06 November 2011

salam Aidiladha 1432H di perantauan

Seperti tahun2 sudah, setiap kali tibanya Aidiladha, kami anak beranak mmg tak pulang beraya, ada saje kekangannya... kalau bukan husbd yang keje, aku yang terpaksa keje. tapi nk buat camne, dah adat mencari rezeki dgn org, lainlah kalau aku seorang businesswomen....(InsyaAllah), bleh ler ambik coti dan balik kg.

Dan atas desakan itu, terpaksa lah memandaikan diri utk buat lauk pauk yang sll ada di pg raya, at least en husbd dan anak2 tidak lah terasa ralat kalau tidak dapat mkn ketupat, nasi dagang atau sebagainya masakan negeri kelahiran ku...


Mmg diakui, aku sememangnya bukanlah pakar memasak, tp bila mana anak2 sebut je nk mkn ape2, apetah lg kalau en husbd yang berbunyi, gagahkan jugak diri utk belajar ape juga yang patut agar mereka tidak terasa asing bila menjelangnya ari raya di perantauan.


Tapi ada satu yg melekat di mindaku pg ni, bila ne husbd berkata, kalau kite tidak belajar masakan tradisional ini sekarang...bila anak2 dah besar nanti, derang nk cari mana semua itu kalau bukan mak atau nenek mereka yg masakkan...dan cuba bayangkan, kalau si ibu tidak pandai ketika itu, nk jawab apa???? Betoi jugak bila difikirkan, bertambah tak kenai lah depa ngan masakan tradisional tu kalau tidak dipraktikkan ibu2 sekarang.

Tapi bukan semua yg setuju ngan pendapat tu, ye lah skrg pun kedai2 dah byk jual masakan tradisional ni...macam2 ada sekarang...nk ape, cuma tunjuk duit, akan ada dlm genggaman lah apa yg kite nak...


Apepun, gembira bila dianugerahkan kemahiran utk belajar apa jua dr bondaku, Alhamdulillah anak2 dan en husbd memuji masakan sang siteri yg brutal ini...kate derang...memanggg sedapppp...hikhikhikhik



SO LAYAN GBR 1st TIME BUAT KETUPAT DI AIDILADHA 1432H


Along sibuk nk membantu katanye....


Ketupat yang siap dibungkus...perghhh...akhirnya, menjadi jugak ketupatku


Last, dapat jugak 45 bijik..oklah tu, at least pd raya kami ada ketupat pulut.hikhikhikhik


TULIP BERDURI:Hati puas bila dapat penuhkan apa jua permintaan anak2 dan en husnd...;-)

22 Oktober 2011

Apa sudah jadi???

HARI ini ketika mengedit story DARI UTARA, aku beristigfar panjang bila membaca heading story tersebut 'BUDAK TAHUN SATU DIROGOL DAN DILIWAT' - kejadian di Bandar Baharu Kulim itu membuat kan aku terkejut, mangsa di rogol dan diliwat 4 rakan sekolah berusia 10 dan 11 tahun.
Astarfirullah al azim.apa nk jadi dgn generasi hari ini. generasi yang begitu diagung2kan nenek moyang kite dulu untuk jadi pewaris yang bukan sahaja cerdik pandai tp generasi yang tahu hukum hakam agama....yang tahu mana salah, mana silap, yang tahu mana boleh, mana tidak.
Bila membaca berita seterusnya, aku terkedu, cara mereka melakukankan tidak ubah seperti suspek yang sudah dewasa, malah akibat tiada didikan agama dan perhatian daripada keluarga mungkin, mereka mengugut mangsa agar merahsiakan peristiwa itu daripada pengetahuan ibu bapa.
TETAPI, suspek sendiri menceritakan 'detik' itu kepada rakan2 di sekolah menyebabkan rahsia terbongkar dan akhirnya keluarga mangsa membuat laporan polis, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga suspek.
MALAH, doktor juga mengesahkan mangsa dirogol dan diliwat berdasarkan keadaan 'kecederaan' mangsa (rasanya tak perlulah bercerita panjang tentang keadaan mangsa, sedih anak gadis sekecil itu menjadi mangsa rakus rakan sekolah)

NAMUN , apa yang lebih menggerunkan apabila;

KETUA POLIS DAERAH BANDAR BAHARU, DEPUTI SUPERINTENDAN HEMLI ARIS BERKATA, SEMUA SUSPEK TERLIBAT SUDAH DITAHAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN'


Statment di atas menuntut kita sbg ibu bapa, atau bakal ibu bapa mempunyai ilmu yang cukup untuk mendepani anak2 akan datang, tidak perlu wang berjuta, tidak perlu harta segunung, jika tidak bekalkan anak2 dengan agama yang boleh menjadi benteng kekuatan kepada mereka, kita pasti menyesal tidak sudah...



TULIP BERDURI: Bayangkan, anak2 kecil berusia 10 dan 11 tahun sudah digelar 'suspek' kini, YA ALLAH, ngeri sungguh membacanya...!

