13 Julai 2010

dah lama tak menulis

Kekarangan masa sekali lagi membataskan aku untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ni.
banyak benda nak cerita, banyak idea yang nak dikongsi, tapi apakan daya...terlalu banyak jugak yang mengekang.
Dulu cadangnya mahu jadikan blog ini sebagai diari kisah kami untuk dijadikan tatapan buat anak2 bila aku tiada nanti.
Tapi bila daha lama tak mengetuk keyboard ni untuk coretkan sesuatu, nanti apa pula yang mereka nak baca.
banyak nak menulis tentang anak2 yang semakin hari semakin membesar, tentang kerja yang semakin hari semakin bertambah(catat sejarah apabila tahun ni, setakat ini baru dua hari MC aku luak), tentang kehidupan harian aku dengan suami (bak kata adik ipar...asyik bergaduh je kami ni tapi sebenarnya kami tak gaduh tapi cara kami berdua mmg samseng...tapi hati tetap pada satu sama lain) hahahahahaha...
jadual hidup aku mcm ada yang tak kena....mari kita check...
6am-bangun pagi
9am-pergi kerja sampai 8-9pm
9pm-lepak umah ngan anak2 n suami masing2
11pm-kompem mata dah tak leh bukak
so brape jam sangat masa kualiti kita bersama keluarga, dangan cabaran anak2 yang semakin lebih pandai daripada orang tua sekarang ni.hinggga takut untuk memikirkan ttg anak2 di masa depan. jika tersilap didik, kita sebagai ibu bapa yang merana.namun jika terlalu menyekat, nanti tak berkembang plak budak tu...dilema parent sekarang ni kan?
Tapi yg pasti, jangan biarkan anak2 bersendirian, at least tanya apa yang dia buat sepanjang kita ke pejabat, tanya apa yang dia belajar....tentu akan memberikan kesan yang positif bukan hanya pada hubungan ibu dan anak tapi pada perkembangan minda budak tu...



TULIP BERDURI:Jom sama2 praktik.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan