09 Mei 2010

mek

Apa jua panggilan kita kepada insan yang melahirkan kita, sama ada mek, mak, ibu, umi, mama, mummy, mum dan walau apapun panggilannya, dia tetapkan insan yang paling agung yang patut kita kasihi, sanjungi....

Aku panggil mak aku dengan panggilan mek...maklumlah orang ganu...mek waktu aku kecil dulu, bagi aku ketika itu mmg bekeng...setakat kena pukul ngan ranting pokok, penyapu tu mainan...dulu masa kena mmg aku marah gila..maklumlah budak2 masa tu...tapi kini aku tahu semua itu untuk jadikan aku manusia yang berguna pada hari ini..

Ermmm, apatah lagi aku sekarang bergelar umi kpd dua hero yang begitu menuntut kesabaran bukan kecik tapi kesabaran yang amat2.....hingga kdg2 aku marahkan suami kerana memukul anak2 walhal pukulan itu tidak lebih hanya untuk mengajar supaya anak terutama UMAR ZAFRAN tahu bukan semua tindakan yang dibuatnya itu betul.

Dan bagi aku, bukan semua daripada kita yang bertuah untuk jadi ibu..ada di kalangan kita yang menunggu dan tetap menunggu untuk menjadi insan istimewa itu, namun keizinan ALLAH tiada lagi. dan juga, dengan menjadi ibu, aku benar2 faham perasaan insan mulia itu, apa tidaknya, untuk melahirkan umar zafran, aku mengambil masa 14 jam untuk merasai kesakitan itu shinggakan aku tidak mampu untuk menghadapinya tanpa sokongan moral semua orang yang aku sayang.

DAn sampai satu tahap, aku tidak mahu lagi mengalami dan menghadapi saat2 getir itu, namun takdir Tuhan tiada siapa mampu mengubahnya. kerna akhirnya lahir anak keduaku juga seorang hero, LUQMAN AHLAMI, bagaimanapu kali ini, kesakitan hanya sementara sputar 7 jam, mungkin Tuhan dengar rintihan aku sebelum itu..

Dengan pengalaman yang begitu berharga itu, tidak mampu untuk aku membiarkan mak aku tanpa kasih sayang, biarpun tanpa harta untuk diberikan padanya, aku akan pastikan titipan doa untuknya di setiap denyut nadi ini kerna hanya dia yang aku ada, hanya dia ibuku dunia akhirat dan hanya dia yang layak untukku panggil ibu, mak, mek, mummy n mum selagi hayat ini di kandung badan....


TULIP BERDURI:selamat hari ibu untuk WAN GEMALA WAN MANAN...I LOVE U SO MUCH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan