22 Mei 2010

karenah mereka di kala makan pagi


Seperti biasa ketika aku ada peluang untuk memasak sarapan pagi, anak2 ku lah yang paling gembira. tgk lah gelagak mereka tika bersarapan nasi goreng pagi tadi.
Along (Umar) sejak dua menjak ni, selera makan dia bertambah, begitu juga baby (Luqman)..so aku yg masak ni kalau boleh hari2 nak masak untuk dia orang..gembira bila tgk mereka begitu kusyuk dengan makanan masing2.yummy...yummy.....


Spt biasa, Along akan mengadap Tv kalau mkn, tak lepas matanya ke arah kartun sama ada di channel 613 atau 615.


Si adik plak....baru pandai pegang sudu sendiri, tu yg xnak orang tolong suapkan tuh...yg pasti habis satu mangkuk nasi goreng pagi tadi.hahahahaha, dlm kpl duk ting tong ting tong....nk masak apa plak...


TULIP BERDURI:umi sayang kamu....

21 Mei 2010

Bila mayat jumpa kat tanah perkuburan?

Seperti biasa ketua Pengarang, pengarang berita, editor, pen ditor n ketua meja akan meeting jam tiga petang setiap hari untuk content paper keesokkan hari...

The point is ari ni benar2 mengkelakarkan bukan sahaja aku tapi semua orang...sampai dah tak tertahan ketawa..

Bermula dengar cerita mayat di jumpai di tanah perkuburan yang dikemukakan pen editor Selngr (bado) membuatkan semua orang terpinga2..sama ada kelakar dan takut pun ada....tapi yang pasti kelakar siotttt............

Ya lahh...dah comperm2 mati, tentu mayat akan ditempatkan di tanah perkuburan, tapi true story sebenarnya ada satu mayat kemungkinan dibunuh dan dicampakkan di tanah perkuburan terbabit....cara berceita en bado saja dah buat semua org gelak besarrr....hikhikhik

Tapi kelakar tu tak habis di situ apabila ada satu story yang kami semua rasa pelik, pendudk diganggu dan sering dilemparkan dengan telur busuk kat pahang, pelik2 lah ragam manusia ni kan?

Dan aku mula berfikir...tak sia2 aku berada dlm bidang ni, bermacam2 ragam manusia bleh lihat dan dgr..yang kadang2 tak masuk akal langsung, tapi itu lah kita yang bergelar MANUSIA...tak sempurna sebenarnya.....


TULIP BERDURI:bila sahabatku di ofis masih membuka cerita Bung n Zizi hari ini.....masih ada yang geram ngan bung....

20 Mei 2010

Penjara xpe..janji......


Alahai Bung Mokhtar....kisahnya bersama isteri putih gebu, zizi izette terus menjadi buruan media sejak dua menjak ni...klimaks kepada isu berkenaan Bung akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 1 bulan dan zizi pula didenda sebanyak RM1,000.
Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan apabila Bung akan kemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh 14 hari.

Banyak pro n kontra yang berlaku sepanjang pasangan dua sejoli itu hadir ke mahkamah , malah ada NGO wanita yang gesa Bung letak jawatan sebagai Ahli Parlimen(MP) ..sanggup berdemo tuh!.
Kerna bagi mereka, tiada guna orang yang menggubal undang2 di Parlimen tetapi dia sendiri yg melanggar undang-undang yang dibuat!!! Wow, sekali fikir betol jugak...tapi bila dua kali fikir...sebenarnya tiada salah Bung berpoligami kerna ia sah di sisi agama, cuma di sisi undang-undang syariah negara, ia dilihat salah.
( Atau mungkin orang geram, kenapa lah si zizi yang melepak tu dapat kat Bung Mokhtar...)

Aku taklah terror sangat bab2 poligami ni tapi bila undang-undang dah termaktub bahawa perlu ikut prosedur yang ditetapkan, kita seharusnya follow lah...bukan susah pun.Ntahlah, yg bleh jawab hanya Bung n Zizi.

TAPI aku tergelak besar bila ada sorang member kat ofis aku ni cakap 'alah apa lah sangat nilai penjara sebulan berbanding tubuh gebu zizi tu...aku rasa sesetengah lelaki lain kena penjara setahun pun sanggup....bukan senang nak dapat isteri putih gebu dari hujung rambut ke ujung kaki (hehehehe....macam2.....)

TULIP BERDURI: Berfikir2 ttg anak2 mereka kelak.......








19 Mei 2010

Dulu kutuk, sekarang mintak tolong

Hahahahahah...sebelum aku tulis, aku nak gelak sepuas-puasnya...

orang sebegini boleh diibaratkan menjilat ludah sendiri....Kerna sebelum ini dia lah hero dan dia lah penyelamat 'mereka2' untuk mengutuk tindakan polis, mempelekehkan tugas polis dan sebagainya hingga seolah2 dia saja yang betul, dia saja yang pandai dan dia sorang saja yang tahu undang2...

Dan akhirnya bila terjadi sesuatu terhadap harta benda dan diri sendiri, waktu itu baru sedar langit itu tinggi atau rendah.waktu itu baru nak cari orang selama ini yang dikutuk, dikeji dan diperlekehkan itu untuk menolong apa yang patut...

Pada pandangan aku laa...tak payah tolong org macam tu..biar dia rasa apa yang selama ini dikatakan PDRM tak pandai buat kerja, siasat berat sebelah...last2 kpd PDRM juga lah dia mintak tolong...hahahahaha, kan dah jilat ludah sendiri...



TULIP BERDURI:Agak2nya selepas ni individu berkenaan nak hantar memo tak lagi????hehehehehehehe

18 Mei 2010

Bukan senang ngasuh anak orang

Seorang ibu bukan sengaja mahu tinggalkan anak kepada orang lain untuk diasuh, berat sebenarnya hati untuk berbuat demikian namun apa daya, tanggungjawab utk sama2 mencari rezeki demi untuk kelangsungan hidup, membuatkan ibu meruntun pilu menghantar anak2 ke pusat usuhan mahupun ke rumah pengasuh.



Kejadian yang berlaku kelmarin (16 Mei 2010) begitu menghibakan, tak sampai setengah hari si ibu menghantar anaknya ke rumah seorang jiran, tetiba mendapat khabar anaknya tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan anak itu ke beberapa buah klinik untuk dirawat, namun memandangkan di anak sudah seperti nyawa2 ikan, mereka kejarkannya ke PPUM untuk menerim arawatan lanjut.

Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu melewatkannya mahupun mempercepatkannya apabila bayi malang itu menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang menyayat hati.

Peluang berada di Unit Forensik PPUM, menyebabkan orak kepala ini ligat berfikir, apa akan jadi kalau bayi malang itu adalah anak aku?sanggup aku berlagak biasa seolah2 tiada apa yang berlaku..bagi aku bukan salah si ayah untuk bersifat berang terhadap petugas media yang datang kerna aku tahu dia juga tengah kebingungan dengan apa yang berlaku.

Si ibu pula, ntah berapa kali rebah meyembah bumi kerna tidak sanggup menatap jasad kaku si anak yang di kandungnya sembilan bulan tetapi hanya mampu bermesra dan memberikan kasih dan sayang dalam tempoh yang begitu singkat, 8 bulan.

Bagi petugas media seperti kami, kami terpaksa pikul tugas itu, bukan tidak mempunyai sifat kemanusiaan dengan apa yang berlaku, bukan tiada secebis simpati untuk keluarga berkenaan, tetapi juga demi mencari kebenaran dengan apa yang berlaku....

Seandainya, benar2 bayi malang itu maut akibat cedera kerana penderaan, kami mahu mereka yang terlibat tidak akan terlepas, dan bukan salah doktor merawat yang akhirnya membuat laporan polis kerna itu sudah menjadi tugasnya apabila mensyaki sesuatu yang tidak kena dengan bayi berkenaan.

Kita tunggu dengar sabar keputusan yang akan menentukan siapa sebenarnya yang bersalah, seandainya itu hanya lah SDR, juga kita perlu terima dengan hati yang lapang.....


TULIP BERDURI:Jika benar bayi itu didera...apakah salahnya sehingga dia menerima hukuman yang meragut nyawanya?

16 Mei 2010

Happy Teachers Day

To ALL My Teachers......u'r d best

Dari darjah satu hingga aku lulus universiti aku mempunyai guru2 yang amat aku sayangi dan yang mengajar aku erti kehidupan seorang pelajar yang harus tempuhi mengikut landasan yang betul...

so, kita tgk siapakah cikgu n cikgu yag bertakhta dan menjadi idola ku dari dulu sampai sekarang

Darjah 1 hingga 5 (Sek. Keb. Felda Chalok barat)- cikgu yang paling aku suka cikgu superman (serius aku lupe nama dia tapi muka dia sebijik Keenu Reeve...dia ajar BM dan juga cikgu Mohamad juga mengajar BM(sll bagi hadiah buku cerita n buku motivasi kanak-kanak bila aku dapat markah tertinggi dalam BM)-tak lupa juga cikgu Man( satu2 nya cikgu yang pujuk aku supaya tidak pindah sekolah (kebetulan lepas darjah lima aku pindah tinggal ngan atuk n nenek) dan sanggup memberi jawatan Ketua Pelajar/Pengawas jika aku tarik balik surat tukar sekolah....(bayangkan takde dlm sejarah sekolah tu ketua pelajar didominasi oleh pelajar pompuan) pasti ramai yang tak tahu kisah ni...hikhikhik

Darjah 5 hingga 6 (Sek.Keb. Felda Bukit Bading)- tak ingat ada ke tak cikgu kegemaran yang boleh memotivasikan aku masa tu, lagipun tempoh dua tahun tu adalah tempoh aku berperang dengan perasan sedih, pilu dan marah sekali gus...so, takde lah cikgu yg jadi idola ku ketika itu..

Naik Sekolah Menegah (Form 1-3) -cikgu yang rapat ngan aku ketika itu adalah cikgu zawizi ngan cikgu jamilah.cikgu zawizi banyak ajar aku tentang selok belok mata pelajaran KH dan juga kemahiran bermain bola tampar ngan beberapa orang rakan hingga berjaya mewakili sekolah. Then cikgu jamilah pulak, seorang cikgu yang kelakar tapi dia juga yang menyuntik semangat aku untuk jatuh cinta dengan subjek SEJARAH, sampai satu tahap, aku sanggup terima jika aku gagal dlm subjek lain, tapi jika aku gagal dan ada orang lain yg markahnya lebih tinggi daripada aku dlm subjek SEJARAH, aku cukup tertekan..tu citer masa muda remaja, TAPI ada lagi sorang cikgu Sains form 3, aku tak ingat namanya kalau tak silap cikgu ZULIHA...tapi dia MMG BEST...mmg best time dia jaga kelas kami 3MRAr, jamuan last sekolah kami wat kek besar giler di umahnya...ermm...rindu nyer kenangan itu semua.

Start Form 4 -5===time remaja tgh ligat..hahahahaha...off couse masa ni cikgu Shariff (bapak tiri kami....hahaha) yang paling best..meskipun sll kena denda sbb tak lulus add math dia..tapi dia lah satu2 nyer cikgu yg faham kita org dan sll back up kita org jika kira org diserang oleh cikgu2 yang xpuas hati ngan kami (ntah tak tahu sbb apa dua tiga org cikgu mcm pandang sinis ngan bdk 5 Sc masa tu) tapi ada sorang cikgu yg slll darah tinggi bila berdepan ngan karenah kami iaitu cikgu Wan Ibrahim....kesian dia, time ajar KIMIA kat kita org, time tu lah dia akan sakit...sian kan? tapi tu lah pengalaman sekolah yang tak boleh dilupakan....I LOVE U SO MUCH lah cikgu n cikgi....

Form 6 - Aku rapat ngan cikgu Samad. dia yang banyak ajar aku tentang subjek Kesusasteraan Melayu (yaa lah, aku kan pelajar sains tulen masa form 4 dan 5, tetiba masuk form six amik kesusasateraan plak...tapi mmg aku suke giler subjek tu....teringat lagi dia suruh buat pusi tentang pokok bunga tanjung yg ada kat depan kelas...hahahah, kebetulan ada 2 makcik cleaner tgh panjat pokok tu, so dgn makcik2 tu skali termasuk dlm puisi aku,......hahahaha, lawak seh!



TULIP BERDURI:Sendainya masa dapat ku putarkan kembali walaupun sekejap..ingin rasanya aku kembali ke zamn di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AJIL (FORM 1-UPPER SIX)..bak kata sorang guru tu, saya lihat kamu membesar depan mata, dr seorang yang hingusan dan tudung kdg2 tak di iron masa form 1 hingga lah aku menghabiskan masa Upper Six di sekolah itu...

14 Mei 2010

13 Mei 2010

MAMA...kami di dunia ini pasti akan merinduimu

Mesti ko org (yg sering singgah di laman ini) tertanya2 kenapa dengan tarikh berkenaan selain daripada tarikh tragis rusuhan kaum 13 Mei 1969. Entry ini aku kali ini, bagi mengenangkan pemergian arwah Aida Rofiza Mohd Yunus (gbr).

Pemergiannya awal pagi semalam (3.30 am)bersama dengan kandungan berusia 3 bulan begitu mengejutkan aku. walaupun antara kami hanya sebagai rakan satu kelas waktu study dulu (UiTM Mass Comm -Journ sesi 2000/01) dan rakan sekerja di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, sebelum arwah resign untuk menumpukan perhatian pd butiknya...namun, bila mendpt SMS drpd seorang rakan (Ida) yg minta pengesahan aku ttg pemergian aida(seriuosly aku tergamam...bila dah dapat pengsahan, hanya Allah yg tahu)

Masa belajar, kami kwn2 memanggil aida ngan panggilan MAMA-ntah tak tahu plak dr mana terbitnya nama tu tapi yg pasti, dia mmg disenangi...

Mengikut cerita makcik arwah..arwah meninggal sbb ssak nafas.dan kebetulan arawah ada ketumbuhan dalam rahim seiring dengan usia kandungannya....

Ya Allah, Engkau limpahi rahmatMu padanya dan tempatkan arwah di samping orang2 yang beriman..AMINNNN...

THEN, 13 mei jugak besday kwn2...rupanya ramai plak yg lahir semalam..apepun yang datang dan pergi telah dijanjikan Allah, semoga kita yang tinggal di dunia ni yg tak tahu bila masa kita untuk dijemput...mg terus menjadi hambaNYA yang terus berkhidmat demi mendapat keredhaanNYA dan bila dijemput nanti, tempat kita disisi orang2 yang beriman...



TULIP BERDURI:Ramai yang memberi ucapan takziah mll FB arwah menunjukkan arwah sememangnya seorang yg benar2 disenangi kwn2...AL FATIHAH

10 Mei 2010

Layannn cuti 1-5 Mei 2010

Along umar termenung memikiorkan nk pi mana lepas ni....hahahaha TAPI so sweet anak umi

Tiga serangkai...cam besa baby luqman tetap dgn kedegilannya untuk tidak bergambar

KAMI tanpa along....


MEREKA tanpa aku


TULIP BERDURI:lepas ni kami berempat rancang nak g tempat sejuk plak...cameron kottt...

09 Mei 2010

mek

Apa jua panggilan kita kepada insan yang melahirkan kita, sama ada mek, mak, ibu, umi, mama, mummy, mum dan walau apapun panggilannya, dia tetapkan insan yang paling agung yang patut kita kasihi, sanjungi....

Aku panggil mak aku dengan panggilan mek...maklumlah orang ganu...mek waktu aku kecil dulu, bagi aku ketika itu mmg bekeng...setakat kena pukul ngan ranting pokok, penyapu tu mainan...dulu masa kena mmg aku marah gila..maklumlah budak2 masa tu...tapi kini aku tahu semua itu untuk jadikan aku manusia yang berguna pada hari ini..

Ermmm, apatah lagi aku sekarang bergelar umi kpd dua hero yang begitu menuntut kesabaran bukan kecik tapi kesabaran yang amat2.....hingga kdg2 aku marahkan suami kerana memukul anak2 walhal pukulan itu tidak lebih hanya untuk mengajar supaya anak terutama UMAR ZAFRAN tahu bukan semua tindakan yang dibuatnya itu betul.

