07 Mei 2010

AKU setelah berusia 30 tahun

Ermmm...selamat hari lahir wan nor rosida..anda dah semakin meningkat usia ke angka 3 di depan....tak sambut ke?hubby bagi hadiah ape?soalan lazim yang ditanya kengkawan.hahahaha, tak jawab susah, kalau jawab lagi susah.

sepanjang usia 30 tahun, masih ingat waktu kecilk2 dulu, selalunya mek akan buat nasi kunyit untuk dijamu kengkawan..masih ingat lagi pada usia 9 tahun, mek susah payah jahitkan pakaian cantik untuk aku....semua kawan2 jeles waktu tu, maklumlah mak aku pandai menjahit, so, sure baju anak2 dia cantek, apatah lagi waktu mmg mak aku kreatif mereka pelbagai jenis baju.

waktu sekolah menengah, juga tak sambut tapi dapatlah jugak hadiah daripasa pakwe masa tu....apatah lagi dapat perfume.hahahahaha(buat suamiku, jgn jeles ek, ni sekadar ingatan kenangan lama).

Naik ke menara gading, juga tidak menyambutnya secara besar-besaran kerna bagi ku same je lah hari ni ngan hari2 yang lain, cuma bersyukur kepada ALLAH s.w.t. dan juga mak tersayang yang melahirkan anak bertuah ni...hehehehehehe...

So, bila bercinta ngan suami kesayangan ni, mmg dia bukan lah jenis yg suka bagi hadiah(dulu masa bercinta ada jugak merajuk sbb tak dibagi hadiah bila tiba tarikh2 penting cam ni) TAPI...sekarang, bagi atau tidak bagi aku sama je...kerna nak merajuk pun tak guna sbb dia tetap suamiku, tetap abah kepada dua hero ku yang semakin membesar.

Nak merajuk takde guna, nak tarik muka masam pun takde guna, nak lari dari rumah lagi takde guna nya.....hahahahaha, so, think +ve bahawasanya dia seorang suami yang penyayang dan pertolongan dia setiap hari itu merupakan hadiah paling berharga bagi aku...thanks 2 hubby...

Cuma satu yang aku harapkan sempena besday aku yang 30 ni...aku mahu kamu suamiku, dan aku mahu kamu anak2 ku ceria, bahagia, gembira di samping aku hari ni, esok dan selama-lamanya....LOVE U ALL.....MUAHHHHHH


TULIP BERDURI:AKU TETAP AKU HARI INI DAN SELAMANYA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan