15 Januari 2014

CEMBURUNYA MASA...

Dalam sehari kita ada 24jam...
Memang, kalau dihitung 24jam tu sudah ckp untuk kita melakukn apa jua kerja yg kita mahu.

Tapi bagi aku ni, bila dihitung2 24jam tu...YaAllah brape jam sangat aku bersama2 anak2...brape jam aku mendengar cerita tentang sekolah mereka, tentang kawan2 mereka, tentang keinginan mereka...pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan mereka?

Sebab itu, sementelah sekolah anak2 hanya 150 m dr rumah, aku ambil peluang itu utk htr mereka ke sekolah, sahabat pernah berkata...alaaa bukan jauh pun, yang g htr budak2 tu kenapa? bukan sahabat sahaja, suami aku juga pernah berbunyi, bagi lah derang berdikari belajar pergi dan balik sekolah sendiri...ya, memang itu aku akui cara utk dididk anak2 berdikari..

Namun, aku punyai alasan sendiri.. sebabnya waktu perjalanan 5-10 minit itu lah waktu yg amat berharga, utk aku bersama ngan mereka...saat mereka mjengah pintu pagar sekolah, aku suke pegang jemari mereka, namun kadang2 umar ( anak pertama) segan bila umminya pimpin tangaannya saat htr dan ambil dari sekolah...kenapa, sbb aku nk mereka rasa secure dan tenang utk menceritakan apa yg berlaku di sekolah td...

Ya, praktik itu menjadi, ketika itu, xyah tanya apa yng berlaku di sekolah, derang akan berceritakan segala2nya dr bab cikgu sampai bab kawan2 dlm kelas..sllnya byk cerita kwn2.dan sebagai ibu, kita tanya lah apa jua soklan yg kita fikir xperlu pun nk tanya, tp dengan soklan itu, anak2 akan tahu yg ibu mereka mdengar dan tertarik dgn cerita mereka....

Itu cerita pulang sekolah, cerita htr sekolah sebaliknya....aku yg banyk memainkan peranan memberi pesanan itu dan ini kepada anak2....jgn lupe ya pimpin tgn anak2 sambil bercerita...anda cerita lah apa sahaja yg boleh mengeratkan hubungan ibu dan anak itu.

Nampak singkat 5 hingga 10 minit, tp kesannya....mmg superb bg ibu2 berkerjaya mcm aku ni, dan jika tidak berkesempatan berbuat demikian, anak2 akan call aku utk bercerita apa yg berlaku seperti rutin cerita kami setiap hari...dah menjadi habit derang....so ibu2 diluar sana...jgn jadikan ms yg singkat 24jam utk kita termiss satu benda yg amat penting dlm hidup anak dan anak2...


TULIP BERDURI:  THEY R D 1ST.....;-)