22 Oktober 2011

Apa sudah jadi???

HARI ini ketika mengedit story DARI UTARA, aku beristigfar panjang bila membaca heading story tersebut 'BUDAK TAHUN SATU DIROGOL DAN DILIWAT' - kejadian di Bandar Baharu Kulim itu membuat kan aku terkejut, mangsa di rogol dan diliwat 4 rakan sekolah berusia 10 dan 11 tahun.
Astarfirullah al azim.apa nk jadi dgn generasi hari ini. generasi yang begitu diagung2kan nenek moyang kite dulu untuk jadi pewaris yang bukan sahaja cerdik pandai tp generasi yang tahu hukum hakam agama....yang tahu mana salah, mana silap, yang tahu mana boleh, mana tidak.
Bila membaca berita seterusnya, aku terkedu, cara mereka melakukankan tidak ubah seperti suspek yang sudah dewasa, malah akibat tiada didikan agama dan perhatian daripada keluarga mungkin, mereka mengugut mangsa agar merahsiakan peristiwa itu daripada pengetahuan ibu bapa.
TETAPI, suspek sendiri menceritakan 'detik' itu kepada rakan2 di sekolah menyebabkan rahsia terbongkar dan akhirnya keluarga mangsa membuat laporan polis, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga suspek.
MALAH, doktor juga mengesahkan mangsa dirogol dan diliwat berdasarkan keadaan 'kecederaan' mangsa (rasanya tak perlulah bercerita panjang tentang keadaan mangsa, sedih anak gadis sekecil itu menjadi mangsa rakus rakan sekolah)

NAMUN , apa yang lebih menggerunkan apabila;

KETUA POLIS DAERAH BANDAR BAHARU, DEPUTI SUPERINTENDAN HEMLI ARIS BERKATA, SEMUA SUSPEK TERLIBAT SUDAH DITAHAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN'


Statment di atas menuntut kita sbg ibu bapa, atau bakal ibu bapa mempunyai ilmu yang cukup untuk mendepani anak2 akan datang, tidak perlu wang berjuta, tidak perlu harta segunung, jika tidak bekalkan anak2 dengan agama yang boleh menjadi benteng kekuatan kepada mereka, kita pasti menyesal tidak sudah...



TULIP BERDURI: Bayangkan, anak2 kecil berusia 10 dan 11 tahun sudah digelar 'suspek' kini, YA ALLAH, ngeri sungguh membacanya...!

03 Oktober 2011

mereka truja

Sabtu lepas (1 Okt 2011) Umar mendapat jemputan utk majlis hari raya kelab upin dan ipin. oleh krn ianya limited tuk ahli sahaja, kami ambik keputusan tuk bawa dia dan luqman ke sana...
Mmg happening gilerr majlis tu..byk benda yg depa dapat yg bleh mengasah lagi minda mereka. At least, daripada mereka sukekan kartun mat saleh yg ntah pe2, better minat kartun tampatan yg sarat ngan pengajaran utk kanak2 cam depa.
Berbalik kpd majlis, luqman juga didaftarkan spt along (so, lepas ni takde lah org jeles dgn alongnya yg asyik dapat survenir dpd club yg sememangnya aktif..sampai susu S26 pun htr ke rumah.

so, layanlah beberapa gbr yg sempat dirakamkan pd hari tersebut, jomm layannnn...


Majlis Hari Raya Kelab Upin & Ipin 2011, Space U8 (tepi base jek...)

Ummi sedang mengisi borang keahlian utk luqman, so next time invitation pun ada utk dia

Mereka nk bergambar di mana jua ada gbr upin & ipin (truje sampai along nari chicken dance) hahahahahaha, mmg bleh buat tergelak sampai berguling2...

Mereka ambik kesempatan utk bergambar di segenap sdt space u8 kerna shopping complex tu x buke pun lg ms majlis tu...

Ni tak tahu sape yg truje nk bergbr ngan MEI MEI....rasanya abah depa kottt yg xcited


TULIP BERDURI: TP UMMI TGK MAK AYAH LEBIH XCITED BERBANDING ANAK2, HAHAHAHA