21 Julai 2010

selamat hari lahir buat abah kesayangan

****esok2 kt tulis entry nya...hehehee***

16 Julai 2010

along n adik 'kemas' umah

barang bersepah, sebab dua2 tokey duk survey kawasan tuk berniaga

dua tokey asyik menggoreng bawang putih, resepi baru, umi n abah pun tak penah wat katanya.

tokey celik IT, di sini rupanya laptop tokey tuh..hahahahaha

bahan masakan bersepah gara2 gerai diceroboh pihak berkuasa sebab takde permit..hikhikhik

tokey yang kaya raya...sampai terkejut bila mamarazzi snap foto.hahaahahah
TULIP BERDURI:seronok bila off day sbb bleh tgk kreativiti anak2...





15 Julai 2010

penat penguasai diri

Semalam hari yang paling memenatkan dalam sejarah hidup aku sebagai seorang reporter selama hampir 7 tahun ni....

Bila dah kena berada di ofis untuk pantau berita yang masuk sebelum dilihat dan diedit sub editor, rupanya makin memenatkan.

Istilah terkejar2 terjadi apabila ketua wartawan nasional (palie) off. aku terpaksa memikul tugas itu bukan hanya untuk comm tapi untuk meja jenayah juga.

Semalam, isu ESQ hangat kembali selepas Majlis Fatwa kebangsaan memutuskan ianya tidak haram dan boleh diteruskan.

Bila dah pening, macam2 benda akan tersangkut. Usai kerja kira-kira jam 8.30mlm, pergi kedai 99 speedmart untuk belikan susu low fat buat hubby kesayangan..bila dah nak kuar parking, ada 2 mamat lahanat pi parking motor belakang kete, apa lagi dalam keadaan penat masyaALLAH, aku hon.

Dengan muka selamba, dan dengan rasa tidak bersalah, mereka dan keluarga mereka alih motor mereka dengan muke yang selamba...bengang tahap dewa.then bila nak kuar dari simpang ada plak kete budu yang parking di jalan yg aku nak kuar. Apa lagi, dalam keadaan aku yang memang penat, aku sound direct...'Bang, parking banyak bang, jangan nak pentingkan diri sendiri.'...hahahahahaha, aku tahu dia marah tapi at least aku buat benda yang betul. Jangan kita nak senang, kita nyusahkan hidup orang lain.

tapi, ingatakn dah setle, bila sampai umah nak parking ada lagi masalhanya, kete persona seorang mamat ni, parking betuk2 atas line kuning, then nyusahkan aku yang nak parking kete....Adoiii yaa, kenapa lah nasib aku semalam jumpa manusia2 yang suka pentingkan diri sendiri.


TULIP BERDURI:Bila balik, bahu hubby jadi mangsa, lepaskan penat dan kemarahan.huhuhuuu

13 Julai 2010

dah lama tak menulis

Kekarangan masa sekali lagi membataskan aku untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ni.
banyak benda nak cerita, banyak idea yang nak dikongsi, tapi apakan daya...terlalu banyak jugak yang mengekang.
Dulu cadangnya mahu jadikan blog ini sebagai diari kisah kami untuk dijadikan tatapan buat anak2 bila aku tiada nanti.
Tapi bila daha lama tak mengetuk keyboard ni untuk coretkan sesuatu, nanti apa pula yang mereka nak baca.
banyak nak menulis tentang anak2 yang semakin hari semakin membesar, tentang kerja yang semakin hari semakin bertambah(catat sejarah apabila tahun ni, setakat ini baru dua hari MC aku luak), tentang kehidupan harian aku dengan suami (bak kata adik ipar...asyik bergaduh je kami ni tapi sebenarnya kami tak gaduh tapi cara kami berdua mmg samseng...tapi hati tetap pada satu sama lain) hahahahahaha...
jadual hidup aku mcm ada yang tak kena....mari kita check...
6am-bangun pagi
9am-pergi kerja sampai 8-9pm
9pm-lepak umah ngan anak2 n suami masing2
11pm-kompem mata dah tak leh bukak
so brape jam sangat masa kualiti kita bersama keluarga, dangan cabaran anak2 yang semakin lebih pandai daripada orang tua sekarang ni.hinggga takut untuk memikirkan ttg anak2 di masa depan. jika tersilap didik, kita sebagai ibu bapa yang merana.namun jika terlalu menyekat, nanti tak berkembang plak budak tu...dilema parent sekarang ni kan?
Tapi yg pasti, jangan biarkan anak2 bersendirian, at least tanya apa yang dia buat sepanjang kita ke pejabat, tanya apa yang dia belajar....tentu akan memberikan kesan yang positif bukan hanya pada hubungan ibu dan anak tapi pada perkembangan minda budak tu...



TULIP BERDURI:Jom sama2 praktik.....