24 Mac 2011

Kerana DIA lebih menyayangi MILIKNYA

as salam...ari ni aku menulis dgn mood yang pelbagai..sedih, pilu, sayu bercampur baur. semuanya bermula apabila aku membaca blog sifuku http://syahrilkadir.wordpress.com mengenai seorang pegawai di kedutaan Malaysia di pakistan yang maut kemalangan di setiu (1 mac 2011) selepas kereta yang dinaiki bersama isteri dan dua anak yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman setelah bermautautin di bumi pakistan melanggar seekor kuda yang terlepas..
ya, aku ada mendengar insiden tragis itu pada hari kejadian, sementelah kerjaku sebagai seorang wartawan, namun ketika itu berita itu hanya satu berita kejadian malang yang biasa aku dengar (aku lahir dengan sinar harian, dan sepanjang kelahiran itu, aku bergelumang dengan berita2 tentang kemalangan, bunuh diri, bunuh, dan macam2 kejadian jenayah yang lain)
namun ari ni bila membuka sendiri blog milik isteri pegwai berkenaan hati aku meruntum sayu, sementelah membaca blog tuan empunya diri http://nafastari.blogspot.com aku menangis sendirian...ternyata semua apa yang ada di sebalik ruang maya itu, ada sesuatu yang dekat dengan diri ni, bukan kerana aku mengenalinya, bukan jua kerana aku mengenali isterinya dan bukan jua kerana aku mengenai ahli keluarga....yang pasti semua isi maya berkaitan dengan tanah kelahirannya, bukti keadaannya sejak kecil hingga dewasa begitu dekat dengan aku, mungkin kerana kami berdua dari satu kawasan dan daerah yang sama.
menyusuri sesawang isterinya http://mawarnafastari.blogspot.com aku tahu dia seorang isteri yang tabah, dia seorang ibu kepada dua anak kecil yang comel mampu untuk terus kuat menghadapi dunia ini tanpa insan yang menjadi tulang belakangnya selama ini.
Itu dia...aku tidak boleh bayangkan keadaan aku jika berada di tempatnya ketika itu. Dan aku juga tidak mampu untuk menilai secara waras apa yang bakal aku lakukan selepas itu..
NAMUN,semakin aku terus melayan perasaan, semakin aku menerima kenyataan bahawa setiap yang bernyawa di bumi ini pasti akan mati suatu hari nanti, CUMA bagaimana ia berlaku, di mana ia berlaku, bila akan berlaku...hanya DIA yang BOLEH MENJAWABNYA...bukan AKU, DIA dan KAMU....Yang pasti KITA harus bersedia untuk menghadapi SAAT ITU....


TULIP BERDURI: ....Takziah buat keluarga ALLAHYARHAM WAN AHMAD FADZIL WAN MOHD....al-fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan