14 November 2010

bila mereka mati ditembak

pix by me....hehehehe guna kamera cabuk

Ramai yg dah baca paper ari ni tentang remaja 16 tahun dan dua rakan yang lain maut ditembak polis sejurus merompak sebuah stesen minyak yang terletak hanya 2 kilometer dr tempat mereka ditembak.
kali ni, geng yang dikenali sbg geng minyak tu, tidak terlepas dan terselemat dr tindak undnag-undang kerana terserempak dengan anggota peronda cegah jenayah.
huh!nasib ko lah penjenayah...jika sebelum ini geng tersebut dikatakan aktif samun stesen minyak terpencil dan telah beberapa kali 'terselamat' daripada kena tembak, akhirnya tersungkur dengan beberapa das tembakan awal pagi semalam.
cerita disebaliknya, aku terima sms dr dollah (harian metro)ttg kejadian terbabit jam 5am.bila dah di kompemkan dengan OC, aku gagahkan diri untuk ke tempat kejadian dan oleh kerana ianya berlaku di Glenmarie, yang terkenal dengan kawasan yg gelap, aku minta jasa baik suamiku(hahahahahahaha, utk jadi driver) hikhikhik. dan terpaksa lah kami berdua meninggalkan dua anak yg masih lena diulit intan...opss silap lena diulit mimpi....
sesampai,dah ada tiga empat org rakan2 reporter dr egensi lain yg dah tercacak kat situ..
itu cerita ku..so, bermula lah rutin harian seorang wartawan.
pointnya adalah...kita mungkin terfikir camne budak berusia 16 tahun boleh terjebak dengan jenyah tersebut....tepuk dada, tanya iman...sekarang ini tidak kira sama ada usia ko br setahun jagung ke, siapakah ko ke, jiika terlibat dengan jenayah dan ingkar arahan polis, ko akan terima padahnya!!!
dan kita juga terfikir...mcmane dengan penerimaan keluarga mereka terutama ibu bapa..mungkin tak kan terima hakikat anak mereka penjenayah dan mati dlm keadaan yg begitu tragis(bg mereka laaaa), aku tak prejudis terhadap mana-mana pihak....bg aku polis telah menjalankan siasatan mereka, dah bg arahan utk mereka menghentikan kereta, dah bg tembakan amaran TAPI.....apa tindakan mereka, keluar kereta dengan parang dan cuba menyerang anggota yang bertugas...anggota polis kita dibekalkan pistol atau senjata apai...takkan kalau org serang dgn parang, mereka terpaksa mencari parang untuk melawan balik....so, natijahnya...ketiga-tiga mereka tersungkur dan mati di tempat kejadian.
DAN sbg ibu dan bapa, kita tidak boleh menilai anak kita dengan apa yang kita lihat di depan mata...kalau betul dia remaja yang berusia belasan tahun, tempatnya pada jam 3-4 pagi adalah dirumah, sama ada mereka tidur atau mentelaah pelajaran.dan di mana ibu bapa ketika anak tiada di rumah ketika itu??? ada terdetik untuk menelefon utk bertanya ttg kegiatan mereka???
dan akhirnya ...kita akan menyalahi pihak berkuasa, dan tetap memenangkan anak yang kita sendiri tidak ambik peduli kehidupan seharian mereka....kita tak boleh andaikan anak2 ikut jejak kita, jika kita seorang yang taat agama..bak nyanyian RAIHAN, iman tak dapat di warisi, dr seorang ayah yang bertaqwa...(sambung sendiri laa yeee....)
Sedih seorang lagi remaja kita maut dlm keadaan yg tak sepatutnya, remaja PALESTIN begitu kuat untuk melawan kekejaman ZIONIS, remaja kita pula bagaimana???

TULIP BERDURI:Penjenayah tetap perlu dihukum tidak kira bangsa, keturunan dan usia mereka.

