11 Ogos 2016

YOU INSPIRED ME....

Mengenali individu yang pernah memegang kedudukan no dua sebuah organisasi yang AMAT PENTING, membuka mata saya dalam banyak perkara.

Sama ada mengenai politik, organisasi jati diri dan pegangan kita.Semua itu terangkum utuh dalam dirinya yang memaksa dia mengundur dari tampuk yang sewajarnya diidamkan semua pihak.

Satu persatu sejarah, rahsia dibuka atas dasar kepercayaan dan berulang kali diulangnya, kepercayaan yang diberikan bukan untuk dilakarkan paling tidak bukan untuk masa terdekat, tapi lakaran itu katanya biarkan ikut rentetannya agar apa yang cuba disampaikan tidak disalah ertikan sesiapa sahaja yang katanya musuh hanya berdiri beberapa ela drnya.

Saya memang menyanjungnya sejak dahulu kerna peribadi yang utuh berpaksikan akidahnya.Setiap kali dia mengeluarkan hujah, hujahnya berfakta dan kehidupannya hanya selari tiada bengkang bengkok.

Kerna keselarian itu lah, maka dia tidak petah berada ditampuknya kerna kepincangan semakin hari semakin membarah depan mata.

Harus...ke mana lagi hendak dihayunkan langkahnya kalau tidak mengambil keputusan yang amat berat, meskipun telah diurai, meskipun telah diluah, meskipun telah dicaci namun dia tidak betah lagi. Dan akhirnya, keputusan itu menjadikan dia hari ini (11 Ogos 2016) saya melihat sosok itu semakin ceria, semakin mampu mengukir senyum yang paling indah....saya yakin dan amat yakin, dia gembira dengan keputusan yang dibuat....tidak lagi alatan penguji darah tinggi yang dibelikan untuk pujaan hati, digunakan untuk diri sendiri sekian kalinya selepas ini...

Tahniah, saya yakin sesuatu yang hebat menanti dia di hujung usianya nanti....


TULIP BERDURI: Contoh orang yang yakin dengan rezeki itu milik ALLAH SWT, bukan terletak kepada mereka yang bergelar HAMBA


20 Julai 2016

SAYANGKU SJN SAUFI (inspirasi drama di AKASIA laa katakan....uwekkkkk)

Hai laa...sana sini orang duk bercerita tentang drama bersiri tuh, apa tajuknya 'SAYANGKU KAPTEN MUKRIZ' (ops, sorry teman lom nontonnya lagi tp mll pceritaan sahabat dan mll pbacaan di lama sosial, katanya ramai dah jatuh hati ngan abam2 askar...knp ya???sado???hensem??? Huh, kalau itu alasannya, lupakan lah kiah oiiii

Realiti khidupan isteri askar ni bukan seindah yg disangkakan, kalau ada yg indah je n xde yg masam mcm cuka, dia mmg bertuah.hahahahahahaha (gelak jahat)

meh teman nk crite sket realiti yg teman hadapi sejak berumahtangga ngan abm askar neh. (eh eh, bukan tak syukur hokey, tp nk bgth dan nk share apa yg dialami selama 11 tahun jadi isteri abam askar. hiks, eleh baru 11 tahun sis, ada lagi yg berpuluh2 tahun.hahahaha

ok,jom kita membaca!!!

Awal2 kawin dah duk asing2, sorang Ipoh, sorang Key El.....ok lagi tu, tringat bila keguguran anak pertama, waktu tu abam askor kita kursus kat puchong (hoh dokat lah sikit ngan pn isteri...kannnn), teman idok ler tahu teman peknen, xde rejeki teman kguguran.dek kerana waktu tu sengsorang, semua benda buat sdiri, ulang alik klinik sbb kandungan ada prob pun sdiri dah ler ank ptama (kalau korang laa rasa2 boleh hadap?, kalau boleh teman salute), bila kguguran dan diminta refer PPUM sbb dekat ngan tempat keje dan rumah, so gigih tunggang motor (ULANG SKALI LAGI.....tunggang motosikal!!!! sengsorang ke PPUM dan bgth abam askar kita suh minta pelepasan kursus utk shari minta temankan ke PPUM. mmg dapat tp xleh lama so gigih abam askor kita tunggang motosikal juga ke PPUM. Kami hanya bertemu di PPUM hokkey, sorang satu motosikal.hahahahhaha  bila tringat aduss, boleh nangis beb.

itu salah satu kejadian yang teman xleh lupa sampai sekarang.belum lagi kes tayar motor pancit area kilang PROTON jam 7 mlm sengsorang, motosikal mati gara2 banjir kilat di Seksyen 20. semua itu dilalui sendirian ok, di kala abam askar kita bertugas di IPOH. kahwin tapi hidup sendiri

oh lupa, kandungan kedua anak pertama, teman dipindahkan ke Terengganu dan abam askor kita bertugas di Subang (hah, dia mai, teman plak larikkkk...hahahaha) denga alahan yang maha teruk, hanya ALLAH yg tahu perasaan sengsorang hadapinya.jiwa jadi sensitif awalnya tp lelama dah lali, check up????sengsorang ke????eh xlaaa, ramai bersama, penuh satu klinik.hahahaha, kompem laa sengsorang dik non oiiii, dah namanya sorang di pantai timur, sorang di subang. seme benda buat sendiri.

Usia kandungan 7 bln, bleeding gara2 aktif bekerja (reporter kannnnn), warded juga sendirian.abam askar hanya dapat faxkan GL (Guarantee Letter) sedih kan?anak pertama, warded sebelum waktunya, lps tu plak abam jauh....owhhhh sungguh sadis.tp itu lah yg teman hadapi sampaikan waktu nk bersalin dlm labour room pun, nurse berkali2 tanya, mana peneman??? boleh ke bersalin sengsorang???hbs tu nk jawab apa, nk ckp kat anak jgn kluar lagi????kihkihkih, tapi rezeki WAN UMAR ZAFRAN, bila abahnya sampai (tupun terkojut teman, dr KL ke KT hanya amik ms 4 jam, time tu mana ada hway cam skrg) dia pun kluar mlihat dunia.

Mengandung anak kedua, alhamdulillah dah tgal bersama, tp cabarannya tetap ada.teman xleh drive kereta (sll pergi keje n balik keje dia amik) tp sampai satu ms, dia kursus juga enam bulan.teman dipaksa drive sdirik pergi ofis di kala tak tahu nk tala gear ke mana (manual)huhuhuhu, mmg dia hati kering, bior je isterinya usaha sdiri.ksudahanya teman bawa gear 3 dr umah smpai ofis....hahahahhaa, mujur kete tak meletopppp.

Bila mngandung anak ketiga, teman disahkan ada diabetes, faham2 je laa, tpaksa checkup di spital dan waktu tu pilih PPUM.Tak ingat dah abam askar kita ke mana mas tu tp yg pasti banyak masa check up klinik dan spital mmg teman ditemani dua teruna kecik yg maha lasak ketika itu.mmg satu cabaran dan pernah menangis dlm kereta dr Bt 3 ke PPUM di kala jem teruk dan kereta manual. mahu handle dua teruna itu lagi dlm kete hanya ALLAH yg tahu.belum lg cerita tiba di PPUM, nk cari parking dan bila dah tiba masa nk jumpa doc, ttiba salah sorang teruna hilang!!!!

Tapi kalau nk citer jerit perit jadi bini askor ni, mmg sebulan citer pun xhbs.cabaran ke sekolah amik report card anak sengsorang, baiki basikal anak sdiri, baiki paip bocor, tukar mentol lampu terbakar semua dah dibuat sdiri.hatta sampai belajar mcmana nk tukar tayar motosikal dan tayar kereta.

btullah kata pepatah enggeris...i can handle anything, because i'am army wife.sangat setuju hokeeyyyy.teman tak tahu army wife yg lain mcmana khidupan mereka, tp bg teman, teman bsyukur dengan apa yg dijodohkan kpd teman.dlm ksibukannya tetap ada masa terluang dan kebanyakan masa tluang itu dia usahakan utk bersama keluarga dan membantu teman dlm banyak perkara.dlam setiap cabaran berumahtangga dengan abam askor, ada terselit kemanisan yg lebih hebat dr pasangan biasa.

yeahhhhhh, saya sayang suami saya!


SALAM DR PUAN EDITOR ISTERI KEPADA SJN (U) WAN MOHD SAUFI...hiks



04 Mei 2016

ASKAR NAIK GAJI LAGI!!!

Apa???askar naik gaji???wow hebatnya golongan derang setiap tahun dapat perhatian kerajaan dengan pelbagai kemudahan....malah ada kata2 lebih sadis lagi..apa punya kerajaan, golongan makan gaji buta pun ko nk naikkkan gajinya..

Malah ada adik beradik sendiri pun tak faham keje abg atau kakak2 mereka dlm bidang ni. bila dah cop 10 jari, ada berani ko nk mlanggar arahan????

Hamboiii kakak2 n abg2 yang berkata2...hebat naa ko orang...mengata sana sini.dengki dgn org sana sini. tak baikkk tau!

Meh nk habaq mai sikit keje askar ni camne???mcmana keadaan kluarga mereka jika askar ni kene tugasan luar, mcmana jika depa ni pergi kursus berbulan2....laki ko hado?????

Ada tugasan laki n bini hang pa yang tinggalkan kluarga? boleh menjerut hati tau kalau iman tak kuat. seme benda kena buat sendiri, seme benda kena pandai2 sendiri buat. sakit kena pandai sendiri drive cari klinik.tu belum lagi mengandung bagai. takde maknanya nk suami teman pi check up every month. takde maknanya nk suami take care ko stiap hari. takde maknanya nk suami masak utk ko hari2.,

Silap2 bersalin pun kena bersalin sengsorang. teman rasa kalau ko org di luar sana yg asyik duk ngata tu kena spt mana yg isteri2 askar ni rasa....ko org mesti menangis air mata darah, tarsa ati ngan laki every daya jgn cakap laa... so bila xde pngalama itu jangan duk asyik nk mengata org. tak de dlm kasut org lain, jangan ko berani nk mengatakan yg ko tahu serba serbi tentang kehidupan kluarga askar./...

Hanya mereka yang ada pengalaman itu ada jiwa sekental besi waja.






08 Julai 2015

indahnya ukhuwah sesama insan



Assalamualaikum semua
Dah lama tak bertemu di sini

Takde kisah menarik nk dikongsi tp di saat pelbagai isu timbul skrg ni, semua org ibaratnya mahu bersuara.
bersuara tak salah, tp adabnya kena jaga
orang ini tak kena, orang itu tak kena
orang ini tak betul, orang tu tak betul
orang itu ini, orang ini itu...
adoiiii
habis tu siapa yang betul???
Saya sangat kesian dengan orang yang ada attitude sebegini.
letih lihat perjalanan sehariannya hanya semata-mata duk menilai orang daripada kacamata sendiri
Bangunlah wahai sahabat...
bergaul dengan ramai lagi manusia di luar sana,
 pasti anda akan rasai keindahannya jika kita tahu pentingnya menjaga ukhuwah dan bersangka baik sesama kita


TULIP BERDURI:Pakar motivasi berkata insan sebegini selalunya kurang kasih sayang...Allahukhabar, marilah kita sama2 berkasih sayang sesama insan. 


