24 Februari 2011

bila wan nor rosida kena marah

Gbr time mude2...hahahahaha
Bila aku kena marah...apa aku buat ya??? hahahahahaha...gelak memanjang then tutup buku..ye ke? hikhikhik pada awalnya mmg trasa bahangnya tap bila dah lam2 okey jek...takdek benda pun tp semalam mmg salah aku, deadline kul 10, bos dah suh wat back up layout N1, tp layout tu tiada, nk tunggu pengumuman siapa calon Pas punya pasal lah nih (ceh, salah kan org plak) dan akhirnya N1 aku siap betul2 atas garisan berani mati (11.15mlm) mengamuk lah big boss..satu ofis bleh dgr boss marah aku...hikhikhik tp aku ambil sbg benda yg +ve utk bekalan di masa depan. Namun aku puas, sbb berjaya setkan layout N1 pahang dengan pengumuman Pas itu.harap2 return paper untuk 25 feb 2011 tu kurang, kalau byk, sia2 aku tunggu pengumuman tu dan lagi sia2 sbb aku kena marah dgn teruk....


TULIP BERDURI: Itulah aku yg bernama wan nor rosida, sekian terima kasih.

22 Februari 2011

Bila kita anggap hanya kita yang betul

Entry ni ada kaitan dengan seseorang yang aku rasa mmg tidak sesuai dia bersikap begitu.knapa aku berkata demikian?jawapannya mudah, belum tiba masanya dia bersikap sebegitu.
Dalam kehidupan ini, ada masa kita di depan, ada masa kita di belakang, ada masa orang puji, ada masa orang keji, ada masa kerja kita dipandang, ada masa kerja kita dibelakangkan.soo??? knp perlu bersikap sedemikian yang terang-terangan dah mmg org tak suke. bukan aku nk suh buat perkara yang hanya orang suke tetapi kita ni sebagai manusia perlu menghormati perasaan orang lain, jika kita mahu perasaan kita dihormati...fahami jiwa orang lain, untuk orang faham jiwa kita camne, tahu masalah orang lain, untuk orang tahu masalah kita....SUSAH SANGAT KE???
GERAMMM sangat2 bila berdepan dengan orang sebegini...nk je kelepukk kepala dia tuh agar dia tahu bukan dia sahaja yang pandai, bukan dia sahaja yang tahu serba serbi dan bukan dia sahaja yang mengerti tentang sesuatu perkara.
Emosinya aku kali ni...YAA MMG AKU EMOSI....SEBBNYA ..mmg dia hanya tahu 1 perkara daripada 10 perkara yang ada disekeliling dia.

TULIP BERDURI: Ahhhhh...BOSAN AKU NGAN DIA...HARAP DIA TAHU dan bila TAHU SILA AMBIK TINDAKAN yang SEWAJARNYA.

21 Februari 2011

Dalam kesibukan ada keluangan

meniti hari ke sehari sebenarnya mematangkan diri kita. Banyak benda nk keje belajar, byk benda nk kena buat sendiri tana perlukan pertolongan orang lain. namun yang pasti, semakin hari kita blajar sesuatu yang baru. tidak hanya dalam kehidupan keluarga tetapi juga di tempat kerja.
Rutin harian aku brubah sejak sebualan yang lalu, mual bekerja jam 2 petang hingga 11 malam membuatkan masa aku banyak bersama anak2 di sebelah pagi, sempat buat sarapan untuk deranag (kadang kala) dan sempat masak tghari untuk mereka dan suami.
ternyata dari satu sudut, mmg nampak sempurna tap dr satu sudut lagi, aku termiss apa yang mereka lakukan di malam hari. ya, banyak benda aku miss... bila pulang dan buka pintu rumah, yang menyambut ku hanya desiran kipas angin dan sesekali sang suami yang setia menunggu...anak2??? sudah lena dibuai mmimpi.
Tapi aku akan pastikan aku akan jengah mereka di bilik, dan berbual2 ngan mereka walaupun aku tahu mereka dah nyenyak tido. Namun kadang kala sapaan aku di telinga mereka, aku tahu mereka sedar aku pulang, tiap kali mengucapkan perkataan i love, mesti mereka mengangguk tanda faham dan apabila bertanya along/ adik sayang ummi dan abah?...mereka mengangguk, kemudian senyap dibuai mimpi....
Nikmatnya mempunyai anak2 yang tiada nilai yang boleh membayar harga itu. tetapi kadang2 aku menangis sendirian, cukupkah apa yang aku bagi selama ini? bagaimana perasaan si along terhadap adiknya? bagaimana pula penerimaan dia jika ada perbuatanku atau suami yang melebihkan adiknya dalam satu2 hal....adik mungkin tidak tahu apa2 tp along setelah meniti usia 5 tahun, banyak benda aku lihat dia banyak mengalah sebenarnya...namun, aku tahu dia juga mahu di menangkan setiap kali pergaduhan kecil berlaku antara dia dan adiknya.
Namun, semacam lumrah, selalunya si abang yang akan disalahkan dan akhirnya, satu tanda protesnya...dia hanya mendiamkan diri, bila bercakap hanya menggunakan isyarat kepala....sedih bila keadaan itu berlaku, tp selalunya aku takkan biarkan berpanjangan, akan panggil dia dan menyatakan kasih sayang kami padanya tetap sama sepeti adiknya...tiada beza kerna aku tidak mahu ada terdetik perbezaan kasih sayang untuk mereka berdua...kelebihan dan kekurangan mereka harus diterima dgn hati yang lapang.
Pedih hati bila trasa kasih sayang berbeza hanya ALLAH yang tahu...jangan lakukan itu kpd anak2 kita.demi ALLAh mereka anugerah teragung kepada ibu bapa di bumi ini...


TULIP BERDURI:DIHATI INI..HANYA TUHAN YANG TAHU

06 Februari 2011

aku semakin menyepi

kekangan rutin kerja harian semakin menyepikan aku dr dunia maya ni...wal hal banyak benda nk ditulis, byk peristiwa nk digbrkan, byk perkara yang boleh dikongsi..
namun apakan daya, anak2 pula makin hari makin membesar, mahu saja diri ini mencoretkan sesuatu istimewa tuk mereka tapi still tidak mampu..


TULIP BERDURI:no idea maaaa......