09 Disember 2009

dalam manisnya madu, terselit juga pahit hempedu

kenangan lalu menjelma satu persatu
aku mula hilang arah, sudah ku rasa ku buangnyer jauh ke lubuk dalam

tapi ternyata hari ini, tika ini kenangan itu menjelma lagi
satu persatu....

dan akhirnya ia berjaya memburaikan mutiara jernih di pipi ini....
mahu aku menjerit menghalaunya pergi

tapi ternyata aku tiada kekuatan itu
aku kuat....aku kuat...aku kuat

namun ianya diluahkan dengan tindak tanduk
hati ini ibarat kaca yg terlerai hingga tidak mampu disambung kembali....

kenapa dan kenapa???

aduhai kenyataan....
kenapa terlalu pahit untuk aku menghadapinya?
kenapa harus menjelma di ruangan kebahagiaan ini?

ingin sekali aku pergi bawa diri...tapi ke mana arah?
kerna tidak sanggup berhadapn persoalan yang silih berganti....



TULIP BERDURI:mengharapkan itu semua adalah dusta belaka

1 ulasan:

  1. Apapun maksud tersiratnya...aku juga mengerti biarpun mungkin pemahaman kita berbeza........shuh..shuh...shuh...jauhlah hendaknya dia pergi

    BalasPadam