22 Oktober 2011

Apa sudah jadi???

HARI ini ketika mengedit story DARI UTARA, aku beristigfar panjang bila membaca heading story tersebut 'BUDAK TAHUN SATU DIROGOL DAN DILIWAT' - kejadian di Bandar Baharu Kulim itu membuat kan aku terkejut, mangsa di rogol dan diliwat 4 rakan sekolah berusia 10 dan 11 tahun.
Astarfirullah al azim.apa nk jadi dgn generasi hari ini. generasi yang begitu diagung2kan nenek moyang kite dulu untuk jadi pewaris yang bukan sahaja cerdik pandai tp generasi yang tahu hukum hakam agama....yang tahu mana salah, mana silap, yang tahu mana boleh, mana tidak.
Bila membaca berita seterusnya, aku terkedu, cara mereka melakukankan tidak ubah seperti suspek yang sudah dewasa, malah akibat tiada didikan agama dan perhatian daripada keluarga mungkin, mereka mengugut mangsa agar merahsiakan peristiwa itu daripada pengetahuan ibu bapa.
TETAPI, suspek sendiri menceritakan 'detik' itu kepada rakan2 di sekolah menyebabkan rahsia terbongkar dan akhirnya keluarga mangsa membuat laporan polis, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga suspek.
MALAH, doktor juga mengesahkan mangsa dirogol dan diliwat berdasarkan keadaan 'kecederaan' mangsa (rasanya tak perlulah bercerita panjang tentang keadaan mangsa, sedih anak gadis sekecil itu menjadi mangsa rakus rakan sekolah)

NAMUN , apa yang lebih menggerunkan apabila;

KETUA POLIS DAERAH BANDAR BAHARU, DEPUTI SUPERINTENDAN HEMLI ARIS BERKATA, SEMUA SUSPEK TERLIBAT SUDAH DITAHAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN'


Statment di atas menuntut kita sbg ibu bapa, atau bakal ibu bapa mempunyai ilmu yang cukup untuk mendepani anak2 akan datang, tidak perlu wang berjuta, tidak perlu harta segunung, jika tidak bekalkan anak2 dengan agama yang boleh menjadi benteng kekuatan kepada mereka, kita pasti menyesal tidak sudah...



TULIP BERDURI: Bayangkan, anak2 kecil berusia 10 dan 11 tahun sudah digelar 'suspek' kini, YA ALLAH, ngeri sungguh membacanya...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan