10 September 2014

Kertas soalan UPSR bocor





Assalamualaikum....

Soklan Sc UPSR 2014 dikatakan telah bocor menyebabkan tarikh peperiksaan untuk subjek itu tpaksa ditunda pada 30 September 2014...mujur 2014 kalau tunda tahun depan???

ISu ni bukan perkara remeh yg boleh dipandang sebelah mata oleh pihak yang terlibat. Kerana sudah sampai masanya satu tindakan drastik hrs dilakukan demi utk melihat legasi kecemerlangan UPSR anak2 kita seiring dengan tingginya pegangan agama setiap daripadanya.

"Hari ini Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak berkata berdasarkan siasatan awal kandungan soklan bg kkertas tersebutu telah tersebar di media sosial.Sehubungan itu, tarikh baru bagi peperiksaan tersebut ditetapkan pada 30 September ini."

Dah lah tu siasat, sekarang masa bertindak, dah bertahun2 ada soklan bocor...malah ada kalangan warga pendidik sendiri yang cakap, laaa, tiap2 tahun bocor, nape tahun ni plak bising lebih???Itu maknanya apa? itu memberi implikasi apa?

Walau anak sendiri masih jauh lg untuk menduduki UPSR (InsyaAllah tahun 2018) itupun jika UPSR itu ada lagi, dan saya rasa jika keadaan ini (soklan bocor) berlaku dan terus berlaku, xyah ada UPSR pun xpe....sebbnya, Antara calon yg dapat 5A itu, belum tentunya dia ulangkaji bagai nk rak, belum tentunya dia tawakal kepada ALLAH atas usaha yang dilakukan selama ini...Jika ada di tangan soklan bocor berkenaan, sudah pasti 5A itu milik mereka walaupun mereka bodoh tak reti membaca, mengira dan speaking!!!.

Siasatan dan tindakan yang lebih menyeluruh perlu dilakukan segera, kalau terpaksa SPRM masuk campur, biar depa siasat DALANG yang mengaut untung atas angin ni.

Cakap mmg mudah, tp tak semudah mereka yang menghadapinya...kesian pelajar2 yng bertungkus lumus bersengkang mata, kesian mak ayah yang berhabis wang ringgit menghantar anak2 ke pusat tuisyen bg memastikan anak2 tidak ketinggalan daripada kawan2 yang lain, kesian guru yang benar2 ikhlas mendidik pelajar2 ni siang dan malam demi memastikan mereka menjadi manusia dan berjaya menempatkan diri ke sekolah menengah yang diimpikan.

Kalau macam tu, baik xyah ada exam UPSR, cikgu pun xpening, maka ayah pun senang, pelajar lagi laa...bg je semuanya dapat 5A, senang, mudah semudah A B C

Selagi ada LANUN2 ni semua, hasrat dan hasilny tidak siiring....langkah pasti tempang, cari dalangnya sampai jumpa, korek susur galurnya di bawah2, biar terbongkar agar sistem pendidikan negara ini tidak lagi diperkotak katik oleh  mereka-mereka yang berada di bawahnya.....


TULIP BERDURI: Kalau macam ni, tak pandai BM, BI or MATH pun xpe laa, janji lancar bacaan al-Qurannya, tetanam dimindanya hukum hakam agama...pasti tiada lagi kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan