10 November 2013

KENAPA PERGINYA DALAM KEADAAN BEGITU?

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Raffli Malik yang maut ditembak tiga individu di kediamannya, semalam.Semoga Allah tempatkannya dalam kalangan golongan hambaNYA  yg begitu dikasihi.


Terngiang ayat terakhir suami
KUANTAN- “Tak nak singgah rumah ke? Itu adalah ayat terakhir suami sebelum saya mendengar bunyi tembakan dan melihat dia terkulai di garaj kereta,” kata Rosmahwani Abd Wahab, 41, isteri Ahmad Raffli Ab Malik.
Menurut Rosmahawani, ketika kejadian suaminya sedang memasang langsir di ruang tamu dan sebuah kereta Wira Aeroback berhenti di depan rumah.
“Selepas itu, seorang lelaki berkopiah dan berbaju kot memberi salam, anak ketiga saya (Mohd Amin, 15) memaklumkan ada orang mahu berjumpa dengan ayahnya.
“Melihat ada orang datang rumah, saya terus masuk ke bilik dan terkejut mendengar bunyi dua das tembakan serta jeritan anak saya,” katanya yang menerima kunjungan daripada Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Iskandariah di rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini.
Rosmahwani berkata, dia sempat melihat dua lelaki berkopiah putih keluar daripada kenderaan tersebut, namun tidak sempat melihat lelaki ketiga yang dipercayai melepaskan tembakan jarak dekat kepada suaminya itu.
Sejak kebelakangan ini arwah bersikap lebih mesra dan sering bergurau dengan anak-anak dan saya juga pelik menerima ciuman terakhir arwah bertalu-talu pagi tadi kerana sebelum ini saya yang sering mencium dia selepas solat,” katanya.



TULIP BERDURI: Allahuakhbar3x Tak terfikir oleh kita sang suami yang baru dua tiga minit berbual mesra bersama kita dan anak2, tetiba pergi tak kembali dalam keadaan yang tidak boleh diterima akal kan? Namun, itulah ketentuan ILLAHI yang tak mampu kita sangkal, yg hanya boleh kita lakukan berdoa dan berdoa agar rohnya ditempatkan di kalngan para syuhada.

1 ulasan:

  1. salam ziarah...
    sedih bila baca kisah ni... erm! tak sangka kan pergi nya tak disangka dlm keadaan yg menyedihkan... semoga yg melakukan nya dpt hukuman yg setimpal....

    BalasPadam