23 Disember 2009

Kenapa baru sekarang terbongkar?

Kes kehilangan dua buah enjin GE J85-21A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth baru-baru ini begitu membuka minda aku tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam senario sistem pertahanan kita....

Kenapa aku berkata begitu? Kerana aku percaya, tiada seorang pun rakyat dalam negara ini yang tak terkejut dengan apa yang berlaku...mesti ada ckp2...ah! begitu rapuh sistem pertahanan negara kita...

Kenapa baru sekarang kehilangan itu dibongkarkan...Ya aku tahu, siasatan dalaman ATM perlu dilakukan terlebih dahulu... tetapi aku rasa ralat kerana hampir dua tahun baru rakyat diberitakan tentang hal kehilangan itu.

Malah apabila siasatan polis menyatakan ia dipercayai didalangi individu atau ‘orang dalaman’ TUDM....hah...bagi memang patut pun....yelah aset negara bukan senang2 nak wat kuar..

Dan lagi membuatkan aku tersedak...Peguam negara serahkan kembali kertas siasatan kepada polis atas alasan siasatan tidak lengkap kerana mensyaki ada agensi kerajaan yang lain terlibat....hahahaha (aku masa ni tergelak besar...) aku percaya yang kena teruk adalah anggota bawah yang hanya menurut arahan pegawai2 atasan mereka....

Sedih kan? Dah lah negara kecik, pahtu juruterbang kita sanggup menggadai nyawa untuk memastikan ruang udara kita selamat daripada pelbagai anasir jahat negara luar yang hanya menunggu peluang untuk menakluk negara kecik n kaya mcm negara kita...

Tetapi ada manusia lahanat (yang wajib mati bagi aku) sanggup menjual aset negara demi duit yang bernilai RM100 juta...pergh...banyak tu siottttt.....

Ntah mana satu yg betul....orang ni ckp mcm ni, org tu ckp mcm tu....last2 gajah yang bergaduh...yang penyekkkk...rusa di tengah2.....

Tapi dlm paper hari ini MP ckp 'mereka bukan hanya pencuri, tetapi juga pengkhianat dan penderhaka kpd negara....

Nasihat aku, jgn hanya tuju anggota bawahan (yg hanya menerima arahan dri otang atas), tapi buat pembersihan dari peramid yang atas dulu....baru cari yg bawah...ni tak...cari yg buat, puncanya tak cari, akhirnya perkara yang sama berlaku.........dan terus berlaku

TULIP BERDURI:kita tengok siapa yg akan telanjang selepas ini...huakakakakaka. lagi satu..ini hanya pandangan peribadi penulis (heheheh..nanti kena panggil plak...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan