28 November 2013

Selamat pengantin baru PIZU

Assalamualaikum
Seorang lagi sahabat kami pizu (dulu kat kg hanya aku, ros, long zereen, mani, zahar n pizu) yg belajar satu kelas (5 Science) dr Bukit Bading...so, hubungan persahabatan itu agak rapat sementelah kami sering mengulangkaji bersama2.

Allah, indahnya zaman persekolahan....Di antara kami berenam, aku orang pertama yang berkahwin(if not mistake laa), hehehehe. dan orang yang terakhir kawen si pizu ni...

Banyak kenangan mengusik jiwa remaja kami yang tak mungkin akan hilang dalam lipatan memori...hahahaha, itu  kita2 je tahu kan geng!

Namun, antara kami berenam, pizu @ hafizul mat yusoff ni antara pelajar tersohor sbb good looking laa masa tu...ada iras2 nustan gitueww...katanya. so, pd pandangan kami sudah tentu dia yg paling last kawen kut sbb nk mmilih yg setanding bukan senang.hahahhaha

Telahan itu tepat skali, sekali kami blima dah berumahtangga dan mmpunyai anak2..dia masih keseorangan dan setiap kali raya, tak pernah tak singgah rumah kengkawan termasuk rumah dia dan setiap kali itu lah pertanyaan demi pertanyaan terpacul dr mulut, eh bila ko nk kawen???hahahahaha, sian kamu kan sahabat....(tapi raya next year, pasti meriah perjumpaan kita sbb anda pun dan berteman maybe bertiga kuttt)

Tapi tanggal 24 November lalu, janji ALLAH itu pasti untuk hambaNYA, jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditangan DIA. dan tanggal tarikhk keramat itu, sahabat kami ni telah bertemu jodoh dengan wanita dari utara..SYUHADA namanya...ALHAMDULILLAH....

Semoga dengan dunia baru yang bakal ditempuh ni, anda berdua tabah menerima cabaran dan dugaan hidup...jika sabar, banyak kemanisan yang mengiringi perjalanan suci itu namun jika setiap cabaran itu dihadapi dengan seribu kepayahan, tidak mustahil badai akan melanda.

Sahabat,
Dalam menjalani hidup berdua....kita harus terima seadanya pasangan kita..setiap kekurangannya jadikan sebagai titik tolak untuk kita membimbingnya, dan setiap kelebihan itu jangan dipuji terlalu agung bimbang kelak kita yang merana.

Seharusnya, terima kelebihan dan kekurangannya seadanya, InsyaALLAH di situ lah anda akan ketemui kemanisan sebuah perkahwinan itu...


Aamiin aamiin aaminn, doa kami mengiringi kalian berdua.



TULIP BERDURI:.................................TAHNIAH.....................................;-)


20 November 2013

SEJAM TANPA 'NYAWA'

Setelah 8 tahun berkahwin, semalam kami berdua mengambil peluang untuk keluar bersama bila ank2 kena kidnap ngan mak saudara mereka.

Pada asalnya, wah!memang xsabar nk berdating tp disebabkan puan isteri bkerja, en suami hanya sempat kidnap time rehat jam 5 ptg....ke mana ya kami utk tempoh sejam itu? hahahaha, tak kemana pun, just mkn di SACC berdua...

Tp seriously rasa janggal bila ank2 xde bsama. Jalan pun mcm xde tujuan kami ni...Ya lah, selama 8 tahun kawen, kami xpernah ke maan2 tanpa anak2 di sisi...bila pesan makanan ingat anak2, bila nk sentuh mknanan ingat anak2...

Oh Allah, besarnya kuasa mereka anak2 dalam kehidupan kami berdua...

En somi wassup adik tanya hal anak2...

TULIP BERDURI: Kosong hidup tanpa Umar, Luqman n Ziyad


19 November 2013

ALLAHUAKHBAR....


Saya tidak kenal dan tahu sangat pasal adik Ammar ni tetapi membaca secalit kisahnya selepas Allahyarham meninggal dunia menjadikan hati saya diruntum kesayuan dan sesungguh sangat bertuah ibu Ammar memiliki anak sepertinya, dan saya mencumbui ibu Ammar ketika ini...Allahuakhbar.


