18 April 2010

Bila manusia hilang pertimbangan

Ntah mana silapnya.kes pembuangan bayi menjadi-jadi...
Bunuh membunuh ibarat sudah sebati di dada akhbar (jika tiada berita mayat ditemui akhir2 ini, bagai tidak lengkap membaca sebuah akhbar...YA atau TIDAK...jangan kita menyangkalnya kerna kini manusia semakin rapuh nilai kemanusiaannya kerna telah diganti dengan nilai materialistik yang akhirnya menodai nilai-nilai nurni seorang manusia yang dikurniakan akal dan fikiran.
Bila memikirkannya, aku menjadi gundah, kerna aku punya suami, punya anak2 yang bagiku ibarat nyawa tubuh badan ini, aku punya keluarga yang besar ayah, ibu, kakak dan adik....aku juga mempunyai ipar duai yang aku rasa tidak sanggup untuk kehilangan mereka dengan cara yang begitu.
Namun, satu hakikat yang aku mmg tidak boleh menyangkalnya bahawa dunia ini bukan lagi tempat yang betul2 selamat untuk kita, dunia ini sudah terlau tua untuk menampung manusia yang pelbagai ragam, andai dunia ini telah diberikan pancaindera seperti manusia...aku rasa dunia sanggup untuk tidak boleh melihat, tidak boleh merasa dan tidak boleh mendengar kerna semua itu dusta manusia terhadap alam, terhadap manusia sendiri dan lebih malang, dusta manusia terhadap PENCIPTANYA.....


TULIP BERDURI:Aku ingin sekali mengecap kedamaian itu....dan bila berada dlm lingkungan 'jenayah' dlm bidang yg aku ceburi ini...aku rasa semakin kerdil.

1 ulasan:

  1. Ya jenayah dimana2 dan mcm2 cara. Kecut perut dan takut menghadapinya!!! Apabila hati manusia sudah terlalu hitam dan keras.....semuanya mengikut congak sendiri

    BalasPadam