22 Ogos 2014

Air mata dan doa


Penerbangan pertama yang membawa pulang kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 selamat tiba di tanah air selepas 37 hari insiden paling tragis MH17 berlaku.

Kumpulan pertama ini melibatkan 20 jenazah penumpang dan anak kapal yang telah dikenal pasti identiti mereka serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Sebaik sahaja pesawat khas MH6129 yang berlepas dari Schipol pada pukul 9.40 malam Khamis waktu Malaysia mendarat di KLIA tepat jam 9.54 pagi, suasana pilu menyelubungi seluruh rakyat negara ini.





SELAMAT PULANG MH17



Tiga juruterbang, Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Bakr Othman dan Kapten Zaim Khalid serta dibantu pegawai penerbangan, Yap Yoon Kong diberi tanggungjawab untuk membawa pulang 20 jenazah  tragedi MH17...