16 Mei 2010

Happy Teachers Day

To ALL My Teachers......u'r d best

Dari darjah satu hingga aku lulus universiti aku mempunyai guru2 yang amat aku sayangi dan yang mengajar aku erti kehidupan seorang pelajar yang harus tempuhi mengikut landasan yang betul...

so, kita tgk siapakah cikgu n cikgu yag bertakhta dan menjadi idola ku dari dulu sampai sekarang

Darjah 1 hingga 5 (Sek. Keb. Felda Chalok barat)- cikgu yang paling aku suka cikgu superman (serius aku lupe nama dia tapi muka dia sebijik Keenu Reeve...dia ajar BM dan juga cikgu Mohamad juga mengajar BM(sll bagi hadiah buku cerita n buku motivasi kanak-kanak bila aku dapat markah tertinggi dalam BM)-tak lupa juga cikgu Man( satu2 nya cikgu yang pujuk aku supaya tidak pindah sekolah (kebetulan lepas darjah lima aku pindah tinggal ngan atuk n nenek) dan sanggup memberi jawatan Ketua Pelajar/Pengawas jika aku tarik balik surat tukar sekolah....(bayangkan takde dlm sejarah sekolah tu ketua pelajar didominasi oleh pelajar pompuan) pasti ramai yang tak tahu kisah ni...hikhikhik

Darjah 5 hingga 6 (Sek.Keb. Felda Bukit Bading)- tak ingat ada ke tak cikgu kegemaran yang boleh memotivasikan aku masa tu, lagipun tempoh dua tahun tu adalah tempoh aku berperang dengan perasan sedih, pilu dan marah sekali gus...so, takde lah cikgu yg jadi idola ku ketika itu..

Naik Sekolah Menegah (Form 1-3) -cikgu yang rapat ngan aku ketika itu adalah cikgu zawizi ngan cikgu jamilah.cikgu zawizi banyak ajar aku tentang selok belok mata pelajaran KH dan juga kemahiran bermain bola tampar ngan beberapa orang rakan hingga berjaya mewakili sekolah. Then cikgu jamilah pulak, seorang cikgu yang kelakar tapi dia juga yang menyuntik semangat aku untuk jatuh cinta dengan subjek SEJARAH, sampai satu tahap, aku sanggup terima jika aku gagal dlm subjek lain, tapi jika aku gagal dan ada orang lain yg markahnya lebih tinggi daripada aku dlm subjek SEJARAH, aku cukup tertekan..tu citer masa muda remaja, TAPI ada lagi sorang cikgu Sains form 3, aku tak ingat namanya kalau tak silap cikgu ZULIHA...tapi dia MMG BEST...mmg best time dia jaga kelas kami 3MRAr, jamuan last sekolah kami wat kek besar giler di umahnya...ermm...rindu nyer kenangan itu semua.

Start Form 4 -5===time remaja tgh ligat..hahahahaha...off couse masa ni cikgu Shariff (bapak tiri kami....hahaha) yang paling best..meskipun sll kena denda sbb tak lulus add math dia..tapi dia lah satu2 nyer cikgu yg faham kita org dan sll back up kita org jika kira org diserang oleh cikgu2 yang xpuas hati ngan kami (ntah tak tahu sbb apa dua tiga org cikgu mcm pandang sinis ngan bdk 5 Sc masa tu) tapi ada sorang cikgu yg slll darah tinggi bila berdepan ngan karenah kami iaitu cikgu Wan Ibrahim....kesian dia, time ajar KIMIA kat kita org, time tu lah dia akan sakit...sian kan? tapi tu lah pengalaman sekolah yang tak boleh dilupakan....I LOVE U SO MUCH lah cikgu n cikgi....

Form 6 - Aku rapat ngan cikgu Samad. dia yang banyak ajar aku tentang subjek Kesusasteraan Melayu (yaa lah, aku kan pelajar sains tulen masa form 4 dan 5, tetiba masuk form six amik kesusasateraan plak...tapi mmg aku suke giler subjek tu....teringat lagi dia suruh buat pusi tentang pokok bunga tanjung yg ada kat depan kelas...hahahah, kebetulan ada 2 makcik cleaner tgh panjat pokok tu, so dgn makcik2 tu skali termasuk dlm puisi aku,......hahahaha, lawak seh!



TULIP BERDURI:Sendainya masa dapat ku putarkan kembali walaupun sekejap..ingin rasanya aku kembali ke zamn di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AJIL (FORM 1-UPPER SIX)..bak kata sorang guru tu, saya lihat kamu membesar depan mata, dr seorang yang hingusan dan tudung kdg2 tak di iron masa form 1 hingga lah aku menghabiskan masa Upper Six di sekolah itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan