11 November 2009

isu polis tembak penjenayah

Kali ni entry aku lebih kepada bidang kerja aku yang hari2 bergelumang dengan polis yang menangkap penjenayah.
Masih ingat kejadian Geng Mamak mati ditembak polis di batu 3, Shah Alam ketika cuba menyamun seorang pengurus stesen minyak sekitar kawasan itu.
Bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya menembak mati ke empat-enpat mereka yang aku rasa memang patut mati kerana terlalu banyak menyusahkan orang ramai (tapi bak kata CPO Selangor, undang-undang bukan ditangan polis tetapi tugas polis adalah untuk menegakkan undang-undang)
Secara peribadi (perasaan yang penuh dengan kegeraman)…semua penjenayah yang ada kat dunia ni harus di tembak je sampai mati…tak payah tangkap hidup2 kerna jadi satu masalah pulak bila nak tuduh (pelbagai masalah timbul, tak mengaku lah….malah yang lebih sadis, ada yang lari) huh! Sape nak jawab tu kalau penjenayah berkenaan masih berkeliaran di kalangan masyarakat???
Semalam kuar kenyataan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menegaskan ‘polis tembak bukan untuk bunuh’….ramai jugak yang salah tafsir tapi aku rasa maksud Datuk Seri tu…polis hanya akan lepaskan tembakan jika diserang terlebih dahulu, akan balas tembakan jika mereka ditembak….tapi tapi bagi aku polis tak salah, yg salah penjenayah, siapa suruh ko menjadi penjenayah, banyak lagi pekerjaan lain yg ko buleh buat, ni takkk…nak jugak kaya dengan cepat. ok, siapa boleh jawab, tembakan yang dilepaskan tidak akan membawa maut kepada orang yang ditembak??sah2 kalau ko penjenayah yang serang polis, polis akan tembak, dan ko jgn lupe, ko (penjenayah) tak de latihan khusus menembak mcm yang polis ada..sah2, tembakan berkenaan tepat ke sasaran...mungkin ada yang cakap laaa, tembak lah kat kaki…masalahnya bila ko tgh lari, sure tembakan tu kena kat mana2 badan ko…
Apepun, polis mempunyai sebab apabila mengambil sesuatu tindakan, mungkin ada sesetengah mereka yang lalai dari melaksanakan tugas dengan seamanahnya tapi yang penting tugas mereka memang berat (ni bukan ampu polis sebab ada link ngan dia org tapi dari rasa seorang insan yang hidup bermasyarakat dalam Negara yang aku rasa rata-rata rakyatnya ingin hidup tenang dan damai)


TULIP BERDURI:TQVM kpd semua polis di ibu negara (KL n SLGOR) yg tak jemu melayan pertanyaan wartawan cabuk mcm aku

10 November 2009

bila aku pegang GLOCK

berasap pistol ni bila dipetik jemari halus ku...hahahaha


Perhhhh...mcm pro je.....tapi last2 hampes!!!hehe


mujur tak jadi polis, kalau tak dah banyak penjenayah lari dari tgn aku


sebelum tembak, kena masukkan magazine dlm pistol dulu


BERSIAP SEDIA...ahli KD NUSA

3 Nov lalu kami diberi peluang menyertai pertandingan menembak anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama MEDIA
Hahahah, aku suka kerna bukan senang kita sebagai orang awam nak memegang pistol sewenang2nya (apatah lagi sebelum dibenarkan menyertai, kami terpaksa menghantar permohonan kepada DPRM untuk kelulusan keselamatan…
Bagaimanapun, nervous tetap ada walaupun ni kali kedua aku pegang pistol bersama peluru hidup..
Tapi sebelum game tu, hubby aku nyakat katanya, berlagak jet u, last2 org lain yg jatuhkan piring sasaran aku
Huhuhhu, itu yg berlaku ketika game tu….
Baru je aku dengan bangga nak petik picu, sekali tgk….piring sasaranku dah jatuh
Terpinga2 jgk, bila masa aku tembak…
Last2 abg yg satu team ngan aku yg jatuhkan piring tu…huhuhu TERKILAN
Tapi dah alang2 memegang pistol, aku tarik jugak picu tu tapi sasarannyer ntah ke mana…
Takper…janji aku puas, bukan senang nak menembak guna pistol jenis GLOCK tu…..
Ape yg penting group aku jatuh tangga no 8 (dapat gak medal yg canggih tu…)



TULIP BERDURI:adakalanya untung jugak jadi wartawan jenayah ni....







































09 November 2009

Terima kasih Tuhan kerna Kurnia itu

Semalam
Dirinya aku marahi
Dirinya aku lalaikan…
hanya kerna ikutkan nafsu pancaindera yang meraja
Kesian dirinya…sayu melihatnya ketika itu
Namun kuasa yang meraja itu terlalu kuat bertaut di mata ini…
Ternyata…juraian manik putih muntah juga di pipi aku
Apabila diam tak diam dia seakan mengerti lalu rengekannya ternyata terlalu singkat
Seakan mengerti dan seakan memahami
Dia begitu redha hingga terlena sendirian, apabila lengan dan jemari ini memeluknya…
Dibalasnya dengan pelukan yang begitu erat…
Lantas menangis aku di malam yang sepi itu….
Dan hari ini…
Aku belai dirinya bak seribu tahun tidak ketemu
Kerna aku mahu dia tahu…
Dia lah permata hatiku, bagai jantung yang sentiasa berantai di dada ini….
Sayang,
Ampunkan umi kerna tidak memahami rengekanmu itu semalam
Kerna itu umi akan pastikan HARI INI adalah yang TERBAIK untukmu
Dan ESOK menjadi LEBIH BAIK untuk kalian….


TULIP BERDURI:TERNYATA JIWA KEIBUAN ITU AZIMAT BAGI SEORANG ANAK