Dan saya percaya, ramai ibu-ibu diluar sana termasuk saya menginginkan anak2 berperibadi seperti Ammar..

TULIP BERDURI: .Allah Allah Allah...Al-Fatihah, syurga dan bidadari itu menanti untukmu di sana



16 November 2013

ANDA TIDAK LAYAK MENGKRITIK



Baru hari ni berkesempatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati....sepatutnya diluahkan pd hari kjadian tp sy hold dulu sbbnya bimbang jika jemari ini trs menekan perkataan yg lahir dari perasaan marah.
tp biar sesiapa pun anda, anda mmg tidak layak untuk mkritik kerjaya yg saya dokong selama 8 tahun ini kerana;
      Dengan kerjaya itu saya memperoleh rezeki drpd ALLAH SWT dan kata2 anda saya anggap ianya sebagai fitnah. Bagaimanapun, saya dah memaafkannya cuma utk melupakannya maybe mengambil masa yang agak lama...krn sy bnr2 terguris.

Satu nasihat saya, jangan diputuskan silaturahim sesama kita di dunia ini kerana siapalah kita untuk mendongak ke langit dgn tidak mlihat siapa kawan yg bkn hanya selalu mengelilingi kita, tetapi mereka yg akan mendoakan kita kelak.


TULIP BERDURI: Tak anggap diri ini baik sangat tetapi cuba baiki diri untuk jadi baik dalam apa jua tindakn yang dilakukan demi bekalan utk 'ke sana' nanti.

   


10 November 2013

KENAPA PERGINYA DALAM KEADAAN BEGITU?

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Raffli Malik yang maut ditembak tiga individu di kediamannya, semalam.Semoga Allah tempatkannya dalam kalangan golongan hambaNYA  yg begitu dikasihi.


Terngiang ayat terakhir suami
KUANTAN- “Tak nak singgah rumah ke? Itu adalah ayat terakhir suami sebelum saya mendengar bunyi tembakan dan melihat dia terkulai di garaj kereta,” kata Rosmahwani Abd Wahab, 41, isteri Ahmad Raffli Ab Malik.
Menurut Rosmahawani, ketika kejadian suaminya sedang memasang langsir di ruang tamu dan sebuah kereta Wira Aeroback berhenti di depan rumah.
“Selepas itu, seorang lelaki berkopiah dan berbaju kot memberi salam, anak ketiga saya (Mohd Amin, 15) memaklumkan ada orang mahu berjumpa dengan ayahnya.
“Melihat ada orang datang rumah, saya terus masuk ke bilik dan terkejut mendengar bunyi dua das tembakan serta jeritan anak saya,” katanya yang menerima kunjungan daripada Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Iskandariah di rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini.
Rosmahwani berkata, dia sempat melihat dua lelaki berkopiah putih keluar daripada kenderaan tersebut, namun tidak sempat melihat lelaki ketiga yang dipercayai melepaskan tembakan jarak dekat kepada suaminya itu.
Sejak kebelakangan ini arwah bersikap lebih mesra dan sering bergurau dengan anak-anak dan saya juga pelik menerima ciuman terakhir arwah bertalu-talu pagi tadi kerana sebelum ini saya yang sering mencium dia selepas solat,” katanya.



TULIP BERDURI: Allahuakhbar3x Tak terfikir oleh kita sang suami yang baru dua tiga minit berbual mesra bersama kita dan anak2, tetiba pergi tak kembali dalam keadaan yang tidak boleh diterima akal kan? Namun, itulah ketentuan ILLAHI yang tak mampu kita sangkal, yg hanya boleh kita lakukan berdoa dan berdoa agar rohnya ditempatkan di kalngan para syuhada.

03 November 2013

HOGOH PAHANG HOGOH

Penantian 21 tahun Tok Gajah berakhir


Hero yg membawa kemenangan kepada pasukan Tok Gajah
 Matias Ruben Conti jaringkan gol yg cantekkk pada minit ke 59'


Yeahhhh...mereka mmg layak untuk dinobatkan sebagai 
JUARA PIALA MALAYSIA 2013


TULIP BERDURI: Tiada lagi GOMO KLATE GOMO tahun ni....