17 Julai 2014

BILA AMARAH MENGUASAI DIRI


Dua hari ni xkira Fb, tweet or blog semuanya bercerita tentang adik kiki yang ganas dan begitu amarah terhadap seorang warga emas.

Kesian warga emas itu dan sememangnya tidak patut adik kiki tu memperlakukan uncle tu begitu rupe...di mana pertimbangannya dia sebagai seorang muslim, di bulan Ramadan yang mulia.semua syaitan telah dipaku, so apa lagi yg merasuk jiwa wanita itu sehingga dia sanggup bertindak sebegitu rupa???

Ya, semua orang mungkin pernah berperangai begitu, cumanya adik kiki berada di zaman yang serba serbi canggih, sekelip mata apa yang berlaku di luar sana, sudah mula menjalar di alam maya.

Baka kata orang tua, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak perbuatan, dan perkataan, adik kiki kena tanggung sendiri. dan sy rasa bukan adik kiki yang perlu berhadapn dengan cemuhan orang ramai di luar sana, tetapi juga sudah pasti keluraganya turut terpalit malu.

Marah boleh, tp jangan keterlaluan, kerna itu salah satu petanda kita sedang sakit....sayangnya, wajah cantik, perwatakan menarik tetapi tidak disukai segelintir org, apatah lagi mungkin orang disekeliling kita juga sebenarnya naik menyampah jika sifat amarah menjadi pendamping setia kita.





Dan bagi kita di luar ini, jangan lah disimbah api yang sedang marak menyala dengan minyak.seeloknya kita jadi pendamai seperti mana uncle tu, sy amat puji tindakannya yang memaafkan perbuatan adik kiki dan tidak mahu mengambil apa2 tindakan tindakan terhadap wanita itu,

Namun, adik kiki tidak dapat lari daripda tindakan undang-undang sementelah video berkenaan dah menjadi viral. mahu atau tidak adik kiki terpaksa berhadapan dengan semua jenis soklan yang dikemukakan pasukan penyiasat kes berkenaan.jika nasib tidak menyebelahi, siaastan itu akan mengambil masa berhari2.

Alangkah indah jika kejadian itu hanya di akhirinya dengan bayran ganti rugi dan sekadar laporan polis kedua-dua belah pihak tanpa perlu disusuli tindakan lock steereng itu...Pasti adik kiki tidak menjadi tmpat caci maki orang di luar sana, dan tidak pula akan berulang alik ke balai polis untuk memberi keterangan.mudah kan?

tapi benda semua dah berlaku, apa yang terfjadi jadikan pengajaran.dan cukup2 lah kita mengaibkan orang.INGAT! jika kita menutup aib orang, ALLAH akan mnutup aib kita...


TULIP BERDURI: sy dan suami pernah langgar belakang mitsubishi  lancer tahun 2011 ketika pulang dr PPUM bersama dua hero kami. Alhamdulillah, budak Cina berkenaan begitu soft spoken dan akhirnya kami settle perkara itu dengan mudah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan