05 Mei 2012

Smg syurga menanti Hj Fickry (Dato Fickry) di sana....al-fatihah



Mlm td, skitar jam 11.40 mlm selesai DONE page terakhir utk SINAR HARIAN edisi PERAK (sebenarnya dah selesai awal lg, tp menunggu jika ada prob mengejut ngan OCC...kang tak pasai2 esok print paper kosong),aku bersiap utk pulang.

Namun, sedikit kekalutan di bahagian editorial SELGR dan dgr suara PENGARANG BERITA, azmi Tarmizi agak kalut dr biasa menyebabkan aku menoleh seketika tapi takde sape yg xplain kat aku menyebabkan aku jangka mungkin prob tu takde kaitan ngan aku, lebih2 lg ngan SINAR PERAK...

Sangkaanku meleset apabila YATT(Chief Unit Kreatif) cuit ke arah ku suh aku stop berjalan....aku yg kehairanan menghampirinya dan diberitakan tentang berita mengejut, Pengerusi KMK kami meninggal dunia akibat serangan jantung...aku terkedu dan menyebabkan aku juga sedikit kalut.....

Memandangkan SINAR PERAK print 1st trip, FRONT PAGE, dan 2nd tak dpt distopkan utk memuatkan berita tersebut. DAN aku memang sedikit ralat....

Tetiba menerjah dalam kepala kenangan di PESTA BUKU pd tahun 2006, ketika itu aku msh muda di KARANGKRAF, kerja pun tak sampai setahun...ketika itu aku ditugaskan menjaga boot majalah yg memaparkan majalah yg aku tulis DEWAN AGAMA & FALSAFAH...ketika itu datang seorang 'pakcik' (serius....lagaknya mmg mcm sebaya ayah kite, bj kemeja lengan pdk dan slack serta bercapal) duk di bahagian yg aku rasa sbg seorg staff yg bekerja di situ..tak layak tuk pengunjung duduk di situ... aku menghampirinya dan memberitahu bhw kawasan itu adalah KAWASAN LARANGAN UTK PENGUNJUNG...namun reaksinya bersahaja dan patuh dgn apa yg aku ckp.

TAPI, sebagai seorg staff bertugas, aku ttp bertanyakan jika dia mahukan apa-apa buku dan aku sedia menghulurkan bantuan...Dgn ringan mulur mula bercerita ttg majalah yg ada terutama ttg majalah yg aku tulis...dia byk bertanya ttg majalah brkenaan yg aku rasa pelik seorg 'pakcik;' sbleh tanya pelbagai soklan yg begtu bernas...(aku yg menjawab tu tak tahu bernas ke x)...

Sebaik sahaja, dia berlalu...aku melihat beberapa org staff senior menunduk hormat padanya dan aku tertanya2 sendirian 'siapa gerangan' dia yg sebenarnya.....seorg yg begitu humble, seriously mmg berckp ngan aku ketika tu cam seorg ayah ngan anak walaupun sblm tu aku malarangnya duduk di bhgn yg x spatutnya tuk pengunjung.

Aku mendapatkan seorg staff promosi (x ingat dah nama dia, walaupun skrg ni kalau jumpe sll senyum meleret..) dan bertanyakan siapa gerangan 'pakcik' itu...bagai nk luruh jantung apabila diberitahu itulah HAJI FICKRY (ketika itu blom DATO), pengerusi karangkraf dan juga  ABG kpd CEO karangkraf, Datuk Hussamudin....Ya ALLAH, mmg aku kecut selepas itu, tak bleh buat keje, dah lah staff br, bleh tak kenal PENGERUSI tpt keja sendiri.....dlm hati, mmg sah kena buang keja leps ni...

Namun, skali lg sangkaan ku meleset....kali kedua bersua muka (hari yg sama) jam je berbeza, HAJI FICKRY tetap senyum kat aku dan berckp cam seolah-olah tiada apa yg berlaku....

Diakui, HAJI FICKRY (maaf, dah terbiasa memanggil ngan gelaran HAJI), pada pandangan aku...amat berbeza karektornya ngan adiknya DATUK HUSSAMUDDIN. Dia tdk begitu menonjol spt adiknya.Hj Fickry bg aku seorg yg pendiam, dan sentiasa serius (mungkin itu pd pandangan mata staff di pejabat)...tp punyai idea yg begitu bernas terutama dlm bab2 berkaitan ngan pendiriannya tentang sesuatu perkara.

Kenangan tak xmungkin dilupakan sampai2 bila....

SEMALAM, beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri, anak dan ahli keluarga serta kami staffnya.
Kami akan kenang dia buat selama-lamanya....al-fatihah al-fatihah al-fatihah (tak bleh bercerita panjang kerna msh sbk membawa artikel tentang arwah dr DR ASRI...mmg arwah mempunyai hati yg begitu mulia skali....


Semalam HARI JUMAAT, InsyaAllah, tanda2 muslim meninggal dalam iman ialah meninggal pada malam atau hari jumaat.....amin...YA ALLAH, smg syurga jannah menanti HAJI FICKRY dan ditempatkan di kalangan hambaMU yg KAU kasihi.....


AL FATIHAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan