalian kerna semua itu sumber inspirasi untuk umi terus berjaya.
Namun, umi begitu risau, dengan kualiti masa ini, mampukah umi menjadi ibu terbaik buat kalian? mampukah umi mendidik kalian menjadi manusia yang mempunyai pekerti sehebat rasulullah s.a.w. Juga mampukah umi mengajar kalian sepertimana hebatnya ilmuan-ilmuan Islam terdahulu?
Umi begitu takut, takut jikalau umi gagal melunaskan amanah itu...
TULIP BERDURI:Berat sebenarnya tugas itu....

18 April 2010

Bila manusia hilang pertimbangan

Ntah mana silapnya.kes pembuangan bayi menjadi-jadi...
Bunuh membunuh ibarat sudah sebati di dada akhbar (jika tiada berita mayat ditemui akhir2 ini, bagai tidak lengkap membaca sebuah akhbar...YA atau TIDAK...jangan kita menyangkalnya kerna kini manusia semakin rapuh nilai kemanusiaannya kerna telah diganti dengan nilai materialistik yang akhirnya menodai nilai-nilai nurni seorang manusia yang dikurniakan akal dan fikiran.
Bila memikirkannya, aku menjadi gundah, kerna aku punya suami, punya anak2 yang bagiku ibarat nyawa tubuh badan ini, aku punya keluarga yang besar ayah, ibu, kakak dan adik....aku juga mempunyai ipar duai yang aku rasa tidak sanggup untuk kehilangan mereka dengan cara yang begitu.
Namun, satu hakikat yang aku mmg tidak boleh menyangkalnya bahawa dunia ini bukan lagi tempat yang betul2 selamat untuk kita, dunia ini sudah terlau tua untuk menampung manusia yang pelbagai ragam, andai dunia ini telah diberikan pancaindera seperti manusia...aku rasa dunia sanggup untuk tidak boleh melihat, tidak boleh merasa dan tidak boleh mendengar kerna semua itu dusta manusia terhadap alam, terhadap manusia sendiri dan lebih malang, dusta manusia terhadap PENCIPTANYA.....


TULIP BERDURI:Aku ingin sekali mengecap kedamaian itu....dan bila berada dlm lingkungan 'jenayah' dlm bidang yg aku ceburi ini...aku rasa semakin kerdil.

15 April 2010

aku benar2 sibuk

serius aku takde masa dah utk membelek blog ni
kdg2 keinginan membuak2 untuk menulis tentang kehidupanku, anak-anak, keluarga,
namun tak mampu untuk melawan tugas yang datang
nak kata tak pandai bahagi masa, dah cuba sedaya upaya,
mungkin jugak aku harus melupakan penulisan maya ini namun sayang rasa hati..
kerna,
mungkin penulisan alam maya ini bakal menjadi tatapan anak-anakku tatkala aku tiada di dunia ini kelak...
mungkin ini ruang untuk aku meluahkan rasa cintaku pada mereka yang mereka tidak tahu..
ish...tidak mungkin aku akan meninggalkan penulisan maya ini tetapi tidaklah sekerap sebelum ini...


TULIP BERDURI:aku akan terus melayarimu selagi aku terdaya