Dan bagi aku, bukan semua daripada kita yang bertuah untuk jadi ibu..ada di kalangan kita yang menunggu dan tetap menunggu untuk menjadi insan istimewa itu, namun keizinan ALLAH tiada lagi. dan juga, dengan menjadi ibu, aku benar2 faham perasaan insan mulia itu, apa tidaknya, untuk melahirkan umar zafran, aku mengambil masa 14 jam untuk merasai kesakitan itu shinggakan aku tidak mampu untuk menghadapinya tanpa sokongan moral semua orang yang aku sayang.

DAn sampai satu tahap, aku tidak mahu lagi mengalami dan menghadapi saat2 getir itu, namun takdir Tuhan tiada siapa mampu mengubahnya. kerna akhirnya lahir anak keduaku juga seorang hero, LUQMAN AHLAMI, bagaimanapu kali ini, kesakitan hanya sementara sputar 7 jam, mungkin Tuhan dengar rintihan aku sebelum itu..

Dengan pengalaman yang begitu berharga itu, tidak mampu untuk aku membiarkan mak aku tanpa kasih sayang, biarpun tanpa harta untuk diberikan padanya, aku akan pastikan titipan doa untuknya di setiap denyut nadi ini kerna hanya dia yang aku ada, hanya dia ibuku dunia akhirat dan hanya dia yang layak untukku panggil ibu, mak, mek, mummy n mum selagi hayat ini di kandung badan....


TULIP BERDURI:selamat hari ibu untuk WAN GEMALA WAN MANAN...I LOVE U SO MUCH

07 Mei 2010

AKU setelah berusia 30 tahun

Ermmm...selamat hari lahir wan nor rosida..anda dah semakin meningkat usia ke angka 3 di depan....tak sambut ke?hubby bagi hadiah ape?soalan lazim yang ditanya kengkawan.hahahaha, tak jawab susah, kalau jawab lagi susah.

sepanjang usia 30 tahun, masih ingat waktu kecilk2 dulu, selalunya mek akan buat nasi kunyit untuk dijamu kengkawan..masih ingat lagi pada usia 9 tahun, mek susah payah jahitkan pakaian cantik untuk aku....semua kawan2 jeles waktu tu, maklumlah mak aku pandai menjahit, so, sure baju anak2 dia cantek, apatah lagi waktu mmg mak aku kreatif mereka pelbagai jenis baju.

waktu sekolah menengah, juga tak sambut tapi dapatlah jugak hadiah daripasa pakwe masa tu....apatah lagi dapat perfume.hahahahaha(buat suamiku, jgn jeles ek, ni sekadar ingatan kenangan lama).

Naik ke menara gading, juga tidak menyambutnya secara besar-besaran kerna bagi ku same je lah hari ni ngan hari2 yang lain, cuma bersyukur kepada ALLAH s.w.t. dan juga mak tersayang yang melahirkan anak bertuah ni...hehehehehehe...

So, bila bercinta ngan suami kesayangan ni, mmg dia bukan lah jenis yg suka bagi hadiah(dulu masa bercinta ada jugak merajuk sbb tak dibagi hadiah bila tiba tarikh2 penting cam ni) TAPI...sekarang, bagi atau tidak bagi aku sama je...kerna nak merajuk pun tak guna sbb dia tetap suamiku, tetap abah kepada dua hero ku yang semakin membesar.

Nak merajuk takde guna, nak tarik muka masam pun takde guna, nak lari dari rumah lagi takde guna nya.....hahahahaha, so, think +ve bahawasanya dia seorang suami yang penyayang dan pertolongan dia setiap hari itu merupakan hadiah paling berharga bagi aku...thanks 2 hubby...

Cuma satu yang aku harapkan sempena besday aku yang 30 ni...aku mahu kamu suamiku, dan aku mahu kamu anak2 ku ceria, bahagia, gembira di samping aku hari ni, esok dan selama-lamanya....LOVE U ALL.....MUAHHHHHH


TULIP BERDURI:AKU TETAP AKU HARI INI DAN SELAMANYA....