21 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA


abah ngan cucunya, umar.

BUAT DUA LELAKI YG BEGITU PENTING DLM HIDUP INI

LELAKI PERTAMA
NAMA:WAN HAMAD WAN MUDA
D.O.B : 21 JULAI 1952
USIA : 57
PANGGILAN ANAK2:ABAH
HUBUNGAN :BAPA

LELAKI KEDUA
NAMA: WAN MOHD SAUFI WAN HASSAN
USIA : 29
D.O.B. :25 MAC 1980
PANGGILAN ANAK2 :ABAH..... JUGAK
HUBUNGAN :SUAMI...HEHEHE
Kui kui kui...macam buat resume plak...tapi tulah, inilah dua lelaki yang begitu bermakna dalam hidup aku. Erm...abah dah berusia 57 tahun ni....cepat masa berlalu...kalau bleh putar masa, pasti aku akan putar ke zaman-zaman kecik dulu, masih ingat lagi, kami menaiki motor dari Setiu ke Dungun (umah atok) sampai dipertengahan jalan, mata abah berdarah dimasuki batu yang jatuh dari lori....huhuhu sedih sangat2 sebab abah tak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan katanya bimbang sebab hari dah petang.huhuhu bila terkenangkannya aku pasti menangis sehingga aku tak sanggup nak lihat matanya bercucuran walau setitik lagi. Lagi satu yang aku tak bleh lupe, saat mek tidak mampu berjalan selama beberapa bulan setelah melahirkan cikya (adik bawah aku)...aku lihat usaha abah begitu bersungguh2 memangku mek tiap-tiap hari berjalan2 keliling umah dengan harapan mek mampu berjalan semula..dan ALHAMDULILLAH, berkat usaha dan doa abah, mek berjaya pulih seperti sedia kala.Banyak memori antara kami yang aku rasa abahlah idola aku daripada dulu sampai sekarang....pengorbanan dia terlalu banyak dan aku benar rasa bertuah kerana dilahirkan sebagai anaknya. dan kerana itu, semua yang aku rasa boleh untuk membantunya, aku akan lakukan walaupun kerja itu hanya layak untuk budak2 lelaki ketika itu, kerana antara kami enam beradik, tidak ada satupun adik beradik lelaki...kadang2 aku kasihan kat abah, sebab tu aku tak kisah kalau ada orang cakap aku ni nama je pompuan, tapi perangai cam lelaki kerana perangai cam tu lah yg bleh bantu abah dalam urusan harian masa aku kecik2 dulu termasuk ikut dia pi menoreh getah.terus terang, aku memang takut gile2 masuk kebun getah yang gelap ngan pokok besar tu, tapi sebab fikirkan dah takdak orang lain nak bleh tolong abah, aku buat dengan senang hati, walaupun setiap kali time kutip getah (pok getah), tiap kali tu lah aku akan digelak dan diperli di sekolah sehingga aku pernah bertumbuk ngan sorang mamat tu gara-gara katanya, org lain bau bedak, tapi aku bau getah!.... Dan kini, aku tak bleh tipu diri aku dan semua orang yang abah jua akan dijemputNYA suatu hari nanti....kerna itu kadang2 aku begitu hiba bila tiba saat itu, siapa yang akan menguruskan nya kalau tidak diharapkan menantu2 nya yg aku percaya memang menantu2 yang serba serbi boleh diharap untuk menguruskan abah disaat akhirnya nanti. Itu yg aku pesan kat suami aku tiap hari, jadilah anak abah, bukan menantunya kerana suatu hari nanti, aku nak,dia lah yg menjadi anak yg mampu uruskan abah. BUAT ABAH...TERIMA KASIH ATEH UCAPKAN KERANA ABAHLAH, ATEH MENJADI MANUSIA HARI INI, DAN ABAHLAH INSPIRASI ATEH UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP...ATEH BANGGA NGAN ABAH...(saat ini air mata tak tertahan...huhuhuhu...rindu abah kat kg) DAN buat SUAMI....dia lah suami yang paling cool. isteri bising pun cool, isteri marah pun dia cool, apatah lagi kalau isteri merajuk...dia tetap cool...tapi dalam cool2 dia tu, time bagi syarahan agama, time tu lah merah telinga si isteri...leterannya mengalahkan leteran aku...hak hak hak.tapi itulah yang menjadikan rumahtngga kami aman bahagia dan aku berdoa biarkan aman dan bahagia hingga akhir hayat kami....dan alhamdulillah, aku tengok, anak2 banyak ikut perangai abah dia orang...dulu aku teringin cari suami cam abah, cool je, dah hehehehe, aku dah dapek....tapi kadang2 aku rasa aku banyak bebankan dia dengan pelbagai masalah, kesian sangat2 bila dia terpaksa bekerja keras untuk kami empat beranak....dan yang buat aku hiba dan sayu sangat, dia lah yang aku rasa satu2nya suami bila isteri merajuk, marah...dia tak bleh buat satu apepun kerja sehinggalah isterinya senyum kembali. katanya hati tak senang kalau dia keluar rumah saat tiada senyuman terukir dibibir isterinya.... sebab itu kalau aku merajuk, marah, tak lama2 kesian dia nak buat kerja ofis yang berlambak2 tu.....betulll..tak tipu....pecah rahsia.hehehe

BUAT SUAMI...AKU MENYAYANGI DIRIMU SEJAK HARI PERTAMA BERTEMU SEHINGGA KINI DAN BUAT SELAMA-LAMANYA....KERNA SINARAN KEBAHAGIAAN KITA ADA PADA DUA PERMATA HATI YG KINI KIAN MEMBESAR***UMAR N LUQMAN***.

TULIP BERDURI; buat abah dan abang, SELAMAT HARI BAPA...Semoga terus menjadi bapa yang memberi inspirasi pada anak2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan