31 Julai 2014

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya semua...
Dengan rasa rendah diri sy mmohon maaf atas salah dan silap
ada yg terkasar bahasa, terguris hati ampunkan saya


TULIP BERDURI: Sedih sbb raya kedua dah start keje....huaaaaaa

19 Julai 2014

MEREKA YG PERGI...



Penumpang

1. Ariza Gazalee
2. Elaine Teoh
3. Hasni Hardi Parlan
4. Benjamin Lee Jian Han
5. Kaela Maya Jay Goes
6. Karamjit Singh Karnail Singh
7. Kaushalya Jairam Das
8. Kiah Yeen Lee
9. Lyeti Elisabeth Ng
10. Mabel Anthonysamy
11. Marsha Azmeena Tambi
12. Matthew Ezekial Sivagnanam
13. Meling Anak Mula
14. Ming Lee Foo
15. Mohd Ali Md Salim
16. Muhammad Afif Tambi
17. Muhammad Afruz Tambi
18. Muhammad Afzal Tambi
19. Paul Rajasingam Sivagnanam
20. Qing Zheng Ng
21. Rahimmah Noor
22. Shaliza Zaini Dewa
23. Ng Shi Ing
24. Siti Amirah Parawira
25. Subashni Jretnam
26. Tambi Jiee
27. Tan Siew Poh
28. Yau Chee Liew

Anak Kapal

1. Wan Amran Wan Hussin (Kapten)
2. Choo Jin Leong, Eugene (Kapten)
3. Ahmad Hakimi Hanapi (Pembantu Juruterbang)
4. Muhamad Firdaus Abdul Rahim (Pembantu Juruterbang)
5. Mohd Ghafar Abu Bakar (Penyelia Kabin)
6. Dora Shahila Kassim (Ketua Pramugari)
7. Azrina Yakob (Ketua Pramugari)
8. Lee Hui Pin (Pramugari Kanan)
9. Mastura Mustafa (Pramugari Kanan)
10. Chong Yee Pheng
11. Shaikh Mohd Noor Mahmood
12. Sanjid Singh Sandhu
13. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin
14. Nur Shazana Mohamed Salleh
15. Angeline Premila Rajandaran

AL-FATIHAH UTKMU MH17



Allahuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar!
Allah maha besar yg mnguasai seluruh alam ini...



Al-fatihah buat saudara semuslim yg terlibat dalam nahas MH17 yg ditembak jatuh ptg khamis lps 2 pm waktu ukraine (10:15 pm-waktu Malaysia)


Jauh di sudut hati sy sbg rakyat Malaysia, sy th peristiwa ini trsan mrentap tangkai jantung kita selepas peristiwa MH370 yg sehingga kini tiada perkhabaran gbira yg kita terima.



simpati sy terhadap mereka yg tlibat dan hiba stiap kali mnatap wajah2 ahli kluarga yg sy tahu harapan mrk utk bjumpa insan tsayang yg brada dlm pesawat tu begitu menggunung tinggi.



Disaat kita semua menghampiri 10 malam terakhir Ramadan 1435H, kita diuji dan ujian ini bukan hanya utk ahli keluarga mereka yang terlibat, tp ujian utk kita rakyat Malaysia sebagai umatNYA.

Setelah apa yg tjadi kpd pesawat MH370 yg kekal trs misteri sehingga sekarang, sy mula sedar apa yg blaku ini semuanya atas kehendak dan kemampuanNYA yg mnguasai seluruh alam ini dan tiada kuasa kita sbg hambaNYA utk mnidakkan apa yg blaku.

Ada hikmah yg tsembunyi dia DIA isyaratkan kepada kita rakyat Malaysia. Mg apa yg blaku akan membuatkan kita semakin dekat dgnNYA, semakin kerap mengadu padaNYA, dan berterusan mengharapkan rahmatNYA...



AAMEEN AAMEEN AAMEEN...


TULIP BERDURI: Semakin takut dgn nasib diri yg byk kekhilafan ini....

17 Julai 2014

BILA AMARAH MENGUASAI DIRI


Dua hari ni xkira Fb, tweet or blog semuanya bercerita tentang adik kiki yang ganas dan begitu amarah terhadap seorang warga emas.

Kesian warga emas itu dan sememangnya tidak patut adik kiki tu memperlakukan uncle tu begitu rupe...di mana pertimbangannya dia sebagai seorang muslim, di bulan Ramadan yang mulia.semua syaitan telah dipaku, so apa lagi yg merasuk jiwa wanita itu sehingga dia sanggup bertindak sebegitu rupa???

Ya, semua orang mungkin pernah berperangai begitu, cumanya adik kiki berada di zaman yang serba serbi canggih, sekelip mata apa yang berlaku di luar sana, sudah mula menjalar di alam maya.

Baka kata orang tua, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak perbuatan, dan perkataan, adik kiki kena tanggung sendiri. dan sy rasa bukan adik kiki yang perlu berhadapn dengan cemuhan orang ramai di luar sana, tetapi juga sudah pasti keluraganya turut terpalit malu.

Marah boleh, tp jangan keterlaluan, kerna itu salah satu petanda kita sedang sakit....sayangnya, wajah cantik, perwatakan menarik tetapi tidak disukai segelintir org, apatah lagi mungkin orang disekeliling kita juga sebenarnya naik menyampah jika sifat amarah menjadi pendamping setia kita.





Dan bagi kita di luar ini, jangan lah disimbah api yang sedang marak menyala dengan minyak.seeloknya kita jadi pendamai seperti mana uncle tu, sy amat puji tindakannya yang memaafkan perbuatan adik kiki dan tidak mahu mengambil apa2 tindakan tindakan terhadap wanita itu,

Namun, adik kiki tidak dapat lari daripda tindakan undang-undang sementelah video berkenaan dah menjadi viral. mahu atau tidak adik kiki terpaksa berhadapan dengan semua jenis soklan yang dikemukakan pasukan penyiasat kes berkenaan.jika nasib tidak menyebelahi, siaastan itu akan mengambil masa berhari2.

Alangkah indah jika kejadian itu hanya di akhirinya dengan bayran ganti rugi dan sekadar laporan polis kedua-dua belah pihak tanpa perlu disusuli tindakan lock steereng itu...Pasti adik kiki tidak menjadi tmpat caci maki orang di luar sana, dan tidak pula akan berulang alik ke balai polis untuk memberi keterangan.mudah kan?

tapi benda semua dah berlaku, apa yang terfjadi jadikan pengajaran.dan cukup2 lah kita mengaibkan orang.INGAT! jika kita menutup aib orang, ALLAH akan mnutup aib kita...


TULIP BERDURI: sy dan suami pernah langgar belakang mitsubishi  lancer tahun 2011 ketika pulang dr PPUM bersama dua hero kami. Alhamdulillah, budak Cina berkenaan begitu soft spoken dan akhirnya kami settle perkara itu dengan mudah.




09 Julai 2014

Lama menyepi, kini kembali

Oh Tuhan, lama sudah diari maya ini ditinggalkan...
Hari ni sudah hari ke 11 umat Islam berpuasa, dan 11 hari juga lah byk meninggalkan kesan mendalam dlm hidup sy.
1 Julai 2014 bersamaan 4 Ramadan 1435H sy kehilangan sorang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah akibat serang jantung. Tersentap tangkai jantung tatkala menerima perkhabran itu kerna malam sebelum beliau pergi menemui PenciptaNYA, kami sempat berbual semetalah kami bertugas ketika itu.
Oh ALLAH, hanya Engkau yang mengetahui rahsia yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku.Namun, ketabahn isteri dan anak2 arwah amat terkesan di hati ini. Ya, apa yg tersurat di wajah, manakan sama apa yang tersurat di dalam hati. Memang perit menerima berita kehilangan orang yang selama ini menjadi tpt bergantung hidup, namun semua itu berjaya mereka sembunyikan daripada pandangan mata umum.Subhanallah, Maha Suci ALLAH.
Moga Rohny tenang disana sahabat KHAIRUL AZIZI ALAM...aku akan terus mendoakanmu tenang disana...Al-fatihah.