Kejadian yang berlaku kelmarin (16 Mei 2010) begitu menghibakan, tak sampai setengah hari si ibu menghantar anaknya ke rumah seorang jiran, tetiba mendapat khabar anaknya tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan anak itu ke beberapa buah klinik untuk dirawat, namun memandangkan di anak sudah seperti nyawa2 ikan, mereka kejarkannya ke PPUM untuk menerim arawatan lanjut.
Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu melewatkannya mahupun mempercepatkannya apabila bayi malang itu menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang menyayat hati.
Peluang berada di Unit Forensik PPUM, menyebabkan orak kepala ini ligat berfikir, apa akan jadi kalau bayi malang itu adalah anak aku?sanggup aku berlagak biasa seolah2 tiada apa yang berlaku..bagi aku bukan salah si ayah untuk bersifat berang terhadap petugas media yang datang kerna aku tahu dia juga tengah kebingungan dengan apa yang berlaku.
Si ibu pula, ntah berapa kali rebah meyembah bumi kerna tidak sanggup menatap jasad kaku si anak yang di kandungnya sembilan bulan tetapi hanya mampu bermesra dan memberikan kasih dan sayang dalam tempoh yang begitu singkat, 8 bulan.
Bagi petugas media seperti kami, kami terpaksa pikul tugas itu, bukan tidak mempunyai sifat kemanusiaan dengan apa yang berlaku, bukan tiada secebis simpati untuk keluarga berkenaan, tetapi juga demi mencari kebenaran dengan apa yang berlaku....
Seandainya, benar2 bayi malang itu maut akibat cedera kerana penderaan, kami mahu mereka yang terlibat tidak akan terlepas, dan bukan salah doktor merawat yang akhirnya membuat laporan polis kerna itu sudah menjadi tugasnya apabila mensyaki sesuatu yang tidak kena dengan bayi berkenaan.
Kita tunggu dengar sabar keputusan yang akan menentukan siapa sebenarnya yang bersalah, seandainya itu hanya lah SDR, juga kita perlu terima dengan hati yang lapang.....
TULIP BERDURI:Jika benar bayi itu didera...apakah salahnya sehingga dia menerima hukuman yang meragut nyawanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan