21 Februari 2011

Dalam kesibukan ada keluangan

meniti hari ke sehari sebenarnya mematangkan diri kita. Banyak benda nk keje belajar, byk benda nk kena buat sendiri tana perlukan pertolongan orang lain. namun yang pasti, semakin hari kita blajar sesuatu yang baru. tidak hanya dalam kehidupan keluarga tetapi juga di tempat kerja.
Rutin harian aku brubah sejak sebualan yang lalu, mual bekerja jam 2 petang hingga 11 malam membuatkan masa aku banyak bersama anak2 di sebelah pagi, sempat buat sarapan untuk deranag (kadang kala) dan sempat masak tghari untuk mereka dan suami.
ternyata dari satu sudut, mmg nampak sempurna tap dr satu sudut lagi, aku termiss apa yang mereka lakukan di malam hari. ya, banyak benda aku miss... bila pulang dan buka pintu rumah, yang menyambut ku hanya desiran kipas angin dan sesekali sang suami yang setia menunggu...anak2??? sudah lena dibuai mmimpi.
Tapi aku akan pastikan aku akan jengah mereka di bilik, dan berbual2 ngan mereka walaupun aku tahu mereka dah nyenyak tido. Namun kadang kala sapaan aku di telinga mereka, aku tahu mereka sedar aku pulang, tiap kali mengucapkan perkataan i love, mesti mereka mengangguk tanda faham dan apabila bertanya along/ adik sayang ummi dan abah?...mereka mengangguk, kemudian senyap dibuai mimpi....
Nikmatnya mempunyai anak2 yang tiada nilai yang boleh membayar harga itu. tetapi kadang2 aku menangis sendirian, cukupkah apa yang aku bagi selama ini? bagaimana perasaan si along terhadap adiknya? bagaimana pula penerimaan dia jika ada perbuatanku atau suami yang melebihkan adiknya dalam satu2 hal....adik mungkin tidak tahu apa2 tp along setelah meniti usia 5 tahun, banyak benda aku lihat dia banyak mengalah sebenarnya...namun, aku tahu dia juga mahu di menangkan setiap kali pergaduhan kecil berlaku antara dia dan adiknya.
Namun, semacam lumrah, selalunya si abang yang akan disalahkan dan akhirnya, satu tanda protesnya...dia hanya mendiamkan diri, bila bercakap hanya menggunakan isyarat kepala....sedih bila keadaan itu berlaku, tp selalunya aku takkan biarkan berpanjangan, akan panggil dia dan menyatakan kasih sayang kami padanya tetap sama sepeti adiknya...tiada beza kerna aku tidak mahu ada terdetik perbezaan kasih sayang untuk mereka berdua...kelebihan dan kekurangan mereka harus diterima dgn hati yang lapang.
Pedih hati bila trasa kasih sayang berbeza hanya ALLAH yang tahu...jangan lakukan itu kpd anak2 kita.demi ALLAh mereka anugerah teragung kepada ibu bapa di bumi ini...


TULIP BERDURI:DIHATI INI..HANYA TUHAN YANG TAHU

1 ulasan:

  1. Ya kekadang tanpa kita sedari sbg ibu @ ayah, kekadang kita cam pilih kasih di mata anak2 wpun tiada sekelumit rasa pun di hati ibu@ ayah utk beza2kan anak2. Klu kita sbg anak terasa dipilih2 kasih, buanglah rasa itu krn kasih ibu ayah tiada tolok bandingnya. Anak2 special dgn cara mrk tersendiri!!!

    BalasPadam