20 Jun 2010

selamat hari bapa

selamat hari bapa untuk abah, wan hamad wan muda dan hubby, wan mohd saufi wan hassan

19 Jun 2010

dinner kami

Adik ngan kentangnya..
best ke dik...konon nak jadi mat saleh....hahahaha

along ngan burger n jagung...
last2 yg habisnya adalah mayonis thousand island....

kentang sup...sedapppp(kata adik,hahahaha)

antara menunya jagung n sup ayammm.....

jagung n burger umi n abah...hahahahaha


TULIP BERDURI:Ermmmm...best jugak skali skala wat sendiri western food ni....

14 Jun 2010

bila aku tension

bila aku tension apa aku buat???
1. makan
2. makan
3. makan.

post yg pendek tapi itu lah yg berlaku pada aku hari ini...aku tension ngan org sekeliling aku, tension kerna ramai sangat yg berlagak pandai, tension bila ramai sangat yg nak jadi hero. tension bila ramai sangat yg tak tahu kerjanya tapi pandai menuding jari kat org lain...mencarut kan marah plak, maki apa tah lagi..so apa lagi ayat yang sesuai utk golongan ini?????


TULIP BERDURI:jwb jgn tak jwb...yg pasti aku bnr2 tensionnnnnnnn

10 Jun 2010

Diam tak diam

Tak tahu nak tulis mcmane , tak tahu nak hentam ikut mana, tak tahu bagaimana nak luah...
tapi yg pasti sebenarnya sesetengah daripada kita hipokrit dengan diri sendiri,
dengan orang lain.
bila terbaca dlm akhbar ttg ada kapal2 dr israel laknat tu datang berlabuh di pelabuhan kita
aku mula terfikir..bersubahat ke aku dlm hal ni (walaupun pada pandangan mata, itu bukan kerja kita)
tapi kita berada dlm negara yang sama yang begitu gah melaungkan semangat kecintaan kepada negara dan mengutuk seteruk2nya kekejaman yang dilakukan israel.
dah termaktub dlm paspport kita semua negara tiada halangan untuk rakyat negara ni pergi, asalkan berduit tetapi tidak ke negara yang tidak diiktiraf itu,
Namun, kelmarin segalanya membongkarkan sesuatu
yang negara kita ngaku atau tidak, bersyarat atau tidak... kita dh jalinkan hubungan dilpomatik ngan dunia mereka dengan membenarkan kapal2 mereka berlabuh walaupun sekejap
sedih terlalu sedih dengan isu ni
jangan diperbodohkan rakyat dengan istilah 'mereka berlabuh tetapi kita kenakan syarat'
rakyat tidak bodoh, dan rakyat tidak sekeji itu untuk menghalalkan apa yang telah 'orang di sana' buat
aku tulis balik bait2 syarat2nya
antaranya
bila berlabuh anak kapal tak bleh turun, tak bleh kibarkan bendera israel dan tak bleh bawa masuk barang ke negara ini...
bagi aku ITU SEMUA UTK MENGABURI MATA RAKYAT tapi dia lupa rakyat lebih cerdik drpd mereka.
kerna bagi aku jugak...kalau dah termaktub negara itu tidak boleh dilawati dan kita tidak boleh menjalankan hubungan diplomatik ngan dia org....bagi berlabuh walaupun satu saat pun tidak boleh bagi aku..
biar mereka rasa mereka tuh mmg tak diiktiraf di dunia
tapi apa terjadi sebaliknya.....
TULIP BERDURI:Sebab itu Israel makin angkuh dan angkuh kerna dlm diam tak diam negara yg haramkan dia pun turut mengiktiraf mrk dlm tak sedar (kalau sedar pun buat2 tak sedar)

07 Jun 2010

24 Jamadilakhir 1431 H


Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 6 dalam tahun Hijrah...
Banyak suka duka yang ditempuhi, yang kadang-kadang mengguji kesabaran, namun tidak indah hubungan itu andai tiada dilanda badai dan taufan....tidak menarik jika tidak dicorak dengan sedikit tsunami menggila.....

Hubby insan yang banyak mengalah, insan yang banyak mendiamkan diri andai di siterinya mengamuk tak hengat dunia...

Hubby juga seorang yang cukup penyabar dengan karenah isteri yang keanak-anakan andai hari istimewa dilupai gara-gara sibuknya dan banyaknya tugasan yang menuntut penumpuan lebih...

Aku???terus-terusan menguji tahap kesabaran sang suami yang kadang-kadang aku rasa melampau...terkena jugak, kerna kesabaran itu ada tahapnya lalu, kami bermasam muka...namun itu seketika, saat alis mata ini mahu direhatkan seketika di malam hari....saat itu kemaafannya di mohon moga2 sang isteri tidak dikatakan derhaka....

Itu yang berlaku dari tahun ke tahun hingga mengjangkau usia ke 6...jika seorang kanak2, sudah pandai mengeja, sudah pandai membilang hari dan sudah pandai meluahkan isi hatinya...

Itu lah kami sekarang, walau ada masanya marah membara, walau ada masanya masam mencuka, walau ada masanya kelat mengukir bibir, walau ada masanya geram teramat sangat tapi kami tahu kami saling sayang menyayangi, kami saling lengkap melengkapi dan kami saling menghormati dan sesungguhnya doa kami hanya satu...moga ikatan ini berkekalan hingga hujung nyawa kami bersama zuriat kesayangan......


TULIP BERDURI:En Wan Mohd Saufi...TQ ya kerna byk bersama dengan saya...i love u laahhhh