24 September 2013

KESIAN DIA...


Bila menyelak alam maya ari ni...panas cerita isteri yang dikatakan memaki hamun seorang pengawal kslamatan di Subang Skypark last week. Bukan itu pointnya yang ingin diutarakan.

Saya menyelami video tersebut dan mendengar sebiji-sebiji kata2 yg kluar dari mulut wanita itu...

Sayang sekali, meiliki wajah yang boleh dikatakan cantek tetapi boleh dikatakan kurang ilmu komunikasi.

Kesian ada, nak gelak ada dan nak marah pun ada sebabnya kalau guard yg dimarah itu ayah atau saudara kita, mampukah kita hanya melihat?tentu sekali tidak kerana maruah org tua itu telah diperlakukan sebegitu oleh org yg lebih muda dan boleh dianggap anak pun.

Tapi lebih banyak sifat simpati kepada wanita itu, mmg sangat simpati kerna sikap dia, sudah semestinya suaminya yg menerima tempias bukan sikit...Lihat sahaja FB, Twitter dan blog2 kebanyakkannya mempersendakan suaminya...tidakkah itu memalukan dia?

Moga ianya dijauhkan dalam kehidupan kami.Saya tidak lah baik sangat, tetapi saya tahu di mana batas saya sebagai seorg isteri dan dimana saya perlu meletakkan suami saya ketika berada di khalayak....

Syurga isteri itu terletak di atas redhanya suami dan seandainya kita mahu mahligai kita sampai ke Jannah kita perlu memelihara hubungan itu sebaik mungkin.



TULIP BERDURI:Teringat zaman study dulu belajar komunikasi dua hala...;-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan