15 Januari 2010

Jgn biarkan hati ini sekering dedaunan di musim luruh

Ntah kenapa hari ini aku punyai kekuatan untuk bersemuka

Biarpun hanya melalui lewat bibit SMS

Walaupun ku tahu aku bakal menjadi seorang penderhaka selepas ni

Aku tak mahu hati ini menjadi kering seperti mana yang berlaku hampir tiga tahun lalu

Tidak tahu kenapa, tergurisnya hati ini ibarat sukar dirawat

Sukar untuk dipulihkan kembali

Dan hari ini…kekeringan itu semakin hampir…

ibarat menanti saat untuk menjengah pintu hati kecilku…

Ya Allah..

Aku mohon…jangan biarkan ia kekeringan kerana aku masih mahu menitipkan doa buatnya tika dia dipanggilMu kelak.

Namun, kesalahannya cukup mencalar jiwa dan hati nuraniku ini

Terlalu hingga sukar untukku percayakannya lagi

Di mana silap nya, apa yang tidak kena…

Puas memikirkan kenapa dugaan ini yang menjengah saat aku mula kembali mengumpul kepercayaan terhadapnya..

Cukup di sini

Aku takkan merayu, aku takkan menangis lagi

Seandainya sudah tiba waktu untuk hati ini kering kembali…aku Redha

Andai tiba waktu itu, jangan disalahkan diri ini kerana aku telah berusaha untuk memulihkannya……

TULIP BERDURI:sesungguhnya hati aku telah lama mati…..

2 ulasan:

  1. Ya... ada masanya hati kita ni kering biarpun hujan lebat di luar sana. Peluang kedua disia2kan....

    BalasPadam
  2. Lapangkan hatimu dik. Maafkan sesiapa yg menyakitimu, sebab kemaafan itu akan menenangkan kita. Sesungguhnya bukan adik seorang diuji begini, ramai lagi yang bukan saja dah kering hatinya bahkan dah tak ada hati lagi.

    BalasPadam