19 Disember 2009

selamat pengantin baru zul n farah

Umar n ayah zul (maybe dia rindu atuk dia...dtg2 je terus menepek je ngan 'atuk'....

jom posing sambil berjalan ke rumah pengantin pompuan...

Amin...smg berbahgia hingga ujung nyawa...

pengantin baru...zulkifli n farah

ambik peluang bergbr ngan pengantin...dah lah baju same color...maklumlah kami pergi atas tiket rombongan lelaki...hehehehehe

16 Disember 2009

sudah tiba masanya...

aku rasa sudah tiba masanya untuk aku meneruskan antry dlm blog ini dgn aktiviti seharian aku di pejabat, apa yang aku buat, aassignment ape yang aku pergi, dengan siapa dan bagaimana aku mengolah ayat menjadi berita...hahahaha, cam lawak pun ada entry aku kali ni....
tapi takpe...sekurang2nyer sesiapa yang membaca blog aku, tahu perjalanan seharian seorang repoter (nak kata hebat...tak penah dapat anugerah lagi setakat ni, nak kate glamor, tak pernah wat majalah hiburan yg repoternyer aku tgok berpakaian ctik2(hingga bleh tertukar ngan artis..hehehehe).
ape yang penting...aku berkongsi suka duka ini dengan dia dan kamu....

TULIP BERDURI:we never promise a roses when we become a journalist...)ntah betul ntah idak ayat ni)

15 Disember 2009

Princess Haliza???

Princess Haliza???
dengar nama pun mcm pernah dengar jerkkk....siapa dia?kenapa dia?macamane nama dia bleh timbul dlm entry aku ni?wah2 soalan dah memang mcm reporter...huakakakaka...dah sah2 aku reporter...hik hik hik...
sebenarnya kali ni entry aku berkaitan dengan hubby yang mengikuti survival selama tiga hari di Kem PLKN Princess Haliza...anjuran MATRA 2(tpt dia kerja lah)
tapi wondering jugak...ikhtiar hidup ke?
hahahaha....apa taknyer aktiviti ikhtiar hidupnyer pada mlm pertama je...tapi yang lebihnyer banyak permainan...huhuhuhu,
langsung aku tidak dapat mengikuti ATM bersama Media ke tasik Banding, Perak...
huahuahuaa...dah lama kepingin mau pakai pakaian askar...al maklumlah, kalau mohon jadi askar, kompem kena rejek (jgn marah tulisan rojak) yang diadakan pada tarikh dan waktu yang sama.
tapi takpe....yang penting bukan senang nak tengok hubby aku pakai baju kelawar aku pada mlm terakhir dia kat kem tu..huakakakaka, aku tergelak sampai tergolek2...hik hik hik...
yang penting tu semua idea aku, tak sangka dia setuju...tak bleh blah, pakai baju tu ngan kain pelikat n kopiah.....
apepun tabik springggggg kat hubby kerna sanggup menerim aidea gile isterinya yang sememangnya memmpunyai otak yg memang gile.....


TULIP BERDURI:harap2 tahun depan bleh ikuti ATM bersama media di negeri di bawah bayu.....

09 Disember 2009

dalam manisnya madu, terselit juga pahit hempedu

kenangan lalu menjelma satu persatu
aku mula hilang arah, sudah ku rasa ku buangnyer jauh ke lubuk dalam

tapi ternyata hari ini, tika ini kenangan itu menjelma lagi
satu persatu....

dan akhirnya ia berjaya memburaikan mutiara jernih di pipi ini....
mahu aku menjerit menghalaunya pergi

tapi ternyata aku tiada kekuatan itu
aku kuat....aku kuat...aku kuat

namun ianya diluahkan dengan tindak tanduk
hati ini ibarat kaca yg terlerai hingga tidak mampu disambung kembali....

kenapa dan kenapa???

aduhai kenyataan....
kenapa terlalu pahit untuk aku menghadapinya?
kenapa harus menjelma di ruangan kebahagiaan ini?

ingin sekali aku pergi bawa diri...tapi ke mana arah?
kerna tidak sanggup berhadapn persoalan yang silih berganti....



TULIP BERDURI:mengharapkan itu semua adalah dusta belaka

11 November 2009

isu polis tembak penjenayah

Kali ni entry aku lebih kepada bidang kerja aku yang hari2 bergelumang dengan polis yang menangkap penjenayah.
Masih ingat kejadian Geng Mamak mati ditembak polis di batu 3, Shah Alam ketika cuba menyamun seorang pengurus stesen minyak sekitar kawasan itu.
Bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya menembak mati ke empat-enpat mereka yang aku rasa memang patut mati kerana terlalu banyak menyusahkan orang ramai (tapi bak kata CPO Selangor, undang-undang bukan ditangan polis tetapi tugas polis adalah untuk menegakkan undang-undang)
Secara peribadi (perasaan yang penuh dengan kegeraman)…semua penjenayah yang ada kat dunia ni harus di tembak je sampai mati…tak payah tangkap hidup2 kerna jadi satu masalah pulak bila nak tuduh (pelbagai masalah timbul, tak mengaku lah….malah yang lebih sadis, ada yang lari) huh! Sape nak jawab tu kalau penjenayah berkenaan masih berkeliaran di kalangan masyarakat???
Semalam kuar kenyataan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menegaskan ‘polis tembak bukan untuk bunuh’….ramai jugak yang salah tafsir tapi aku rasa maksud Datuk Seri tu…polis hanya akan lepaskan tembakan jika diserang terlebih dahulu, akan balas tembakan jika mereka ditembak….tapi tapi bagi aku polis tak salah, yg salah penjenayah, siapa suruh ko menjadi penjenayah, banyak lagi pekerjaan lain yg ko buleh buat, ni takkk…nak jugak kaya dengan cepat. ok, siapa boleh jawab, tembakan yang dilepaskan tidak akan membawa maut kepada orang yang ditembak??sah2 kalau ko penjenayah yang serang polis, polis akan tembak, dan ko jgn lupe, ko (penjenayah) tak de latihan khusus menembak mcm yang polis ada..sah2, tembakan berkenaan tepat ke sasaran...mungkin ada yang cakap laaa, tembak lah kat kaki…masalahnya bila ko tgh lari, sure tembakan tu kena kat mana2 badan ko…
Apepun, polis mempunyai sebab apabila mengambil sesuatu tindakan, mungkin ada sesetengah mereka yang lalai dari melaksanakan tugas dengan seamanahnya tapi yang penting tugas mereka memang berat (ni bukan ampu polis sebab ada link ngan dia org tapi dari rasa seorang insan yang hidup bermasyarakat dalam Negara yang aku rasa rata-rata rakyatnya ingin hidup tenang dan damai)


TULIP BERDURI:TQVM kpd semua polis di ibu negara (KL n SLGOR) yg tak jemu melayan pertanyaan wartawan cabuk mcm aku