12 Februari 2015

AL-FATIHAH



DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu Kelantan dan Allahyarham merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.
Hari ini, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Jumaat di kediamannya selepa dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, pukul 8.30 malam tadi.
Difahamkan alat bantuan pernafasan yang digunakan untuk Nik Abdul Aziz telah pun ditanggalkan pada waktu itu.
Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

TULIP BERDURI: Syurga menantimu Tuan Guru...aamiin

21 Oktober 2014

AKU YG SUPERWOMEN


Menjadi seorang isteri kepada anggota tentera menuntut byk pengorbanan yang bukan sedikit....kenapa sy berkata begitu selepas 9+ kahwin?
Hahahaha, ini hanya pandangan peribadi saya yang merupakan salah seorng daripada beribu2 isteri tentera di luar sana.
kerna....
saya kena belajar byk perkara, selama 9 tahun ini saya diajar berdikari setiap masa.tidak bergantung harap kepadanya 100%.berdiri di atas kaki sendiri itu kini lebih terasa bila en suami sering outstation...semua benda kena handle sendiri, EVERYTHING....

Part pertama
Setiap mlm sepanjang ketiadaannya, sy terpaksa ulang alik rumah amik anak sulung dr sekolah, then bawa ke ofis selepas maghrib then jam 11.30 mlm dr shah alam ke kg melayu subang, mengambil dua lagi teruna yg ditinggalkan di rumah pengasuh.ramai yg bertanya, jauhnya htr lps tu mlm2 terpaksa ambil risiko redah pejalanan jauh.jawapan saya mudah, hanya pengasuh itu yg saya percaya utk menjaga anak saya sampai mlm dan mereka mjaga 2 teruna sy spt anak sdiri. buktinya, anak2 tiada masalah dan sgt gembira berada di rumah ibu mereka sepanjang peninggalan sy.
Namun sya bersyukur, anak2 spt memahami apa yg sedang dilalui ummi dan abah mereka, dan tidak pernah meragam stiap kali terpkasa pulang mlm andai abah mereka outstation.

Part two:
Terpaksa menjadi cikgu kaunseling kepada mereka bertiga sendirian, dan saya akui mereka amat rapat dgn sy tetapi ada kalanya si umar lebih selesa membicarakan sesuatu dengan abah mereka tatkala abah mereka pulang.penat?usah mengeluh kerna mereka lagi penat menunggu kepulangan sy stiap mlm.

Part three
Pernah anda tukar paip bocor, tiup basikal or mentol lampu rumah sendiri?kalau pernah, saya salute anda kerna sy tahu semua itu bukan mudah utk kita wanita melakukannya sendirian?Namun itu yg terpaksa sy buat andai kata semua itu rosak tatkala en suami tiada di rumah. pada mulanya, saya gagal dan terpaksa angkat basikal si umar ke kedai slps tak berjaya dgn misi tukar tiup.tp itu dulu, kini tiada masalah hatta utk baiki basikal sekali pun, mentol lampu juga, sy gayat dengan ketinggian tp bila dah darurat tpaksa buat2 berani depan anak2 menukar mentol lampu yg rosak....terima kasih en suami kerana mengajar banyak benda utk bekalan isterimu ini.

Penatttttt????? memang penat bila en suami tiada utk membantu ringankan beban tp sy percaya penat yg saya dapat itu tak sepenat ibu tunggal yg sememangnya hilang tempat bergantung. bagaimanapun sy bersyukur en suami hanya tiada untuk seketika.tp utk seketika itu sy cuba menjadi isteri terbaik yang menjaga hal rumahtangga sepanjang peninggalannya, menjadi ummi yg hebat di mata anak2 walaupun kadang2 kepenatan itu sy luahkan dlm keadaan tak sedar dan menjadi pekerja yang cemerlang walaupun kdg2 kedatangan ada terbabas akibat terpaksa berkejaran ke sana ke mari.

TAPI.....





TULIP BERDURI: Ya.....saya wanita hebat!hehehehehehe