03 Oktober 2011

mereka truja

Sabtu lepas (1 Okt 2011) Umar mendapat jemputan utk majlis hari raya kelab upin dan ipin. oleh krn ianya limited tuk ahli sahaja, kami ambik keputusan tuk bawa dia dan luqman ke sana...
Mmg happening gilerr majlis tu..byk benda yg depa dapat yg bleh mengasah lagi minda mereka. At least, daripada mereka sukekan kartun mat saleh yg ntah pe2, better minat kartun tampatan yg sarat ngan pengajaran utk kanak2 cam depa.
Berbalik kpd majlis, luqman juga didaftarkan spt along (so, lepas ni takde lah org jeles dgn alongnya yg asyik dapat survenir dpd club yg sememangnya aktif..sampai susu S26 pun htr ke rumah.

so, layanlah beberapa gbr yg sempat dirakamkan pd hari tersebut, jomm layannnn...


Majlis Hari Raya Kelab Upin & Ipin 2011, Space U8 (tepi base jek...)

Ummi sedang mengisi borang keahlian utk luqman, so next time invitation pun ada utk dia

Mereka nk bergambar di mana jua ada gbr upin & ipin (truje sampai along nari chicken dance) hahahahahaha, mmg bleh buat tergelak sampai berguling2...

Mereka ambik kesempatan utk bergambar di segenap sdt space u8 kerna shopping complex tu x buke pun lg ms majlis tu...

Ni tak tahu sape yg truje nk bergbr ngan MEI MEI....rasanya abah depa kottt yg xcited


TULIP BERDURI: TP UMMI TGK MAK AYAH LEBIH XCITED BERBANDING ANAK2, HAHAHAHA

18 September 2011

saya bkl terima menantu???

hahahahaha....baca tajuk dah rasa gempak..saya bg gempak kerna blog ini akan hanya bernafas kembali apabila tuannya ada mood untuk menconteng sesuatu di sini.

kalau tidak, memang ianya akan bersawang dan terus bersawang (sbb tu tak byk follower) blog ni...tp tak mengharapkan pun orang baca, sekadar untuk mencoretkan sesuatu sbg memory in d future.

So, apa kena mengena aku ngan title post aku tu??? sebenanrnya kelmarin (16 Sept 2011) sempena sambutan HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM), HARI MALAYSIA dll sambutan hari kemerdekaan, rumah kami dikunjungi lebih 40 org tetamu, bukan utk beraya, sebaliknya ingin memetik bunga yang sedang kembang di taman.hikhikhik....bunga???taman???

Actually, sementelah en suami merupakan anak sulong drpd 10 org adik bradik, so menjadi tanggungjawab dia sbg wali adik2 perempuannya yg ingin mendirikan masjid.

so, kelmarin, rombongan datang ke umah kami untuk meminang adik perempuan ke dua, anak ke lima yang tinggal bersama kami.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan sbg kakak ipar, terpaksalah aku memasak apa yg patut utk tetamu...(jgn tak percaya, aku berjaya masak meehoon goreng sbyk lbh kurang 10-15 paket + laksa ganu (kuah putih +kuah merah)hahahahaha, so lepas ni sesape nk order semua tu bleh lah call.hikhihi

bagaimanapun, kami terkejut kerna begitu ramai hali rombongan yg datang, sampai terpaksa berada di luar umah....(maklumlah kuaters kerajaan, muat2 anak branak jek....huhuuhuhu)

pepepun, semuanya dah selesai.....ALHAMDULILLAH.....


TULIP BERDURI: Dah tak ingat dah tarikh pertunangan kami berdua...hikhikhik

06 September 2011

saya mencari anda 'encik'

ada seseorang yg tdk dikenali memberi komen dlm blog saya ketika ini
diharapkan siap yg menggelarkan dirinya 'encik' harap tampil memperkenalkan diri.
kerna saya telah diajar sejak kecil, apabila kite memasuki laman orang, hendaklah kite memperkenalkan siapa diri kite.
so, sahut cabaran saya, agar kite bleh teruskan ukhwah silaturrahim ini...


TULIP BERDURI: Salam ukhwah satu FELDA...hikhikhik

27 Jun 2011

Knp suke sangat berhimpun???

orang yang merencana PERHIMPUNAN BERSIH bernama S.AMBIGA....jom kite lihat sejarah dia sblm ini, knp dia beria-ia nk menjayakan perhimpunan 2.0 tuh...
* Bekas presiden majlis peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu

*Dalam kes murtad Lina Joy, Ambiga pernah mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah di bawah perkara 121 (A) Perlembagaan PErsekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama juga termaktub kpd semua penganut agama Islam.

*Pernah mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pd 9 Ogos 2008 dan secara terang-terangan mempertikaikan secara terbuka perkara 121 (A)..

So apa lagi yang org MELAYU, dan ISLAM mahukan daripada perhimpunan itu...aku pun tak tahu. Nak tunjuk jaguh, sebenarnya mereka adalah mangsa...Yang bergembira tentulah mereka2 yg berjaya menarik orang MELAYU dan ISLAM berpecah belah sesama sendiri...


TULIP BERDURI: Sedih2 dgn apa yg terjadi kpd org MELAYU ISLAM sekarang....terlalu taksub dgn politik yg kononnya 'BERSIH' ttp hakikatnya utk tembolog sendiri!!!