11 Ogos 2016

YOU INSPIRED ME....

Mengenali individu yang pernah memegang kedudukan no dua sebuah organisasi yang AMAT PENTING, membuka mata saya dalam banyak perkara.

Sama ada mengenai politik, organisasi jati diri dan pegangan kita.Semua itu terangkum utuh dalam dirinya yang memaksa dia mengundur dari tampuk yang sewajarnya diidamkan semua pihak.

Satu persatu sejarah, rahsia dibuka atas dasar kepercayaan dan berulang kali diulangnya, kepercayaan yang diberikan bukan untuk dilakarkan paling tidak bukan untuk masa terdekat, tapi lakaran itu katanya biarkan ikut rentetannya agar apa yang cuba disampaikan tidak disalah ertikan sesiapa sahaja yang katanya musuh hanya berdiri beberapa ela drnya.

Saya memang menyanjungnya sejak dahulu kerna peribadi yang utuh berpaksikan akidahnya.Setiap kali dia mengeluarkan hujah, hujahnya berfakta dan kehidupannya hanya selari tiada bengkang bengkok.

Kerna keselarian itu lah, maka dia tidak petah berada ditampuknya kerna kepincangan semakin hari semakin membarah depan mata.

Harus...ke mana lagi hendak dihayunkan langkahnya kalau tidak mengambil keputusan yang amat berat, meskipun telah diurai, meskipun telah diluah, meskipun telah dicaci namun dia tidak betah lagi. Dan akhirnya, keputusan itu menjadikan dia hari ini (11 Ogos 2016) saya melihat sosok itu semakin ceria, semakin mampu mengukir senyum yang paling indah....saya yakin dan amat yakin, dia gembira dengan keputusan yang dibuat....tidak lagi alatan penguji darah tinggi yang dibelikan untuk pujaan hati, digunakan untuk diri sendiri sekian kalinya selepas ini...

Tahniah, saya yakin sesuatu yang hebat menanti dia di hujung usianya nanti....


TULIP BERDURI: Contoh orang yang yakin dengan rezeki itu milik ALLAH SWT, bukan terletak kepada mereka yang bergelar HAMBA