12 Februari 2015

AL-FATIHAH



DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu Kelantan dan Allahyarham merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.
Hari ini, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Jumaat di kediamannya selepa dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, pukul 8.30 malam tadi.
Difahamkan alat bantuan pernafasan yang digunakan untuk Nik Abdul Aziz telah pun ditanggalkan pada waktu itu.
Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

TULIP BERDURI: Syurga menantimu Tuan Guru...aamiin