Dua hari lepas salah seorg sahabat di uitm dulu menanyakan soalan kenapa aku tak memberi komen dalam blog aku tentang senario politik negara....jawapan aku mudah....tak minat untuk mengulas...daripada aku mengulas benda yang aku tidak minat, better aku tulis pasai masakan, rumahtangga dan kegiatan harian anak-anakku yang comel tu.
Ermmm, tak ke sebagai seorang wartawan (hahahaha, teringat masa hbs form six dulu, ada seorng cikgu ni, hanya tergelakkan aku bila aku ckp aku nak amik jurusan kewartawan, katanya layak ke aku?masa tu hanya masa yang akan menentukan dan kini terbukti) ok berbalik kepada soal as a reporter aku kena jugak tahu senario politik tanah air. aku tak cakap aku tak tahu, cuma aku tak mahu mengulas lanjut ttg benda tu sbb bagi ku politik itu kotor, tak kira lah ko kuat sembahyang ke, kuat mengampu ke, tak kacau orang ke....janji bila ko dah terlibat dalam politik nak tak nak, ko kena akui yang dunia politik ni kotor...penuh dengan manusia2 yang bertopeng.
Sejak bergelar wartawan lima tahun lalu, aku pernah terlibat dengan majalah mistik, pernah terlibat dengan majalah hiburan (sekejap jekkk, tak sejiwa) dan majalah agama dan akhirnya aku terjun ke dunia pensurat khabaran dgn SINAR HARIAN.dan lebih spesifik, spt yang aku kata sebelum ni, skrg aku lebih banyak bergelumang dengan cerita di dunia meterealistik antaranya cerita dadah, penjenayah, pelacuran, penyeludupan, rasuah, demonstrasi dan semua itu ada link dengan PDRM, Kastam, SPRM, Imigresen dan KPDNKK.
Namun, jika dulu kumpulan-kumpulan ini lah yg aku nak elak tapi kini kumpulan itu yang byk memberi kerjasama yang cukup erat untuk kami di dunia tinta ini untuk mencoretkan sesuatu agar menjadi pedoman buat pembaca di luar sana agar tidak tergebak dengan benda yang menyalahi undang-undang kerna kesan nyer amat parah.
Dunia ini dunia aku, hanya aku yang layak untuk tentukan hala tuju aku selepas ni...hey, takkan nak jadi reporter sepanjang hayat?soalan propaganda dari teman2 yang majoritinya cikgu dan cikgi...hhuhuhu, sedih ada dgn pertanyaan itu, lawak pun ada....yelah, mcm ko org jugak..takkan sepanjang hayat nak jadi cikgu...hhahahaha, kalau aku tanya soalan ni dpn2 dia org kompem aku dihentam balik...jwpnnya mesti at least cikgu ada jaminan, masa banyak, family tak terabai.....ermmm, wartawan pun terjamin jugak pe...ada potongan KWSP, ada potongan SOCSO, bleh wat pinjaman bank utk kereta, rumah dan pinjaman peribadi mcm orang lain.mlh ada jugak bayaran OT (cikgu ada ke dibayar selepas waktu sekolah kalau kena terlibat dengan aktiviti ko-ko atau something like kelas tambahan?
Pucuk pangkal nyer, rezeki yang kita dapat tu halal.Seme kerja yang halal di sisi agama dan undang-undang negara tu sama jek..takde beza. Yang beza cara kita mengendalikannyaa.
TULIP BERDURI: Hahahaha, mesti cikgu n cikgi yang baca post aku ni membara jek terutama pada dua kakakku yang sememangnya cikgi (ada jiwa mendidik) yang boleh diberi tabikkk springgggggggggggggggggggggggg....caiyokkk