14 November 2010

bila mereka mati ditembak

pix by me....hehehehe guna kamera cabuk

Ramai yg dah baca paper ari ni tentang remaja 16 tahun dan dua rakan yang lain maut ditembak polis sejurus merompak sebuah stesen minyak yang terletak hanya 2 kilometer dr tempat mereka ditembak.
kali ni, geng yang dikenali sbg geng minyak tu, tidak terlepas dan terselemat dr tindak undnag-undang kerana terserempak dengan anggota peronda cegah jenayah.
huh!nasib ko lah penjenayah...jika sebelum ini geng tersebut dikatakan aktif samun stesen minyak terpencil dan telah beberapa kali 'terselamat' daripada kena tembak, akhirnya tersungkur dengan beberapa das tembakan awal pagi semalam.
cerita disebaliknya, aku terima sms dr dollah (harian metro)ttg kejadian terbabit jam 5am.bila dah di kompemkan dengan OC, aku gagahkan diri untuk ke tempat kejadian dan oleh kerana ianya berlaku di Glenmarie, yang terkenal dengan kawasan yg gelap, aku minta jasa baik suamiku(hahahahahahaha, utk jadi driver) hikhikhik. dan terpaksa lah kami berdua meninggalkan dua anak yg masih lena diulit intan...opss silap lena diulit mimpi....
sesampai,dah ada tiga empat org rakan2 reporter dr egensi lain yg dah tercacak kat situ..
itu cerita ku..so, bermula lah rutin harian seorang wartawan.
pointnya adalah...kita mungkin terfikir camne budak berusia 16 tahun boleh terjebak dengan jenyah tersebut....tepuk dada, tanya iman...sekarang ini tidak kira sama ada usia ko br setahun jagung ke, siapakah ko ke, jiika terlibat dengan jenayah dan ingkar arahan polis, ko akan terima padahnya!!!
dan kita juga terfikir...mcmane dengan penerimaan keluarga mereka terutama ibu bapa..mungkin tak kan terima hakikat anak mereka penjenayah dan mati dlm keadaan yg begitu tragis(bg mereka laaaa), aku tak prejudis terhadap mana-mana pihak....bg aku polis telah menjalankan siasatan mereka, dah bg arahan utk mereka menghentikan kereta, dah bg tembakan amaran TAPI.....apa tindakan mereka, keluar kereta dengan parang dan cuba menyerang anggota yang bertugas...anggota polis kita dibekalkan pistol atau senjata apai...takkan kalau org serang dgn parang, mereka terpaksa mencari parang untuk melawan balik....so, natijahnya...ketiga-tiga mereka tersungkur dan mati di tempat kejadian.
DAN sbg ibu dan bapa, kita tidak boleh menilai anak kita dengan apa yang kita lihat di depan mata...kalau betul dia remaja yang berusia belasan tahun, tempatnya pada jam 3-4 pagi adalah dirumah, sama ada mereka tidur atau mentelaah pelajaran.dan di mana ibu bapa ketika anak tiada di rumah ketika itu??? ada terdetik untuk menelefon utk bertanya ttg kegiatan mereka???
dan akhirnya ...kita akan menyalahi pihak berkuasa, dan tetap memenangkan anak yang kita sendiri tidak ambik peduli kehidupan seharian mereka....kita tak boleh andaikan anak2 ikut jejak kita, jika kita seorang yang taat agama..bak nyanyian RAIHAN, iman tak dapat di warisi, dr seorang ayah yang bertaqwa...(sambung sendiri laa yeee....)
Sedih seorang lagi remaja kita maut dlm keadaan yg tak sepatutnya, remaja PALESTIN begitu kuat untuk melawan kekejaman ZIONIS, remaja kita pula bagaimana???

TULIP BERDURI:Penjenayah tetap perlu dihukum tidak kira bangsa, keturunan dan usia mereka.