18 Oktober 2010

bila kegilaan lama datang kembali

Serius aku dah lama gila tak main bowling sejak menggantung bola tahun 2004. masa study mmg aku n the geng hostel mmg gile main bowling (maklumlah...budak kampung yg datang belajar kat bdr..dulu kat kg main bola katok, congkak, badminton...bila dah duk bandar tu, moden lah sket permainannya ponnn...hikhikhik)


kami yg happy...yang sebenarnya aku je happy, hubby dah lenguh pangku luqman yg tido

Hubby ketika diinterview live oleh kak laila(emcee ari tuh) heheheh serius siotttt

Namun, bila ofis wat tournamen bowling tertutup SINAR HARIAN kat Ole2 Monterez, U9 Shah Alam...aku join skali walaupun berdebar tahap gaban sbb dah lama taak hayun bola seberat 9 kg tuh( hanya bola seberat itu je yg mampu aku hayun...lebih2 aku takut aku yg ke lane....bukan bola..hahahahahaha)lawak siott, tapi dlm takut2...score 200++ jugak, hehehehe...tp kalau ikut senarai pemenang (aku yg kedua dr juara longkang)hahahahahahahaha...

Yang penting happy..n anak2 aku pun tak sabar nk ajak main bowling lepas ni....hubby pun ckp best gak lepak ngan family kat bowling nih...murah2 pun murah kat ole2 tuh RM2 per 1 game pd weekday+RM2 tuk kasut+RM2 tuk stoking(alaaa...stoking bawak sendiri laaaa) kalau weekend RM4.80/1 game. 1 game pun dah rasa cam nk patah jemari, ni nk main sampai 5 game....shalin zulkifli pun tak selarat itu....hehehehehehe ya ke....

TULIP BERDURI:JOMMMMM......,kita main bowling



malam minggu yg bingung...

Bila kebosanan melanda, ada je kerja tak betul yg dibuat. mlm minggu lalu, lepas dinner, aku usulkan kami sekeluarga lepak kat i-city (belakang UiTM), ternyata cadangan tersebut dipersetujui boss besar(Hehehehe...sape lagi en wan mohd saufi lah...) dan akhirnya kami kesana.
Tapi bila sampai sana, mak aiii... bersusun kete masuk ke situ, tak sangka ramai gak yg tergila2kan pemadangan kat situ termasuk kami (ya lah...dah lama nk singgah sana tapi takde kesempatan).
Yg tak disangka, fee masuk RM10, huhuhuhu pd awal kemunculannya, takde bayaran pun...aku membebel kat hubby tp katanya kalau takde fee, camne pihak yg bertanggungjawab nk bayar bil elektrik tu yg kami rasa mahu cecagh ribuan ringgit.hehehehehehe.
tp bestlah layan di 2 bradik tu....next destination....night zoo...kata si umar, kalau g zoo mlm2, binatang bleh bercakap, tak payah kita jerit nama mereka....???hahahahahahahah...ni lah penanngan movie zoo.


mereka teruja pertama kali ke sana....

ni ms amik gbr, anak2 nyaris jatuh bukit
gara-gara mak ayah gian nk bgambar....hahahhaha

TULIP BERDURI:kami happyyyy...........


28 September 2010

aku dalam dilema 2

keputusan muktamad......aku akan tetap di sini

27 September 2010

dalam dilema

hari Jumaat aku mendapat tawaran untuk pulang ke kampung halaman..
namun tiada jawapan yang pasti untuk itu
kerna aku memikirkan banyak benda yang harus aku buat, ada perkara yg harus aku setle kan sebelum terima tawaran itu
aku taknak pisang bebuah dua kali
siapa yang xnk tinggal dan bekerja di kampung halaman sendiri
tawaran itu ibarat lidi yang diberi, aku balas dengan balak....hehehehe
namun, aku memikirkan banyak benda, anak2, suami..kerna mereka tulang belakang aku
takde mereka di sisi, mmg jiwa aku separuh pergi
aku bekerja kerna mendapat keizinan suami
aku mencari nafkah untuk keselesaan anak-anak aku
mana mungkin aku akan membelakangkaan mereka dalam situasi ini
suami ada memberi lampu hijau untuk aku meneruskan kerjaya aku, tapi lampu hijau belum pasti untuk aku terus menerima tawaran itu...
tapi tunggu
mungkin esok memberi jawapan yang pasti untuk itu.....


TULIP BERDURI: Terima kasih ALLAH kerna memberi aku peluang rezeki itu.