30 Mei 2011

Klasik itu Indah

Abah yang dikenali sebagai HANG TUAH- kerna keperkasaannya dlm sulalatussalatin
Ummi dikenali puteri yg cantekkk bangat iaitu PUTERI GUNUNG LEDANG
Anakanda Umar sudah pasti menjadi orang kedua terkuat selepas Hang Tuah iaitu HANG JEBAT dan si adik yg hensem dikenali sebagai HANG LEKIR, seorg yang berhati kental dan bersemangat waja...

Ikuti epilog ceritera kami bg menait satu sejarah indah istana idaman kami untuk tatapan anak generasi akan datang.......


TULIP BERDURI: PErghhh...terasa bearda di alam sejarah kesultanan melaka lah plak...

29 Mei 2011

kenangan itu indah

kami tiga bradik...yg pasti penulis yg paling cun..hehehehehe

NI ngan along (tp kami sll panggil sulong) comelkan kami...P

Ni penulis ngan kakak atas pd aku (mak lang) n adik yg rasany masa tu cam nk cekik jek, sbb dia lahir aku dah tak jadi bongsu..ngeh ngeh ngeh

08 Mei 2011

selamat hari ibu

Mawar Putih Untuk Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

TULIP BERDURI;Selamat Hari Ibu buat semua....

07 Mei 2011

aku dah tua

selamat hari lahir WAN NOR ROSIDA WAN HAMAD

hari ini, 31tahun lalu, aku dilahirkan oleh seorang insan yang begitu mulia....
so, dikesempatan ini aku hanya mampu ucapkan...terima kasih mek terima kasih mek dan terima kasih mek....dan sesungguhnya terima kasih ALLAH.

Dan hari ini, aku sedar aku dah semakin tua, dan doa aku hanya satu, jika umurkan dipanjangkan ALLAH, aku mohon titipkan perjalanan aku ini dengan iman dan seandainya aku tidak mampu untuk merasai sangat begitu tua usiaku, matikan aku YA ALLAH dalam iman kerna sesungguhnya redhaMU dan redha IBUku yang ku harapakan....

Terima kasih MEK kerana melahirkan aku, walaupun jasa itu masih tidak mampu dibalas sebaik jasa dan pengorbanan yang dicurahkan.

Terima ABAH kerana bersabar dengan karenah anak perempuanmu ini di atas apa yg berlaku selama ini.

Terima kasih KAKAK-KAKAK, kerana byk berjasa dgn adikmu yang sorang ni

Terima kasih ADIK-ADIK, kerana redha jika apa yg diminta ada yg tidak dipenuhi

Terima kasih SUAMI, kerana melayanku bgai seorg puteri selama ini tetapi aku juga harus diajar berdikari utk menghadapi saat2 andai kau pergi dulu sebelumku (harap2 kite pergi bersama2 dan terus bersama hingga ke SYURGA...AMIN)

Terima kasih ANAK-ANAK, ummi sayang kamu berdua, marah itu tanda sayang, ketahuilah setiap saat nafas ini, terselit kukuh dan abadi nama kalian berdua.


TULIP BERDURI: TQ TQ TQ....;-)

03 Mei 2011

cerita tentang perkahwinan


PIX:ambil dlm FB derang (mintak maaf kpd yg upload gbr ni, bukan niat nk curi, tetapi sekadar ingin berkongsi sbb cantekkk sgtttt)

1 MEI aku menghadiri majlis perkahwinan anak saudara en hubby, ARiF SAFARIN NORDIN dan pasangannya YUSNANI YUSOFF..

ermm, 1st at all, welcome to da club...melihat semua orang gembira, dan berwajah manis, alangkah happynya menjadi pengantin baru....tiada yang cacat celanya di mata semua orang, semuanya perfect.

Indah, dan tentu sekali kita mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut agar berkekalan hingga hujung nyawa, dan bertemu smula di syurga kelak, INSYA ALLAH.

Keceriaan di wajah pengantin, dititipkan pesanan, agar keceriaan itu juga terus berkekalan...dan didoakan juga insan-insan yang menjadi sebahagian ahli keluarga tidak kira dekat mahupun jauh, teruskan lah berdoa utk pasangan itu, agar terus di limpahi rahmat ALLAH S.W.T.

Namun, andai nanti terkehel apa yang tidak sepatutnya, jangan wujudkan jurang hubungan itu...ya lah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan ahli keluarga, terutama yang jauh.

Bila dah bertahun, sudah pasti ada yang x kena di mata semua orang, ketika itu...hentam saje lah labu, kite tidak mati dek keji, tidak untung dek puji

Buat NANI, good luck my dear....mg bahagia anda berdua berterusan, dan disambung dengan kehadiran generasi pewaris yang hebat2...


TULIP BERDURI: Kelat itu jangan dibuang walau rasanya dapat diingati berabad lamanya....