09 Julai 2014

Lama menyepi, kini kembali

Oh Tuhan, lama sudah diari maya ini ditinggalkan...
Hari ni sudah hari ke 11 umat Islam berpuasa, dan 11 hari juga lah byk meninggalkan kesan mendalam dlm hidup sy.
1 Julai 2014 bersamaan 4 Ramadan 1435H sy kehilangan sorang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah akibat serang jantung. Tersentap tangkai jantung tatkala menerima perkhabran itu kerna malam sebelum beliau pergi menemui PenciptaNYA, kami sempat berbual semetalah kami bertugas ketika itu.
Oh ALLAH, hanya Engkau yang mengetahui rahsia yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku.Namun, ketabahn isteri dan anak2 arwah amat terkesan di hati ini. Ya, apa yg tersurat di wajah, manakan sama apa yang tersurat di dalam hati. Memang perit menerima berita kehilangan orang yang selama ini menjadi tpt bergantung hidup, namun semua itu berjaya mereka sembunyikan daripada pandangan mata umum.Subhanallah, Maha Suci ALLAH.
Moga Rohny tenang disana sahabat KHAIRUL AZIZI ALAM...aku akan terus mendoakanmu tenang disana...Al-fatihah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan