11 November 2009

isu polis tembak penjenayah

Kali ni entry aku lebih kepada bidang kerja aku yang hari2 bergelumang dengan polis yang menangkap penjenayah.
Masih ingat kejadian Geng Mamak mati ditembak polis di batu 3, Shah Alam ketika cuba menyamun seorang pengurus stesen minyak sekitar kawasan itu.
Bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya menembak mati ke empat-enpat mereka yang aku rasa memang patut mati kerana terlalu banyak menyusahkan orang ramai (tapi bak kata CPO Selangor, undang-undang bukan ditangan polis tetapi tugas polis adalah untuk menegakkan undang-undang)
Secara peribadi (perasaan yang penuh dengan kegeraman)…semua penjenayah yang ada kat dunia ni harus di tembak je sampai mati…tak payah tangkap hidup2 kerna jadi satu masalah pulak bila nak tuduh (pelbagai masalah timbul, tak mengaku lah….malah yang lebih sadis, ada yang lari) huh! Sape nak jawab tu kalau penjenayah berkenaan masih berkeliaran di kalangan masyarakat???
Semalam kuar kenyataan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menegaskan ‘polis tembak bukan untuk bunuh’….ramai jugak yang salah tafsir tapi aku rasa maksud Datuk Seri tu…polis hanya akan lepaskan tembakan jika diserang terlebih dahulu, akan balas tembakan jika mereka ditembak….tapi tapi bagi aku polis tak salah, yg salah penjenayah, siapa suruh ko menjadi penjenayah, banyak lagi pekerjaan lain yg ko buleh buat, ni takkk…nak jugak kaya dengan cepat. ok, siapa boleh jawab, tembakan yang dilepaskan tidak akan membawa maut kepada orang yang ditembak??sah2 kalau ko penjenayah yang serang polis, polis akan tembak, dan ko jgn lupe, ko (penjenayah) tak de latihan khusus menembak mcm yang polis ada..sah2, tembakan berkenaan tepat ke sasaran...mungkin ada yang cakap laaa, tembak lah kat kaki…masalahnya bila ko tgh lari, sure tembakan tu kena kat mana2 badan ko…
Apepun, polis mempunyai sebab apabila mengambil sesuatu tindakan, mungkin ada sesetengah mereka yang lalai dari melaksanakan tugas dengan seamanahnya tapi yang penting tugas mereka memang berat (ni bukan ampu polis sebab ada link ngan dia org tapi dari rasa seorang insan yang hidup bermasyarakat dalam Negara yang aku rasa rata-rata rakyatnya ingin hidup tenang dan damai)


TULIP BERDURI:TQVM kpd semua polis di ibu negara (KL n SLGOR) yg tak jemu melayan pertanyaan wartawan cabuk mcm aku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan