15 Mei 2012


MARI KITA SELAMI HATI NURANI MEREKA


(Gbr hiasan: credit to umarfaruq.com)
Dalam mendidik anak-anak (beralih topik sebabnya ada seorang akak ni asyik duk risau prestasi akademik anaknya sehingga dia lalai untuk menyusuri sifat dalaman dan kebolehan lain yang dimiliki anak tersebut). 
Jangan terlalu mengongkong anak-anak melakukan apa yang kita suka, bukan apa yang mereka minat…kerana nanti akan lahir insan yang penuh dendam, yang paling mengharukan, insan yang tidak tahu memanipulasi kebolehan diri sendiri…akhirnya ibu bapa yang menyesal…(berapa ramai yang tahu mereka sebenarnya silap dalam mendidik anak-anak?) 
Daripada kecik, anak-anak sebenarnya dah menonjolkan kebolehannya tanpa kita sedari, jangan menilai melalui ketinggian akademik semata kerana bukan semua anak sama perkembangan. Memang akademik menjadi ukuran sekarang, tapi siapa yang menjadi mengukurnya? Kalau bukan kita, habis tu kenapa tidak kita menukarnya menjadikan kekuatan dalaman iaitu keutuhan rohani sebagi penanda arasnya? 
Aku pasti jika kita boleh melakukan sebaliknya, pasti nanti akan lahir insan yang tinggi nilai-nilai kemanusiaannya, walaupun ketinggian akademiknya tidak setinggi KL Tower. Maka ketika itu, nescaya masyarakat pasti tidak akan gerun dengan perbuatan jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang
Adakah kelulusan akademik mampu mengekang kita untuk tidak menjadi manusia yang melakukan jenayah..cuba kita selak akhbar sekarang, berapa ramai anggota masyarakat yang berpendidikan tinggi ada diploma, ijazah, master, PhD yang hilang nilai-nilai moralnya? 
Berapa ramai yang menghabiskan sisa-sisa hidup di tangan sendiri akibat hilang arah bila di uji barang sedikit oleh ILLAHI? Berapa ramai pula yang menjadi seorang pekerja yang tidak amanah? Bangga diri? Rasa malu apabila rumah orang lebih besar daripada rumah sendiri?pelik kan? 
Sebabnya mudah, sedari kecik, kita telah dididik dengan moral kebendaan termasuk menjadikan status kelulusan akademik sebagai penanda aras. Anak-anak hari ini dididik mindanya, bukan jiwanya untuk menilai zat ALLAH S.W.T. 
Bila itu yang dipersoalkan, pasti ada yang menjawab, siapa ckp tak diberi didikan agama, dah hantar anak sekolah agama, dah hantar ke kelas mengaji yang dibayar RM60-RM70 sebulan. Memang benar, tapi nilai di sebalik kehadiran anak-anak ke kelas-kelas terbabit adakah dipeduli oleh kita sebagai ibu bapa….
JAWAPAN…TIDAK…..
Bila itu terjadi, jangan kita menagih simpati anak untuk membaca walau seayat al-Quran saat kita tiada di dunia yang fana ini… (kerana mereka akan mengingati kita saat ada, terkadang akan lupai kita di hari-hari sibuknya kelak) 
DOA anak-anak yang soleh bukan diukur dari taraf pendidikannya, bukan diukur daripada taraf pekerjaannya, bukan jua diukur  daripada betapa terhormatnya dia di mata masyarakat….tapi, daripada seorang anak yang jiwanya penuh rasa cinta pada ILLAHI, penuh dengan bunga-bunga rindu pada RASULULLAH…
Tidak kira apa jua pekerjaannya hatta seorang tukang sapu (kerana pekerjaan itu yang selalu dipandang enteng sesetengah masyarakat)…mari kita mengingatkan diri sendiri, muhasabah diri agar nanti jiwa kita penuh dengan bunga-bunga cinta kepada ILLAHI dan kekasihnya MUHAMAD 

TULIP BERDURI: Terlalu takut jika gagal menjaga Amanah Allah dgn sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan